Forgotten Sunflower : Satu
Friday, August 24, 2012 | 12:20 AM | 0comments
"Aku nak jumpa dengan Baekhyun, kawan aku dari kecil. Aku selalu panggil dia ByunBaek."
"Alamak, matilah aku. ByunBaek tu bukannya Baekhyun-oppa, tapi aku, Byun Eunji!"
BAB
SATU
EUNJI POV.
"YAHH, Byun Eunji, boleh Eunji bawa gitar Eunji esok?"
Suho-oppa dan Kyungsoo-oppa menepuk bahuku. Aku menoleh ke belakang dan
menghadap mereka. Buku Sejarah dah kuletak di atas meja bulat.
"Kenapa?" Suho-oppa menggigit bibir bawahnya. "Kyungsoo dah siapkan lirik untuk band kita!" Mataku membulat, "Jinjja? Yeay!!" Kyungsoo-oppa kupeluk, mata dia memang dah bulat macam biasa.
"Apa tajuknya? Jadi, kita akan buat muzik latar mulai esok?"
"Eunji-hyung!" Satu suara garau kedengaran dari hujung
kaki lima. Kami bertiga memang dah tahu siapa pemilik suara itu.
"Oh, hai Kai." Luhan-oppa, Sehun dan Kai berjalan ke arah kami dan memenuhkan ruang di kerusi meja bulat.
"Kenapa kau suka panggil dia hyung? Dia perempuanlah." Luhan-oppa menampar lembut kepala Kai sebelum dia duduk di sebelah Kyungsoo-oppa. "Tak apa, Eunji dah biasa."
"Dia memang bukan lelaki tetapi dia separuh lelaki, tomboylah katakan." Sehun tersengih dan menampar tapak tangan Kai, eeeii budak-budak ni! Aku menjulingkan mataku dan menampar belakang mereka. Yelah, siapa suruh korang duduk di kiri dan kanan aku?
"Eunji!!" Kai dan Sehun memuncungkan bibir.
"Maafkan saya." Satu suara garau mencelah.
"Okay, esok Eunji akan bawakan gitar." Kyungsoo-oppa mencatatkan kata-kata Suho-oppa di dalam pad memonya.
"Sehun akan bawa Alice!" Hmm, Alice tu keyboard Sehun. Kai mencebik, "Kita akan buat persembahan sebagai band lagikah?"
"Maafkan saya." Nada suara itu tinggi sedikit daripada awal tadi.
"Ya, Kai sayangku. Boleh tak Kai bawa gitar Kai jugak?" Kai suka menari tapi Kai sayang, kami nak buat sesuatu yang lain sedikit.
"MAAFKAN SAYA!!"
"Mwo?" Keenam-enam kami menjerit dan mengangkat kepala. Dua susuk tubuh sedang berdiri dan menghadap kami, mereka seperti jenis anak orang kaya yang berlagak. Hmm. Seorang dari mereka tersengih-sengih, nampaknya gigi dia macam nak tercabut dari gusi. Yang seorang lagi, nampak berlagak dalam keseksian. Hehe.
"Budak barulah, Eunji." Sehun membisik. Antara kami
berenam, cuma ada seorang je pengawas, akulah tu.
"Ada masalah apa?" Suho-oppa bertanya.
"Hai, saya Chanyeol. Ini kawan saya, Kris." Budak pelik tu melambaikan tangannya seolah-olah baru lepas minum Milo.
"Jadi?" Luhan-oppa bertanya. Budak yang bernama Kris itu menjongketkan keningnya.
"Emm, ada cikgu, Kris, apa nama dia?"
"Cikgu Lee."
"Ha, Cikgu Lee...dia suruh kami cari seorang pengawas untuk temankan kami ke kelas." Entah kenapa, budak-budak baru selalunya tak reti nak bergerak dalam sekolah tanpa bimbingan pengawas.
"Dan dia suruh korang ambil Eunji daripada kami." Kai meletakkan tangannya di atas bahuku, ehh, jelingan maut le aku bagi. Sehun pun ikut jejak Kai ni. "Awak tak boleh ambil Eunji daripada kami."
"Tunjukkan bakat awak." Kyungsoo-oppa tersenyum kambing. "Oppa, tak-" Luhan-oppa menekup mulut aku.
"Bakat?" Budak yang macam dwarf tu, bernama Chanyeol
menggaru kepalanya yang tidak gatal tu.
KYUNGSOO POV.
Eunji menarik tangan Luhan dan dia cuba berdiri di atas kerusi,
untuk melepaskan diri. "No-no. Kamu berdua ikut saya." Kai memegang
tali leher Eunji, Sehun pula menarik kot Eunji.
"Jugule?" Eunji, (macam biasalah) akan menyumpah kembar siam tu, bila mereka tak dengar cakap Eunji.
"Maafkan kami." Sehun dan Kai menjauhkan diri dari kerusi bulat yang mereka duduk dan beralih kepada meja seterusnya.
Eunji berjalan ke arah budak-budak pelik tu dan meminta kertas
yang ada di tangan mereka. "Kris 4-A, dan Chanyeol 4-B..? Awak satu kelas
dengan Sehun, Kai dan saya! Selamat datang ke Sekolah Tinggi Youngshin."
Eunji berjabat tangan dengan mereka.
"Boleh kita pergi sekarang?" Kris bertanya.
"Sekejap."
Kai dan Sehun merajuk kerana Eunji memarahi mereka. Eunji berpatah
balik dan memeluk mereka dari belakang sekuat yang mungkin. "Eunji sayang
korang! Bye!" Eunji mendapatkan Kris dan Chanyeol, bibirmya masih
menguntum senyuman. "Jom."
SEHUN POV.
"Itu Park Chanyeol kan?" Kai tersenyum senget,
"Kawan masa Eunji kecil dulu," Suho-hyung tersenyum pahit. "Dia
tahu atau tak, ia takkan memisahkan kita kan?" Kyungsoo-hyung mengumam.
"Takkan jadi apa-apa, kan?"
"Takkan jadi apa-apa, kan?"
"Kenapa kau cakap macam tu? Kita takkan berpisahlah!" Luhan-hyung tersenyum manis.
"Hei, jomlah." Kai bergerak. Aku terpandang ke arah pagar sekolah, ada sekumpulan budak perempuan sedang mengambil gambar kami, hehe, peace !
EUNJI POV.
Dua orang di sebelah aku ni cakap, mereka masih baru di kawasan
ni. Mak mereka yang hantar mereka bersekolah di sini sebab mereka yang
berkeras. Eeei, mereka ni sebenarnya patut bersekolah di luar negara,
berbanding sekolah ni. Ya, sekolah lama ni, taklah lama sangat bagi aku.
Aku pun pelajar baru jugak.
..... sejak enam bulan yang lepas.
Chanyeol melambai-lambai ke arah pemain bola tampar lelaki, eei,
hendak saja aku tampar dia ni. Tak reti nak jadi normal ke dia ni....?
"Kau tinggal di mana?"
"Kawasan belakang sekolah ni."
"Kondominium?" Chanyeol mengerutkan dahinya. "Taklah, rumah kecil antara rumah-rumah kecil."
"Kejap. Lorong mana?"
"Lorong 8."
"Rumah yang mana?"
"Menghadap taman permainan, betul-betul depan buaian." Kris mengumam.
"Ehh, lawak apakah ini?"
"Kau tengok aku macam tengah buat lawak ke?" Kris saja yang serius, Chanyeol tu tersengih-sengih macam kerang busuk, apa keputusan yang aku boleh buat? Kris memandang tajam mata aku, ingat aku takut ke?
"Eunji tinggal di mana?"
"Rumah No.8, Lorong 8. Kawasan belakang sekolah. Ha, ini kantin dan itu dewan sekolah."
"Kita jiranlah, kan?" Senyuman Chanyeol dah sampai ke mata. "Rumah kami No.10." Rumah No.9 tu batu penghalang la ye..? Aku tersenyum.
"Okay, kita dah sampai di kelas Kris. Kris, 4-A."
"Bye, hyung. Kita jumpa lagi." Yeah, bye-bye. Kris tinggalkan aku dengan tiang letrik yang menyeramkan ni, iaitu Chanyeol.
"Jom ke kelas kita." Bermakna ke sebelah la.
Sebaik sahaja aku menolak pintu, semua orang dah sedia di meja
masing-masing. Alamak, aku dah lambat! Sehun dan Kai pun dah ada di dalam.
Kejap, sekarang subjek apa?
SEJARAH. Oh my.
"Eunji!!!!" Suara Puan Kim yang tinggi nadanya.
"Saya suruh awak masuk kelas lebih awal sejak kelmarin!"
"Saya minta maaf, Puan Kim. S-saya.."
"Dia tolong saya, Puan."
"Dia apa?" Bagus. Chanyeol tunjukkan mukanya di ambang pintu dan Puan Kim seperti tergoda aje.
"Oh, awak pelajar baru. Eunji, kenapa awak tak cakap awal-awal?" Aku senyum je, macam mana aku nak cakap, Puan Kim menjerit macamlah tak ada hari esok.
"Masuklah. Eunji, awak boleh duduk di tempat awak."
"Okay, mari kita berkenalan dengan pelajar baru. Perkenalkan
diri awak." Aku berjalan ke belakang dan duduk di tempat aku. Aku duduk
dekat dengan tingkap, seronok tau. Sehun dan Kai duduk di hadapan aku. Buku latihan,
kotak pensil semuanya aku letak di atas meja. Chanyeol memerhatikan keadaan
sekeliling dan tersenyum. Budak perempuan semuanya kecuali aku menjerit dan
mengeluarkan telefon bimbit. Ambil gambar untuk upload dalam blog dan
sebagainya.
"Nama saya Park Chanyeol. Gembira dapat berkenalan. Harap
kita akan menjadi kawan!" Chanyeol tersengih lagi. Oops, menakutkan.
"Seronok melancong, Eunji?" Sehun menoleh ke belakang dan tersengih. "Diamlah." Kai dan Sehun ketawa.
"Okay, di mana awak akan duduk..?" Pelajar perempuan
mengangkat tangan dan menjerit, "Sini, sini!". Tapi, mata Puan Kim
tepat ke arah meja di sebelah aku. Tempat ni tak kosong pun sebab aku letak
barang aku semuanya di sini, beg, buku, kamus.
Puan Kim menjongketkan keningnya.
"Eunji." Dia menuding jari ke arah barangan aku.
"N-ne." Terpaksalah aku mengubah barang aku.
"Chanyeol, awak duduk di sebelah Eunji." Ehh? Tiang letrik tu mengorak langkah.
KAI POV.
Eunji terkejut beruk. "Mwo?"
"Eunji, saya duduk di sini ya?" Bibir bawah digigit dan
selepas tu dia tersenyum pahit.
"Ah, n-ne."
Semasa Chanyeol-hyung mengeluarkan buku dan kotak penselnya, Sehun
beralih ke belakang, dia menyapa, "Annyeong, Sehun-imnida!" Sehun
menyiku aku, "Annyeong, Kai-imnida!"
"Chanyeol-imnida." Garaunya suara dia. Eunji memandang tajam kami berdua, moodnya sudah pergi. Mana tak nya, kawasan dia dah dicerobohi orang dan Eunji kena berkongsi tempat.
Eunji, inilah nasib kamu.
"Eunji, muka surat berapa?" Eunji merenung lama
pensilnya.
"Eunji?" Sikit pun Eunji tak menguak dan Chanyeol sudahpun merenung pelik.
"Eunji??!" Chanyeol-hyung menjerit di telinga Eunji, dan kaboom! Eunji terjatuh dari kerusinya. Raut wajahnya seperti 'apa masalah kau', tetapi Chanyeol-hyung memandang Eunji dengan pandangan yang comel bersama tangannya yang dihulurkan.
"Chanyeol."
"Ne."
"Tolong jangan menjerit. Sakit telinga aku." Eunji memegang cuping telinganya, kerusi dipanjat dan Eunji mengemaskan cara duduknya.
"Mian. Kau tak jawab pun soalan aku."
"Jadi? Kau tanyalah orang lain." Chanyeol-hyung mencebik. "Shireo."
"Kena jugak."
"Shireo."
"Wajib."
"Shireo."
"Suka hatilah, tapi aku tak nak jawab."
SEHUN POV.
Eunji memang tak jawab soalan itu tapi jari Eunji menyelak helaian
muka surat buku Chanyeol-hyung. Muka surat itu ditepuk beberapa kali sebelum Eunji
kembali fokus kepada pelajaran. Puan Kim mencatatkan soalan di papan hitam dan
dia terpaksa keluar kelas 20 minit lebih awal kerana ada urusan yang perlu
diselesaikan. Eunji memandang jam tangannya dan tersengih.
"20 minit, masa yang sempurna untuk tidur!" Jangan
tanya, Kai memang dah lama berlayar ke alam mimpi. Kedua-dua mereka memang suka
tidur.
Chanyeol-hyung memandang Eunji dengan perasaan pelik dan
tersenyum. Tangannya mencari buku nota Eunji. Eunji ni rajin orangnya.
Dia akan catat semua yang cikgu cakapkan, sama ada pengetahuan, peraturan dan
sebagainya. Pergilah selak buku tu, kenapa tanya lebih-lebih kepada aku...?
EUNJI POV.
"I lost my mind, once I met you?" Pemilik suara garau
itu ketawa. Aku membuka mataku dan merampas buku aku. "Siapa kata kau
boleh tengok buku aku?"
"Um." Mata Chanyeol berkedip-kedip. Sebenarnya aku rasa, Chanyeol ni patut mengaku je dia sebenarnya perempuan, tapi suara dia dah buat benda yang betul.
"Eunji, mianhae." Chanyeol memuncungkan bibirnya. Sehun tersenyum kambing. "Eunji."
Aku menjulingkan mata aku.
"Jangan kau berani baca buku aku." Chanyeol mengangguk-angguk. "Aku janji. Jadi kau maafkan aku ke?"
"Tak."
"Ya."
"Aku kata tak."
"Kau maafkan." Chanyeol tersenyum, senyumannya yang paling manis yang pernah aku lihat sepanjang tujuh tahun ni. Malas aku nak layan dia ni. Lebih baik aku sambung tidur je. Tapi sebaik saja aku nak melelapkan mata, dia cucuk aku dengan pensil dia.
"Apa?"
"Boleh kau beritahu, berapa banyak buku aku kena beli untuk setiap subjek?" Jarinya yang panjang menuding jadual kelas. "Kau tanya Sehun je lah."
"Aku tanya kau ni. Tak sopan tau tak hirau orang yang tengah minta tolong ni." Pffft. Sehun kan ada, depan dia je tu. Kenapalah aku juga yang kau nak ganggu?
CHANYEOL POV.
Aku memang tak boleh nak percayakan sesiapa tetapi kenapa aku
percaya Eunji lebih daripada diri aku sendiri? Eunji ni macam ada aura yang
buatkan orang percayakan dia, mungkin sebab dia tu pengawas tapi dia tetap
orang yang aku tak kenal pun. Dia memuncungkan bibir dan menulis pada sehelai
kertas, kuantiti buku yang aku perlukan.
"Kau boleh dapatkan semua ni di kedai buku di tingkat dua. Jumpa Mr. Kang, nanti dia bagilah buku kepada kau. Okay, sekarang boleh aku sambung tidur?"
Aku senyum. "Tak boleh. Jomlah temankan aku, cari Mr. Kang tu." Eunji menggaru lehernya.
"Sekarang?" Aku mengangguk.
"Lepas ni tak boleh ke?" Aku menggeleng. "Tak boleh. Aku nak belajar."
"Eh, eh. Mana boleh aku lupa? Kau pun sama jenis dengan kawan Angry Bird kau yang cerdik tu." Eunji senyum sinis.
"Mwo? Angry Bird?" Eunji mengetapkan giginya. "Lupakan je la. Jom kita pergi." Eunji mengorak langkah ke hadapan kelas dan berhenti di hadapan meja seorang pelajar lelaki yang tembam. Pelajar itu berhenti menulis sebaik saja Eunji menulis sesuatu pada bukunya. Eunji tersenyum dan menaikkan ibu jarinya.
KAI POV.
Sehun mengganggu aku dan memaksa aku ikut dia ke sesuatu tempat.
Oh my, oh my. Aku perlukan masa tidurku sebelum kelas Matematik! Sehun
menyandarkan badannya ke dinding dan bergerak perlahan-lahan. Aku memandang
langkahnya yang penuh berhati-hati. Mata Sehun melihat ke bawah, ke arah kedai
buku sekolah.
"Sehun, kenapa kau ber-"
"SHHHH!!!" Sehun menunjukkan arah bawah. Oh, Sehun ni tengah menghendap Eunji dan budak baru, si Chanyeol tu. Mereka sedang membeli-belah di situ. "Sehun, tak boleh ke kita biarkan saja mereka tu...?" Sehun membulatkan matanya, keduanya melihat aku arah atas bawah, atas bawah, aih, marah ke?
"Okay, boleh aku tidur di sini?" Sehun terus menjeling aku dan mengintip mereka. Sehun, kau ni teruklah!
"Kita kena tengok dia tu baik ke tidak."
"Biarkan je."
"Tak boleh. Aku takkan lepaskan macam tu saja."
"Dia dah besar, Sehun."
"Tak. Ingat, dia sepupu kita tau. Ingat tak pesanan Baekhyun-hyung?" Mestilah aku ingat.
"Kita kena perhatikan Eunji semasa dia tak ada."
"Aku teringatkan Baekhyun-hyung la pula." Sehun tersenyum.
Baekhyun tu kembar Eunji. Semasa umur mereka 10 tahun,
kembar ni dipisahkan, betul-betul selepas pakcik aku yang ketiga meninggal
dalam keadaan tragis - dijumpai dalam beg bagasi di dalam but keretanya.
Halmeoni aku tak dapat menerima kenyataan, orang bunuh anaknya macam tu dan
menuduh mak kembar ni, Yoon Se Kyung, seorang usahawan wanita yang berpengaruh
di US bahawa dia tak pandai nak jaga suami sendiri. Sebelum ayah mereka mati,
dia sempat berpesan kepada peguamnya, jika berlaku sesuatu dan isterinya akan
dipersalahkan, pisahkan kembar ni, sama ada Eunji atau Baekhyun-hyung
yang akan menetap di Seoul. Takdir memilih Eunji untuk hidup bersama-sama
halmeoni, ditambah dengan aku, Suho-hyung, Luhan-hyung, Kyungsoo-hyung dan
Sehun. Sehun dan Suho-hyung ialah anak-anak kepada pakcik aku yang kedua,
Kyungsoo-hyung dan aku datang dari anak yang keempat, dan Luhan-hyung datang
dari makcik kami yang sulung yang berkahwin dengan orang Cina. Sebab tu, nama
dia Luhan, nama orang Cina dan bukannya nama macam kami, orang Korea.
SEHUN POV.
Eunji memang tak suka pergi tempat yang penuh dengan barang,
misalnya kedai buku yang nampak ada banyak barang. Macam kami yang tak suka
tempat yang sangat teratur, kecuali Kyungsoo-hyung yang suka mengemas rumah
setiap hari. "Kenapa dia suruh Eunji tunggu di luar?"
Kai membuka matanya dan melihat ke bawah. "Mungkin dia ingat
lagi, Eunji tak suka kedai buku yang penuh dengan barang..?"
Dia tahukah siapa Eunji yang sebenarnya?
Bersambung...
Labels: Forgotten Sunflower
