Forgotten Sunflower : Tiga
Sunday, October 14, 2012 | 12:46 AM | 0comments
LUHAN POV.
Buat masa sekarang, aku rasa bersyukur sangat Tuhan hantarkan Park Chanyeol kepada kami. Eunji terpaksa menyertai pasukan bola jaring selepas dia kalah dengan Chanyeol dalam pertaruhan gila-gila mereka tu minggu lepas. Waktu P.E nanti, Eunji akan berlatih bola jaring dan dia dah tak boleh ikut Kai serta Sehun ke padang lagi. Cikgu-cikgu kat sini agak terancam dengan kehadiran Eunji sebenarnya. Yelah, Eunji tak tahu, sekolah ni sebenarnya milik mak dia. Sebab tu, semua guru tak berani nak naik tangan dengan Eunji. Tapi, tak semua orang tahu Eunji anak Puan Yoon SeKyung.
Aku tabik sepenuh hati kat Puan Kim, walaupun dia tahu Eunji ni agak berbahaya, sikit pun dia tak peduli malah dia tegur Eunji sebagai seorang guru. Setakat ni, Puan Kim je la yang aku boleh harapkan. Eunji ni nampak je ganas, tapi dia manja sebenarnya. Mak dia jauh di luar negara dengan abang dia, ayah dia pun dah tak ada. Siapa lagi yang dia ada selain halmeoni, aku, Suho, Kyungsoo, Kai dan Sehun..
Aku tak pernah sayang orang lain selain diri aku kecuali pada Eunji. Aku dapat rasakan kesedihan yang dia rasa apabila mak dia dan Baekhyun memilih untuk pindah ke luar negara tanpa dia selepas kematian ayah Eunji dan Baekhyun. Hanya mereka berdua. Mak aku pun menangis bila dia terkenang Eunji yang baru berusia sepuluh tahun, yang tak tahu apa-apa, melambai-lambai je mak dia dan Baekhyun kat lapangan terbang. Dalam dua bulan, Eunji asyik tanya aku, bila mak dia akan balik. Aku mesti akan menangis bila dia tanya macam tu sebab aku tiada jawapan.
Sebab tu aku pilih untuk tinggal di sini.
Sebab tu yang lain pun pilih untuk tinggal di sini.
Sebab Eunji keseorangan.
"Hai, Luhan." Kris menarik kerusi di hadapan aku.
"Wae?" Nada aku sengaja ditinggikan, aku tak suka si Kris ni sebenarnya.
"Saja je nak ganggu kau. Kenapa, tak boleh?"
"Kau tak ada kerja lain ke?" Suho dan Kyungsoo menoleh ke arah kami. Suho mengangkat kepalanya sedikit, aku menggeleng sebagai jawapan. Aku mengeluarkan buku latihan karangan dari beg aku. Kris mengambil buku aku dan menyelak helaian satu demi satu.
"Luhan."
"Wae?"
"Marah ke..?"
"Kau nak apa sebenarnya ni?"
"Kau pakai produk apa untuk kulit kau?"
SUHO POV.
Kris ni ada masalah mental ke? Kyungsoo hampir tersedak dengan soalan Kris yang pelik tu, dia menggigit bibir bawahnya. Luhan ketawa besar sambil memegang perutnya.
"Kau buat lawak ke?" Kris tidak berkelip sedikitpun, agaknya dia tengah serius la tu. "Produk aku sama dengan produk Kyungsoo, Eunji, Suho, Kai dan Sehun. Kau pergi dapatkan jawapan sendiri."
Kris tersenyum, "Tapi aku nak dengar jawapan dari mulut kau."
"Kris, kau tak sihat ke?"
"Entah. Apakah jawapannya, Luhanku yang comel?"
"Kris, kau demam ke?" Patutlah Chanyeol boleh melekat sakan dengan Kris ni. Satu spesis yang sama rupanya!
KYUNGSOO POV.
Ini satu keanehan. Kris yang serius ingin bergaul dengan Luhan-hyung yang periang. Kris tak sihat ke hari ni? Luhan-hyung menyembamkan mukanya ke meja. Kris tersenyum sinis dan mengeluarkan sebatang pensil. Buku Luhan-hyung yang masih di tangannya dibuka, tangannya laju mencatatkan sesuatu. Setelah meletakkan sekeping surat dalam buku itu, Kris meletakkan buku itu di meja.
"Tak apalah Luhan sayang, nanti aku dapatkan jawapan aku sendiri." Kris menolak pintu kelas dan menghilangkan diri.
Suho-hyung dan aku bergerak ke sebelah Luhan-hyung dan membuka bukunya. Surat berwarna putih segera aku buka di hadapan Luhan-hyung.
"Hyung, tengok sini."
"Wae? Kyungsoo, hyung nak tidur sekejap."
"Kris ada tinggalkan surat dalam buku kau la, Luhan."
"Penyibuk betul mamat tu. Biarkan je la. Tak pun, Suho, kau ambillah surat tu."
'Kalau kau nak Eunji selamat, kau jangan dedahkan masa silam Eunji depan Chanyeol. Apa-apa pun, kau jangan biarkan cerita sebenar tentang Eunji diketahui oleh Chanyeol. Ingat pesanan aku kalau kau nak Eunji masih selamat bernafas di dunia ini.'
Apa motif Kris yang sebenarnya?
EUNJI POV.
Park Chanyeol, aku benci kau! Semuanya gara-gara kau..! Genap seminggu aku tak bercakap dengan Chanyeol. Dahlah main tipu, lepas tu, berani dia pijak kaki aku semasa perlawanan hari tu! Aku rasa macam nak tumbuk je muka dia, biar gigi dia yang banyak tu patah semuanya! Bila aku fikir balik, menyesal la pulak biar Kyungsoo-oppa jadi referee, sebab dia tak tahu sangat pasal bola sepak. Bayangkan, Byun Eunji kalah dengan si tiang letrik yang kaki bangku!
"Set. Kalau kau kalah, kau kena pakai jersi bola jaring lepas ni. Haha, Park Chanyeol, aku tak sabar nak sokong kau di padang minggu depan." Kenapalah aku angkuh sangat cakap macam tu? Ah, menyampahnya rasa! Aku merampas bola dari tangan Gyuri dan melontarkan ia kepada Yoona yang sudah menunggu untuk shoot bola itu.
"Bagus, Eunji!" Sooyeon tersengih sambil menaikkan ibu jarinya.
"Okay girls. Take ten!" Puan Kim menjerit. Eh, Puan Kim ni tak takut keguguran ke, terjerit-jerit dari tadi lagi..! Aku meneguk air mineral dari botol yang aku bawa dari rumah. Air isotonik yang diedarkan sebelum latihan dah pun habis aku telan. Puan Kim menghampiri aku dengan perutnya yang semakin memboyot tu.
"Eunji, saya berterima kasih kepada kamu sebab kamu sanggup masuk pasukan bola jaring ni."
"Eh, cikgu. Saya tak buat apa-apa pun."
"Saya mengharapkan yang terbaik dari kamu, Eunji." Pandailah dia menyusun ayat, aku ni kalah pertaruhan dengan si tiang letrik tu je. Aku tersenyum nipis.
"Sebenarnya, saya yang suruh Chanyeol kalahkan kamu dalam permainan bola sepak hari tu, by hook or by crook."
"Apa?" Terlopong aku mendengarnya. Puan Kim ni...! Nasib baik la dia mengandung.
"Saya dah tak ada pilihan lain selain memaksa awak masuk pasukan ni. Lagi satu, sengaja saya suruh Kyungsoo rela hati jadi referee hari tu. Eunji, kamu maafkan Chanyeol ya?"
"Kenapa saya kena maafkan dia?"
"Saya tahu kamu tak bercakap dengan dia. Dia hanya menunaikan permintaan saya, Eunji." Aku mengeluh perlahan dan menjongketkan bahu. "Tengoklah macam mana."
CHANYEOL POV.
Kenapa Eunji marahkan aku? Sampai sekarang dia tak layan aku, aku macam duduk di sebelah robot je. Sepatah pun tak aku dengar dari mulut dia, tangan dia je laju bergerak. Dengan Kai dan Sehun, boleh pulak dia bercakap. Kenapa perempuan ni sangat rumit? Aku menutup buku di tangan aku dan memandang Kris yang berada di hadapan aku.
Library sekolah sangat ramai pengunjungnya tetapi semuanya senyap tanpa suara, termasuklah Kris yang tengah siapkan kerja sekolahnya.
"Kris." Tiada respon.
"Kris, aku lapar. Aku keluar dulu." Masih tiada respon. Nampaknya keseoranganlah aku di kantin.
EUNJI POV.
Aku menimbang-nimbang epal merah yang ada di tangan aku. Nak bagi epal ke, nak cakap ke? Kalau nak difikirkan, buat apa aku nak merajuk lama-lama? Lagipun, bola jaring taklah semudah ABC, ada peraturan yang memang aku tak boleh nak ikut. Terima kasihlah Chanyeol, kau dah tolong perbetulkan pandangan aku terhadap bola jaring. Sebenarnya aku malu nak minta maaf, agaknya kalau aku berikan epal ni, dia faham tak maksud tersirat? Dia budak cerdik, mestilah dia faham, kan?
CHANYEOL POV.
Eh, mana duit aku..? Tadi ada kat dalam beg, sekarang dah tak ada. Macam mana aku nak beli makanan ni? Perut aku dah bersalsa sakan ni. Menyesal aku tak pergi kantin waktu rehat tadi, sekarang waktu stayback ni dah kebuluran jadinya. Aku berhenti di pintu kantin. Buat apa aku masuk sedangkan duit pun tak ada. Hah, balik rumah nantilah aku makan. Beginilah nasib malangku..
"Nah!" Satu tangan menghentikan langkah aku, sebiji epal merah dihulurkan. Ada sepasang mata yang bulat tetapi malu-malu memandang aku. Rambut depannya masih basah, jersi bola jaring pun belum dia tukar. Eunji ni macam tahu je aku tengah lapar.
"Epal merah yang besar! Terima kasih." Aku tersenyum, tetapi Eunji cepat-cepat mengangguk dan terus berlari dari situ. Dia masih marah ke? Aku duduk di bangku bawah pokok dan makan epal merah yang Eunji berikan.
"Ada orang buat salah kat kau ke?" Satu suara mengejutkan aku. Kris rupanya. Di tangannya ada buku yang dia guna di library tadi. Aku menjongketkan bahu aku. "Rezeki jangan ditolak, orang dah beri, aku makan je lah."
"Selalunya, kalau dapat epal tu, tandanya si pemberi tu minta maaf. Bukankah perkataan maaf dan epal bunyinya sama?" Aku tersenyum dan memandang epal di tangan, ada maksud tersirat rupanya..
Eunji, kau ni comellah..
(Dalam bahasa Korea, perkataan epal dan maaf bunyinya sama.)
Bersambung..
Labels: Forgotten Sunflower
