Forgotten Sunflower : Empat
Thursday, November 1, 2012 | 12:58 AM | 0comments
EUNJI POV
"Baiklah, sekarang siapa boleh beritahu cikgu apakah not ini?" Encik Lee menekan kekunci piano. Sehun memandang aku dan Kai. Kai menggeleng dan meletakkan jarinya di mulut. Chanyeol mengangkat tangannya, dia berharap Encik Lee menoleh ke arahnya.
"Awak!" Encik Lee menudingkan jarinya ke arah aku. Aku menoleh ke belakang, ke kiri dan ke kanan. Tiada sesiapa pun, aku memandang Chanyeol yang tersengih-sengih. "Eh, dia main toleh-toleh pulak. Awaklah, budak bertocang." Raut wajah Chanyeol bertukar namun segera dia mengukirkan senyuman. Aku segera berdiri.
"Siapa nama awak?"
"Saya Eunji."
"Baiklah, Eunkyung, apakah not ini?" Eh, cikgu ni. Kan aku dah kata, aku Eunjilah!
"F syap, cikgu." Jawapan sebenar ialah G minor, tapi sengaja aku tak jawab dengan betul.
"Salah. Ini G minor. Awak kena tumpukan perhatian, jangan tertarik dengan orang sebelah awak tu, taulah dia handsome, tapi jangan sampai tak ingat saya pulak." Semua orang pecah dengan ketawa, yang paling menyakitkan hati, Kai dan Sehun yang sengaja ketawa dengan suara kuat. Chanyeol hanya tersenyum manja dan menayangkan giginya yang banyak tu.
"Baik kau tutup mulut kau sebelum gigi kau aku patahkan." Aku menarik kerusi dan duduk.
"Cubalah kalau kau berani, tapi Byun Eunji hatinya lembut, mana sanggup cederakan kawannya yang seorang ni." Aku menjulingkan mata. Semakin hari, semakin nakal Park Chanyeol si tiang letrik ni.
"Baiklah pelajar semua, saya akan bentuk beberapa pasangan, tak kiralah sesama lelaki atau perempuan. Setiap pasangan harus siapkan sebuah lagu beserta liriknya. Yang terbaik akan diberi peluang untuk membuat persembahan pada minggu hadapan di dewan sekolah untuk festival seni. Saya akan tampalkan senarai nama selepas rehat nanti. Alat muzik yang dibenarkan hanyalah piano dan keyboard sahaja. Faham semua?"
"Faham, cikgu!"
CHANYEOL POV
Cikgu Lee Taemin meninggalkan kelas setelah loceng berbunyi. Eunji mendengus dengan kuat.
"Piano dan keyboard? Macamlah aku reti sangat tekan benda hitam putih tu."
"Kekunci."
"Lantaklah apa pun namanya. Siapa yang dapat jadi pasangan aku, memang setengah nyawa aku kerjakan." Dia tersengih. "Jadi, kalau nak selamat, baik kau berharap kita takkan jadi satu pasangan." Eunji meletakkan kepalanya di atas meja dan memejamkan mata. Kai dan Sehun mengubah posisi mereka ke belakang dan mengetuk meja Eunji. Eunji segera bangun dan memandang mereka.
"Kita tak boleh." Aku menjongketkan kening, Eunji hanya memandang ke luar tingkap. "Eunji, kau dengar tak? Kita tak boleh masuk, kita kena tarik diri." Kai mengeluh.
"Eunji, kau dengar tak ni?!"
"Sehun, aku belum pekak lagilah. Ya, aku dengar." Eunji mengemaskan mejanya.
"Kenapa korang nak tarik diri?"
"Adalah sebabnya, kau tak boleh tahu." Eunji menggeleng. "Kita main alat muzik sahajalah. Tak payahlah menyanyi. Suara kita bukannya bagus pun."
"Korang bertiga ni memang peliklah. Masa inilah kita kena tunjukkan bakat." Aku menggelengkan kepala dan memegang tangan Eunji. Sehun dan Kai membeliakkan mata mereka, "Kenapa kau pegang tangan dia, hah?"
"Sebab, aku nak dia ikut aku pergi kantin." Aku menarik tangan Eunji dengan kuat, dia terbangun dari kerusinya, secara automatiknya, aku berjaya membawa Byun Eunji keluar dari kelas.
"Chanyeol."
"Hmm."
"Chanyeol~"
"Hmm."
"Boleh tak kau lepaskan tangan aku ni?"
"Tak boleh, nanti kau lari."
"Hey, kau ingat aku ni apa? Baik kau lepaskan tangan aku ni." Eunji menarik tangannya, sayangnya genggaman aku pada jarinya lebih kuat. Aku memandang wajahnya yang sudah merah dan tersenyum lebar. Membuli Eunji adalah satu hobi aku yang baru..!
EUNJI POV
Nenek pun tak pernah pegang tangan aku seerat ni, apatah lagi lima orang sepupu aku tu. Chanyeol dah menyebabkan tangan aku tak bernyawa. Bukannya apa pun, setakat beratur di kantin je, tu pun nak pegang-pegang tangan. Dia ingat aku ni budak berumur sepuluh tahun yang tak tahu jalan ke? Semua orang menuding ke arah tangan kami, dan berbisik-bisik.
"Apa tengok-tengok?! Nak makan penumbuk?" Dua orang pelajar lelaki mengalihkan pandangan setelah aku menggenggam tangan aku. Chanyeol ni, kenapa dia tak nak lepaskan tangan aku hah?! Aku terlihat Yoona dan Sooyeon berjalan ke arah kami sambil tersenyum, tanganku segera Chanyeol lepaskan. Huh, nasib baik!
"Hai, Chanyeol! Hai, Eunji!" Sooyeon dan Yoona menyapa. Aku mengangguk lembut.
"Oh, hh-hai." Aik, gagap pulak budak gigi banyak ni!
"Hey, Eunji. Petang ni ada latihan, tetapi agak lama daripada biasa. Isnin nanti kita akan berlawan habis-habisan!" Sooyeon menggenggam tangannya, oh dia ni penuh dengan semangat! Aku tersengih, maknanya seminggulah aku takkan masuk kelas dan menghadap tiang letrik yang banyak gigi ni. Chanyeol masih memilih makanan dan tanpa dia sedar, aku sudah berjalan jauh bersama-sama Sooyeon. Sengaja aku tinggalkan dia dengan Yoona. Ala, Chanyeol, ingat aku tak tahu ke, kau ada crush dengan Yoona? Ini Byun Eunjilah!
"Eh, mana Yoona..?" Sooyeon menggaru-garu kepalanya.
"Heh, jangan kacau pasangan baru nak bercinta!" Aku tersenyum lebar sampai ke telinga dan mengajak Sooyeon beratur. Sehun, Kai, Luhan-oppa, Kyungsoo-oppa dan Suho-oppa muncul di belakang kami. Luhan-oppa sengaja menolak Sehun ke hadapan agar dia agak rapat dengan aku. "Eh, Sehun!"
"Eunji, bukan ke kau keluar dengan Chanyeol tadi?" Aku mengangguk laju.
"Mana dia?" Aku menuding ke arah hujung meja kantin, Yoona dan Chanyeol rancak berbual nampaknya.
"Oh."
Sooyeon ketawa kecil, "Kenapa Chanyeol macam tak mesra je?"
"Dia memang macam tu. Mula-mula je dia malu-malu. Lepas ni, kau tahulah apa yang nak jadi."
"Tapi kenapa dengan kau, dia kemain lagi mesra..? Maksud aku, dia terus rapat dengan kau." Aku sekadar menjongketkan bahu. "Entah, aku tak tahu. Dia tu makhluk asing entah datang dari mana, dengan gigi yang banyak dan ketinggian seperti tiang letrik. Itulah Park Chanyeol."
"Kau tak rasa janggal ke?"
"Janggal la jugak, tapi dia classmate aku, duduk di sebelah aku. Jadi, terpaksalah bergaul dengan makhluk asing yang pelik itu."
Sooyeon menghulurkan tray kepada aku. Kami mengisi makanan dan memilih tempat duduk yang agak jauh dari Chanyeol dan Yoona. Sengaja aku duduk di sebelah kiri Sooyeon yang agak tinggi daripada aku, agar Chanyeol tak nampak aku. Luhan-oppa pulak duduk di sebelah kiri aku, dan memindahkan sayuran yang ada di dalam traynya.
"Kenapa kau tinggalkan aku dengan Yoona, Byun Eunji?" Alamak!
Bersambung..
Labels: Forgotten Sunflower
