.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower : Enam
Wednesday, November 14, 2012 | 12:08 AM | 0comments

EUNJI POV

"Hari ni, saya nak semua orang lari sekeliling padang sebanyak 15 kali, kita akan adakan latihan untuk menguatkan stamina kamu!" Cikgu Joe menjerit walaupun dia bercakap menggunakan pembesar suara yang comel itu. Yoona dan Sooyeon mengerutkan muka mereka kerana suara Cikgu Joe yang menyakitkan telinga. Aku mengikat rambut yang aku rasa memang mengganggu dan memakai cekak rambut untuk menghalang rambut hadapan aku mencucuk mata. Cikgu Joe terpaksa menggantikan Puan Kim yang kelmarin masuk wad.

"Eunji, luasnya dahi kau." Eva mencucuk aku dan memulakan larian. Aku mencebik.
"Okay, girls! Fighting!" Para pemain bola jaring sekolah bersorak dengan penuh semangat.
"Ingat, teknik yang betul, jangan pecut terlebih dahulu. Larian jarak jauh memerlukan kekuatan yang banyak." Kata-kata Puan Lee terngiang-ngiang dalam kepala, rindu pula pada cikgu P.E sekolah menengah rendah aku tu. Aku memulakan larian dengan penuh semangat. Yoona dan Sooyeon, aku ikuti dari belakang, Eva sudah pun selesai dua pusingan padang. Eunji, kau boleh lakukan..! Aku memasang mp3 aku dan terus mengejar bilangan pusingan padang.

"Eunji boleh! Eunji hebat!" Satu susuk badan di hujung padang merisaukan aku. Apa hal Chanyeol ni? Tak cukup kat kelas, waktu latihan aku pun dia nak menyemak jugak ke? Dah tu, dari mana dia dapat pom-pom pink tu ha? Aku tak sangka aku ada rakan semeja yang sangat, sangat, sangat aneh. 

"Rooting for Eunji, yeah!!" Park Chanyeol, tolonglah jadi normal macam orang lain.

"Eunji!" Cikgu Joe menjerit. Larian aku terhenti. "Bawa makhluk asing ni jauh dari padang sekarang jugak!!" Jarinya tepat menuding ke arah Chanyeol. Aku menggelengkan kepala dan meneruskan larian. Masih banyak pusingan, mana boleh berehat, nanti lagi lambatlah aku balik rumah. Malam ni ada drama best, tak bolehlah kalau aku tinggal cerita tu. Pergilah balik, Chanyeol! 

Cikgu Joe bergerak dari hujung padang dan mula mengejar aku, tangannya mencengkam tocang rambut aku, hampir-hampir je aku tergelincir. "Omo!"
"Hantar Park Chanyeol pergi dari sini, sekarang!" En Joe menjerit di tepi telinga aku, matanya bulat memandang aku.
"Tapi cikgu, saya tengah memanaskan badan ni."
"Tak ada alasan untuk kamu. Sekarang. Selagi dia tak sampai ke rumah, kamu jangan balik ke padang." Tangannya melepaskan tocang rambut aku. Nasib baik dia ni cikgu, kalaulah sama usia dengan aku, nak je aku hadiahkan tendangan sulung. Hmmph. 
Aku mengangguk perlahan dan mengeluh sekuat-kuatnya. Kenapa Park Chanyeol si tiang letrik dilayan begitu istimewa?

CHANYEOL POV

Yoona dan Sooyeon hanya menghadiahkan senyuman sinis kepada aku selepas bunyi loceng balik sekolah. Sekarang baru aku sedar maksud senyuman sinis itu. Kris dah balik ke rumah tanpa aku, dia lupa ke, aku tak cam jalan di kawasan sekeliling ni lagi?! Adakah ini satu perangkap atau helah kedua-dua manusia aneh itu? Macam mana aku nak balik ni?

Aku sengaja meronda di padang sekolah, kebetulan pula Eunji ada latihan stamina hari ini. Jadi aku rasa, aku nak ikut dia la nanti, lagipun rumah kami hanya selang sebuah.

"Oppa !" Sekumpulan pelajar perempuan menjerit, kesemua mereka memakai baju pink yang seragam. Kumpulan sorak sekolah ! Aku hanya melambai dan menghadiahkan senyuman kambing, trademark aku.
"KYAAA~!! Oppa, we love you!" Salah seorang daripada mereka memberi aku sepasang pom-pom sebagai hadiah.
"Okay, girls! Fighting!" Aku memandang ke arah kanan padang, setelah bersorak, seorang demi seorang daripada pasukan bola jaring sekolah memulakan larian. 
"Bye, semua! Oppa ada urusan sebentar. Take care!"

"Eunji boleh! Eunji hebat!" Salah seorang yang berlari dalam pasukan menoleh ke arah aku dan menutup mukanya. Malu le tu.

"Rooting for Eunji, yeah!!"  Seorang cikgu yang berdiri di hujung padang mengejar Eunji dan menarik rambutnya. Eh, eh ! Hampir saja Eunji terjatuh, cikgu ni ! Tak padan dengan pendek, berani dia tarik rambut Eunji tu?! Eunji mengangguk beberapa kali dan mengemaskan barangnya sebelum berlari ke arah aku. Wajahnya masam mencuka, matanya seperti berapi-api. Langkahnya semakin besar dan laju. 

Tangannya pantas mencengkam lengan aku, "Aku ada banyak benda nak cakap dengan kau." Aku sengaja melambai-lambai ke arah pelajar-pelajar perempuan yang berbisik-bisik sesama sendiri ketika kami melintas di hadapan mereka. 

"KYAAA~Oppa!! Annyeong!"

EUNJI POV

Sakit kepala aku mendengar jeritan pelajar-pelajar perempuan tu. Kenapa la En Joe suruh aku hantar si tiang letrik ni balik ke rumah? Di hadapan pagar sekolah, aku berhenti melepaskan cengkaman aku pada tangannya, berbekas la pulak. Sorry, bro. Hmmph. Matanya membulat lagi. "Kenapa lepaskan tangan aku?" Chanyeol mencapai tangan aku semula, psiko betul mamat ni..! Aku menepis tangannya, dan menggelengkan kepala.

"Kenapa kau pergi padang?"
"Saja...!"
"Kau tahu tak kau dah ganggu latihan aku?"
"Kenapa? Kau tak boleh fokus ke kalau aku ada?" Jantung aku berdegup kencang apabila Chanyeol tersenyum kambing. Eunji, sedarkan diri!
"M-mana ada! Cikgu Joe suruh aku hantar kau balik ke rumah...! Kau pergilah balik sendiri. Aku sibuk ni." Aku mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Tak nak. Aku kan amanah cikgu, kau kenalah buat amanah tu." Ewah, banyak cantik! Amanahlah konon! Macam aku tak tahu, kau ada skandal dengan cikgu Joe tu...!
"Kau tak kesian ke kat aku ni? Kau ingat aku ni pengurus, pengawal peribadi kau ke?"
"Idea yang baik! Eunji, mulai saat ini kaulah pengawal peribadi aku, manager aku.. Yeay!"
"Dah! Cukup dengan idea merepek kau tu. Kau pergi balik sekarang. Aku nak berlatih di padang. Bye!" Aku berlari semula ke sekolah, tinggalkan je la Chanyeol di situ. Dia dah besar, takkan masih tak kenal jalan ke rumah sendiri?

"Nanti, Eunji!" Aku menoleh ke belakang.
"Sebenarnya...."
"Eumm?"
"Sebenarnya...."

Aku memeluk tubuh dan merenung wajah Chanyeol, mukanya merah. Mungkin sebab panas kot, dia menggaru belakang kepalanya. 
"Sebenarnya...."
"Sebenarnya apa? Dari tadi lagi, sebenarnya. Apa yang kau nak cakap ni?"
"Aku tak tahu jalan balik ke rumah!" Chanyeol menggigit bibir bawahnya dan memandangku malu-malu. 
"HAHAHAHAHAHA~ Biar betul, takkan jalan rumah sendiri tak ingat?"
"Janganlah ketawa!! Sungguh ni!! Aku tak ingat jalan balik rumah..! Baru dua minggu aku di kawasan ni la."

CHANYEOL POV

Menyesal aku cakap benda sebenar dengan Eunji ni. Alasan aku ni lawak sangat ke sampai Eunji tak berhenti ketawakan aku? Kris je yang ingat jalan balik ke rumah, aku sikit pun tak ingat. Eunji menganggukkan kepala.

"Kau ikut aku. Aku akan ajar kau cara-cara nak ingat jalan ke rumah kau."
"Okey." Eunji berjalan di hadapan aku.
"Pertama, kau nampak tak, di kiri kita, ada kedai tteobukki Mak Cik Miri? Khemah merah, betul-betul di sebelah pokok cherry blossom."
"Kedai tteobukki Mak Cik Miri, warna merah, sebelah pokok cherry blossom."
"Kedua, kanan kita ada deretan kedai berwarna ungu dan putih. Belok kanan, selepas deretan kedai dan jalan terus."
"Kedai ungu putih, belok kanan dan jalan terus."
"Ketiga, padang permainan, pokok besar, rumah atas pokok. Belok kanan."
"Rumah atas pokok besar di padang permainan, belok kanan."
"Keempat, jalan sehingga kau jumpa buaian dan papan lungsur, dan kita dah sampai ke rumah!"
"Buaian dan papan lungsur, dah sampai!" 

Kris berada di luar rumah, dia sedang menyidai baju yang telah dibasuh. Eunji mengetap bibirnya dan menyapa, "Hey Kris!"
"Eh, Eunji." Eunji menuding jari ibunya ke arah aku, "Aku rasa kau ada tertinggal barang di sekolah tadi." Kening Kris berkerut.
"Barang?" Kris mengangkat kepalanya dan memandang kami, Eunji yang berdiri sambil menyilangkan kakinya, meniup rambut manakala aku memeluk tubuh di belakangnya.

"Kris, kenapa kau tinggalkan aku?" 
"Oh, Chan-nyeo. Yoona kata kau ada latihan di padang tadi, dan kau akan balik lambat. "
"Bila masa pula aku ada latihan? Aku tak main apa-apa lagi bulan ini." Kris menjongketkan bahu. Apasal dengan semua orang ni? Aku belum direkrut untuk apa-apa permainan lagi. Eunji mendengus perlahan, "Aku tak terlibat. Sekarang aku nak pergi buat latihan semula. Kau punya pasal la ni."
"Kau tak nak bawa aku jugak ke?"
"Tak payah, nanti kau tak tahu jalan nak balik lagi. Kau ingat kau tu adik aku ke? Lainlah kalau Sehun ke, Kai ke yang nak ikut."
"Eunji, aku ni tak sama ke dengan mereka?"
"Kau bukannya sesiapa pun. Kawan ye la."

Perlahan-lahan aku melihat Eunji berlalu pergi. Kenapa aku terkilan dengan kata-kata dia? Chanyeol, dia kawan kau je!

EUNJI POV.

Kenapa aku rasa menyesal dengan kata-kata aku ni? Aku cuma cakap benda betul je, dia kan kawan je, bukannya sesiapa pun. Ada sesuatu yang aneh tentang perasaan aku ni. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan Chanyeol tu? Tak mungkin, kenapa pulak aku nak suka si tiang letrik tu? Dia bukannya handsome pun, Suho-oppa beribu-ribu kali lebih handsome...!

Tapi ada sesuatu yang aneh tentang dia.
Sangat aneh bagi aku, sampai aku ambil berat padanya.

Mungkin sebab dia rakan semeja aku je kot, yelah, mestilah kami rapat. Aku akan cari jalan untuk jauhkan diri dengan dia. Chanyeol mesti ada ramai kawan selain aku, apa-apa pun, aku tak boleh biarkan dia melekat 24 jam dengan aku.

Aku tak boleh biar dia merampas hati aku!

Bersambung :)

Labels: