.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower : Lapan
Sunday, November 25, 2012 | 9:32 PM | 0comments


CHANYEOL POV

Hari ini, kelas drama berjalan seperti biasa, kelas kami berkumpul di dewan untuk latihan pementasan drama untuk Karnival Seni. Eunji berjalan masuk ke dalam dewan bersama-sama Kai dan Sehun, mereka bertiga membawa prop untuk pementasan drama. Dari jauh, ada sedikit perasaan pelik yang aku rasa apabila aku melihat Eunji ketawa bersama-sama sepupu-sepupunya itu.

Ini bukan perasaan gembira. Perasaan ini seperti perasaan yang aku rasa apabila Kris berjaya mengalahkan aku dalam permainan PS2, perasaan yang sangat tidak selesa. Cemburu? Takkanlah aku ni cemburu akan Sehun dan Kai kerana rapat dengan Eunji? Aneh dan misteri. Jika dibandingkan, Eunji tidaklah secantik Yoona, tidaklah secomel Hanna, tapi ada sesuatu yang menyebabkan aku tak nak mengalihkan pandangan aku.

Cikgu Jaejoong membawa beberapa folio dan CD. Ketua kelas kami memasangkan LCD dan kami semua duduk di lantai sambil menatap skrin yang Eunji pasangkan. Kai dan Sehun duduk selang dua tempat di belakang aku, Eunji yang perasan aku memandangnya dengan khusyuk, mencebikkan muka. Sehun dan Kai memanggil Eunji ke arah mereka. Dalam kelas ini, aku tidak rela untuk duduk di sebelah siapa-siapa pun selain Eunji. Aku tidak selesa dengan orang lain.

"Chanyeol. Sebelah kau ada orang ke tidak?" Hyomin bertanya. Hyomin ni duduk di sebelah kanan aku dalam kelas. Aku menggeleng.
"Sorry, Hyomin. Ini tempat Eunji." Kai meletakkan buku Eunji di sebelah aku. Sehun mengangkat ibu jarinya.
"Duduklah kat sini." Sehun menepuk-nepuk lantai di kanannya, manakala Eunji datang ke arah kami sambil tersengih-sengih kepada ketua kelas kami.

Panasnya hati!

EUNJI POV. 

Kai dan Sehun sengaja mencari pasal dengan aku hari ini. Tak pasal-pasal Hyomin yang ada hati dengan Chanyeol tu dimainkan. Oh, kesiannya. Aku mencekak pinggang di hadapan mereka.

"Ish, tepilah sikit, Eunji! Kami tak nampak skrin kat depan tu."
"Ha'ah, baik kau duduk. Meh, duduk kat sini." Chanyeol menarik tangan aku dan menepuk lantai di sebelahnya.
"Apa pegang-pegang? Ingat free touch ke?" Aku menarik tanganku dan duduk di sebelah kiri Chanyeol.
"Ala, janganlah marah, nanti kau dah tak comel."

Kai dan Sehun ketawa kecil."Ooooo..ada orang dapat pujian."
"Ala, janganlah marah, nanti kau dah tak comel.." Kai memegang pipi Sehun.
"Ulang, ulang. Ala, janganlah marah, nanti kau dah tak comel.." Sehun tersengih.
"Korang ni, aku cepuk dengan buku aku kang!" Chanyeol tersenyum kecil.
"Ni lagi seorang, kau cakap lagi macam tu, aku gamkan mulut kau nanti!" Aku menuding jari ke arah Chanyeol.

Mengada-ngada!

Cikgu Jaejoong menayangkan slideshow di hadapan yang bertajuk Cinderella. Cerita lama yang dah berkurun diwarisi sampailah sekarang.

"Cikgu ni, tak ada cerita lain ke?" Jihoon bertanya, dia ni budak yang paling bising selepas aku, Kai dan Sehun.
"Ha'ah. Cerita ni budak tadika pun tahu, cikgu!" Serri, budak di hadapan kami menambah.
"Sabar, sabar. Kita akan gunakan cerita Cinderella tapi dengan jalan cerita yang kamu semua reka." Cikgu Jaejoong tersenyum, oh, cair aku dengan senyumannya itu.
"Jalan cerita asal, Cinderella ada dua orang kakak tiri dan seorang ibu tiri yang kejam. Ada apa-apa yang hendak diubah?"
"Ada! Cinderella tu pun garang macam mak tiri dia, asyik menyumpah orang je!" Kai menjerit. Aku menekup mulut dengan idea Kai. Aku rasa ada benda yang tak kena lepas ni.
"Lagi?"
"Cinderella sebenarnya tak buat pun kerja rumah, dia suruh kawan-kawan binatang dia buatkan. Yang dia tahu, asyik main kat luar rumah je." Sehun menjerit pula.
"Oh, tragisnya jalan cerita kamu tu. Ada sesiapa yang nak buat perubahan lagi?"
"Dalam majlis tari menari tu, Cinderella tak menari dengan putera tu tapi dia bertekak dengan putera tu." Sarah memberi cadangan.
"Atau, tak payah buat majlis tari-menari, kita buat majlis baling tomato."
"Ah, cukup-cukup. Cikgu nak kekalkan majlis tari menari tu. Sekarang, kita pilih siapa yang nak pegang watak utama."
"Cikgu, Cinderella garang tu serahkan pada Eunji!" Jihoon menjerit. Aduhai!
"Tak boleh, aku tak nak. Kenapa aku pulak yang kena jadi Cinderella ni?"
"Kau la yang paling sesuai!"
"Mulut banyaklah kau ni!" Jihoon menjelir lidah. "Kau lagi banyak mulut!"
"Mulut aku satu je la! Cikgu, saya tak reti berlakonlah, jangan pilih saya ye?"

Cikgu Jaejoong ketawa, "Kelas, siapa sokong Eunji pegang watak Cinderella? Sila angkat tangan kamu." Kesemua manusia yang ada di dalam dewan ini kecuali aku mengangkat tangan.

Aku membenamkan muka dalam tapak tangan aku, "Nak mampus kot Jihoon ni..!"

KAI POV

Ala, Eunji, bukan selalu kami kenakan kau. Cikgu menepuk tangan, "Eunji, nampaknya awak ramai penyokong, tahniah ye Cinderella alaf baru."
"Tahniah Eunji!" Chanyeol menepuk tangan dengan gembiranya.
"Okay, siapa yang kita nak calonkan sebagai putera? Eunji, apa pendapat kamu?"
"Cikgu, saya syorkan cikgu pilih je Jihoon tu." Eunji menjeling Jihoon yang terlopong.
"Tak boleh, Jihoon patut jadi pari-pari yang tunaikan permintaan Cinderella..!" Junsu memberikan idea.
"Siapa setuju Jihoon jadi pari-pari?" Semua orang mengangkat tangan kecuali Jihoon.
"Jihoon, awak jadi pari-pari ye. Tapi, siapa yang patut jadi putera ni?" Ketua kelas kami, Taehun bertanya.
"Ch-Chanyeol!" Satu suara yang amat aku kenal kedengaran, ia milik Hyomin. Pelajar perempuan yang paling senyap dalam kelas. Eunji tersentak dan berpaling ke belakang. "Hyomin, takkan aku dan Chanyeol?"
"Apa salahnya?" Hyomin tersenyum manis, Chanyeol pula tergelak kecil.

"Kenapa, Eunji? Kau takut jatuh hati kat aku ke?"

SEHUN POV.

Eunji membesarkan matanya. "Jangan mimpilah. Aku takkan suka pada kau!"
Cikgu Jaejoong tersenyum lebar dan mengeluarkan senarai nama, "Saya pilih sendirilah."
 "Ha?" Semua orang mengeluh. "Jangan mengeluh, pelajarku."
"Eunji, Cinderella. Jihoon, pari-pari. Tikus pertama, Sehun. Tikus kedua, Kai. Raja, Chansung. Mak tiri, Chanyeol. Kakak tiri pertama, Junsu. Kakak tiri kedua, Taehee." Tikus? Biar betul cikgu ni!
Eunji menepuk tangannya, "Yeay! Saya setuju!"
"Siapa yang setuju...? Kau seorang je!" Kai mengetuk kepala Eunji dengan bukunya.
"Cikgu, kenapa saya dapat watak mak tiri? Saya bukannya perempuan pun." Chanyeol membantah.
Cikgu mengangkat keningnya dan tersengih, "Cikgu akan tentukan siapa yang akan jadi putera semasa latihan nanti." Eunji mencebik dan menggelengkan kepalanya. Nak mengamuk la tu lepas ni.

Siapa yang nak jadi putera ni?

Bersambung..


Labels: