.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower : Lima
Sunday, November 4, 2012 | 1:52 AM | 0comments

CHANYEOL POV

Aku memang tak puas hati apabila Eunji tinggalkan aku dan Yoona. Yoona ! Perempuan yang paling cantik pernah aku jumpa, tapi sayangnya dia buah hati orang lain. Kenapa Eunji nak cipta masalah untuk aku? Yoona ni pun, macam single saja perangainya, baru break-up kah? Sebaik saja aku toleh ke kanan, aku ternampak Sooyeon dan Eunji beserta konco-konconya beratur semula di barisan.

Alahai, Eunji! Kenapalah kau tak nampak aku kat sini? Aku tak minat perempuan yang menggedik macam si Yoona nilah! Kalau kau nak carikan aku kawan perempuan sekalipun, kau carilah yang munasabah sikit...

"Byun Eunji, kenapa kau tinggalkan aku dengan Yoona, hah?" Tersedak Eunji dengan jus epalnya apabila aku menegurnya dari belakang.
"Eh, kau ni Chanyeol. Kenapa waktu-waktu mustahak lagi penting ni yang kau musnahkan? Aku jarang beli air di kantin tahu tak!" Aku sengaja memalingkan muka aku ke kiri. Yoona sudah lama beredar dengan Minhyuk, baru kelmarin Kris beritahu aku, Yoona sudah jadi milik Minhyuk pula.

Aku geli dengan kenyataan itu, Yoona ni anak patung ke?

Eunji menjulingkan matanya dan menarik tangan aku. "Dah. Sekarang kau duduk. Tak malu ke, semua orang tengok kau merajuk, buruk betul muka kau."

Luhan, Sehun, Kyungsoo, Kai dan Suho ketawa besar. Eunji berganjak sedikit dari tempat duduknya agar aku boleh menyempitkan ruang yang ada di meja kantin itu.

"Kau ni gemuklah, Eunji. Tak muat aku nak duduk ni." 
"Eh, tiang letrik ni! Dah dikira baiklah aku ni bagi tempat untuk kau duduk..!" Eunji mengepal penumbuknya.
"Hoi, baik kau makan cepat. Nanti kau yang paling lambat masuk kelas. Dah tu, subjek Sejarah, subjek kegemaran kau pulak lepas ni." Kai mengetuk kepala Eunji, Sehun dan Luhan menahan ketawa. 

"Aku nak makanlah ni. Kejap je aku belasah." Eunji menjeling aku dengan penuh perasaan.

Marahlah tu.

EUNJI POV

Kan aku dah kata. Kejap saja aku habiskan makanan, sampai terlopong Chanyeol melihat aku. Matanya tidak berkelip-kelip, halkumnya naik turun dari saat aku menelan mi sup ini.

"Eunji, kau ni manusia ke hantu? Lapar sangat aku tengok." Akhirnya Chanyeol bersuara jua. 
"Eunji memang macam ni, dan selalu macam ni." Sooyeon hanya mengukirkan senyuman seiring dengan kata-kata Kyungsoo-oppa. Chanyeol mengambil garfu aku dan mula menjamah salad buah yang sengaja aku ambil lebih, dia seolah-olah faham aku sudah tidak berdaya untuk menelan sayur-sayuran. Aku hanya sukakan buah berbanding sayur, selamanya aku akan begini!

"Yeay, jom kita masuk kelas!" Aku mengangkat kedua-dua tanganku ke udara dan berdiri. "Aduh!" Oopss! Tanganku tertumbuk pipi Chanyeol la pulak! Hampir-hampir dia meludah Luhan-oppa yang ada di sebelah kirinya.

"Eunji!!" Luhan-oppa membeliakkan matanya.
"Sorry!" Aku menaikkan tanganku dan tersengih. Chanyeol mengusap pipinya dan mengelap mulutnya dengan tisu. Dia ni penuh dengan protokol. Aku mengangkat tray makanan aku dan meletakkannya ke dalam besen yang mak cik kantin sediakan. 

Setelah membasuh tangan, kami pun bergerak ke kelas. Aku sengaja berhenti di loker aku untuk mengambil buku teks dan buku latihan aku. Cikgu sengaja mendera perasaan aku apabila Park Chanyeol si tiang letrik rupa-rupanya tuan loker baru di sebelah aku! Jadi inilah loker yang sentiasa menjadi peti surat sekolah? Tak cukup loker itu, loker aku pun menjadi mangsa surat-surat cinta untuk makhluk asing bergigi banyak ni.

Sungguh aku tak suka.
Memang aku tak suka.

Baru dua minggu tapi Chanyeol ni dah heret aku sekali dalam hidup dia. Sekurang-kurangnya janganlah libatkan aku dalam hal ini. Tolonglah. Peminat Luhan-oppa pun belum habis berperang dengan aku, takkan si tiang letrik ni pun nak angkat geng jugak? Oh no, aku tak sanggup! Bulan lepas, aku terpaksa mengunci rapat-rapat loker aku kerana ia sentiasa disepahkan oleh para peminat fanatik Luhan-oppa. Kami sepupu dan tinggal sebumbung, sudah tentulah kami berkongsi barang.

Sampaikan getah rambut aku pun dianggap hak milik Luhan-oppa. Oh, Tuhan. 

CHANYEOL POV

Eunji mendengus lagi apabila dia membuka pintu lokernya. Aku sendiri tidak menyangka surat-surat misteri akan mencurah-curah keluar dari loker aku dan selebihnya di loker Eunji. Dahi Eunji berkerut-kerut apabila dia membaca setiap nama yang ada pada semua sampul surat di tangannya.

"Helo, uncle. Ini awak punya. Huh, kenapalah manusia di sekolah ini sudah tidak tahu membaca?"
"Membaca?" Eunji menghela nafasnya.
"Ya. Membaca nama di loker. Nama kita jauh berbeza, Byun Eunji dan Park Chanyeol. Tak susah pun untuk bezakan." Eunji menghempas pintu lokernya. Kenapa dia marah sangat hari ni?
"Kenapa? Kau cemburu?" Eunji menoleh 90 darjah dan mengecilkan matanya. 
"Tak ada sebab aku nak cemburu." Eunji mengatur langkahnya secepat mungkin dan hilang di antara pelajar yang ada. Aku memerhatikan surat-surat yang ada di dalam lokerku. Nampaknya, tong sampah rumah aku akan penuh hari ini.

LUHAN POV

Eunji meluru masuk ke dalam kelas aku, Kyungsoo dan Suho terhenti daripada percakapan mereka. Mukanya masam seperti tomato buruk. Kerusi di hadapan aku ditarik dan Eunji menghempaskan punggungnya di situ.

"Hah, ni kenapa pulak? Kau gaduh dengan kekasih hati ke?"
"Eunji mana ada kekasih hatilah!" Mulutnya muncung dan matanya memandang ke bawah.
"Habis tu?" Suho mencelah. Kyungsoo mengubah posisinya ke sebelah aku.
"Cikgu Lee Taemin tu la. Dia dah tetapkan kerja berpasangan kelas."
"Oh..tu je ke?" Kyungsoo menepuk dahinya.
"Tak."
"Ada lagi?"
"Eunji kena jadi partner si tiang letrik tu, oh tak sukanya...!"
"Okay apa. Kenapa tak suka pulak?"
"Eunji, Sehun dan Kai dah berjanji takkan buat persembahan di sekolah kecualilah kita muncul sebagai satu kumpulan yang sempurna. Jadi kami nak tarik diri, atau lebih spesifik, tuang kelas muziklah."
"Lepas tu?"
"Chanyeol tu budak baru, lepas tu dia beria-ia sangat nak buat persembahan. Gila ke apa? Eunji tak bolehlah larikan diri kalau dia jadi partner Eunji."
"Tu je ke? Mintalah cikgu tukarkan."
"Cikgu dah balik, abang dia sakit. Apa Eunji nak buat ni?" DING DONG DENG! Loceng berbunyi, Eunji mendengus dan mengangkat buku-bukunya.

"Nantilah kita bincang semula."
"Ahh, lagi satu. Eunji akan balik lambat tau! Jangan tunggu Eunji!" Sepantas kilat Eunji menghilang dari pandangan kami bertiga. Kemudiannya, Park Chanyeol tergesa-gesa berlari ke kelas mereka.

Dah lambatlah tu.

KAI POV.

Eunji masuk ke kelas dengan wajah yang masam mencuka dan terus duduk di tempatnya. Sehun sudah tersenyum sampai ke telinganya, namun senyumannya padam apabila Eunji hanya memandang ke luar tingkap.

"Eunji."
"Apa..?"
"Kau dah tengok senarai pasangan?" Perlahan Eunji mengangguk tapi tetiba dia meraup mukanya. "Aku benci nasib malangku. Kenapa dia?"

Chanyeol masuk ke dalam kelas dan tersengih seperti kerang busuk. Buku di tangannya diletakkan di atas meja dengan berhati-hati. 

"Eunji sayang!" Eunji mengerutkan mukanya. Eh, dah semacam je panggilan Chanyeol ni! Tangan Chanyeol luas didepakan, hah, drama king ni!

"Apa..?"
"Byun Eunji, bersedialah untuk dibuli, hahaha!!" Amboi, ketawa besar nampak! Aku dan Sehun memandang Chanyeol berkali-kali. Buang tebiat ke apa dia ni?

EUNJI POV

Aku meletakkan jari aku di telinga, kenapalah cikgu letakkan aku dengan Chanyeol ni..? Menyesakkan dada betullah! Aku meletakkan tangan di dalam meja namun jari aku terasa basah. Coklat cair! Siapa yang letak coklat ni? Aku mengangkat kotak kecil itu, coklat itu telah menyebabkan meja aku basah dan melekit! Sekeping kad kecil di atas kad itu Chanyeol baca sambil terkekek-kekek ketawa.

"Coklat ini untuk aku!"

Lagi sekali?

Bersambung..

Labels: