.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower : Tujuh
Sunday, November 18, 2012 | 12:26 PM | 0comments

EUNJI POV.

Akhirnya masa yang ditunggu sudah sampai. Sekarang ni, banyak orang yang datang ke sekolah aku untuk perlawanan bola jaring antara sekolah. Para pemain sekolah semuanya memakai jersi masing-masing, termasuklah aku. Macam tahu-tahu je diorang ni, aku dapat nombor jersi yang paling aku suka, nombor enam belas. Aku mengikat tali kasut di bangku kantin yang berdekatan dengan dewan. Macam mana kalau aku tak boleh bermain dengan baik nanti? Ah, takutnya!

"Dari dulu lagi Eunji macam ni." Luhan-oppa duduk di sebelah aku dan menghulurkan sebotol air isotonik. "Asyik gigit kuku dari tadi. Ah, you left this earlier at home."
"Okay." Aku menyimpan botol air dalam beg dan memandang Luhan-oppa.
"Oppa, macam mana kalau Eunji tak berjaya shoot? Mesti-"
"Eunji, buang semua perkataan kalau dalam kepala Eunji sekarang."
"Hmm."
"Eunji, belasah saja nanti. Tak kisahlah kalau Eunji tak menang, tapi yang pasti Eunji mesti berusaha bersungguh-sungguh."
"Ne..! Oppa ada tak semasa perlawanan Eunji nanti?"
"Entahlah adikku sayang. Kalau rajin, oppa datang." Aku mengangguk perlahan.
"Eh, budak ni! Mestilah oppa ada! Kyungsoo, Suho, Kai dan Sehun pun ada nanti, jangan risaulah!"

"Eunji!" Dari jauh kelihatan sebuah sepanduk yang bertulis 'Byun Eunji rocks!!', Kai dan Sehun yang memegangnya. Kyungsoo-oppa dan Suho-oppa hanya mengikut mereka dari belakang. Patutlah semalam lima orang ni berkeras sangat tak bagi aku masuk bilik mereka. Tengah menconteng kain rupanya. Terharu rasanya.

"Eunji rocks!" Muka mereka pun dah diwarnakan, nampak macam pelakon operalah pulak. Tapi, idea gila-gila ni sudah pasti dibuat, sebab sepupu mereka Byun Eunji.
"Ni kenapa conteng muka, Sehun, Kai? Suho, Kyungsoo, korang pun cat muka jugak?" Luhan-oppa menuding muka mereka, aku hanya menahan ketawa.
"Semangat kesukananlah, hyung! Kita kenalah sokong sekolah sendiri."
"Siapa ajar conteng muka ni?" Kyungsoo-hyung menuding kepada aku. 
"Byun Eunji yang ajar." Sehun dan Kai menjawab.
"Bila masa pulak?" Keempat-empat mereka menjelirkan lidah apabila aku mencebik.

"Eunji!" Yoona dan Sooyeon memanggil. "Cepat, kita nak buat warming-up. Perlawanan kita yang kedua tau."
"Cepatnya." Kai mengangguk dengan kata-kata Sehun.
"Lagi cepat baliklah." Aku tersengih. "Selamat tinggal, sepupuku semuanya!"
"Eunji, buat elok-elok tau!" Aku menunjukkan ibu jariku. Yoona menarik tanganku ke dewan, ramai pemain bola jaring sedang memanaskan diri. Mereka semua kelihatan cantik, mesti pelajar lelaki akan cuba berkenalan dengan mereka.

"Eunji!" Ini pun salah seorang daripada mereka, Park Chanyeol. Dia pun mengecat muka jugak, kain yang diikat di kepalanya ditulis 'Eunji Boleh'. Dia ni pun sama macam lima beradik tu.
"Apa..? Aku nak buat warming-up ni."
"Ha'ah la Chanyeol. Kami nak buat warming-up ni." Sooyeon mengubah posisinya ke hadapan aku dan mendepakan tangannya.
"Ish, aku nak cakap dengan kawan aku pun tak boleh ke?"
 "Betul ke dia kawan kau saja..?" Yoona, Eva dan Jihye mengikut jejak Sooyeon dengan menghadang Chanyeol. "B-betullah."
"Kau nak cakap apa? Cepat, jangan buang masa aku."

Chanyeol tersengih.

"Aku dah lupa." Tiang letrik ni memang nak dipatah-patahkan ke? 

CHANYEOL POV

'Buat yang terbaik, Eunji!' 

Kenapa aku tak boleh nak cakap macam tu? Kenapa aku tak boleh pandang mata Eunji sekarang? Takkanlah aku suka kat dia kot? Tak boleh jadi ni...!

"Hmmm, Eunji ! Kalau kau kalah, aku tak sayang kau!"
"Ada aku kisah ke? Bye-bye!" Eunji berlari ke arah ahli pasukannya untuk memanaskan badan. Aku menyertai Kris, Sehun, Kai, Kyungsoo, Suho dan Luhan-hyung di kerusi barisan kedua dalam dewan. Perlawanan hari ni melibatkan sepuluh buah sekolah dan Youngshin akan berlawan pada game kedua. Semua pelajar boleh datang menonton dan menyokong pada game kedua nanti, tapi dengan lima orang pelajar taiko ni, tak payah masuk kelas pun.

Byun Eunji, buat yang terbaik ! Aku tahu kau boleh.

KRIS POV

Minit ke-10 tadi, kedua-dua pasukan bertukar tempat, Youngshin sekarang mendahului dengan 19-16, nampaknya, Youngshin ada harapan untuk menang! Yoona dan Sooyeon memerhatikan Eunji yang sedang melarikan bola dan kemudiannya pass kepada Eva namun bola kembali semula kepada Eunji. Eva dikepung oleh pihak lawan, nasib baik ada Jihye di belakangnya. Bola dilontarkan kepada Sooyeon dan akhirnya, gol!

"PRIIITT! Game over!" Semua pelajar Youngshin menjerit kegembiraan, Youngshin menjadi juara bagi pertandingan bola jaring antara sekolah. Walaupun perlawanan pertama tadi, Eunji ditolak oleh pemain yang lebih besar, namun dia ni tak mengaduh kesakitan pun. Semangat dia sangat kuat, patutlah cikgu-cikgu kat sini semuanya sayang sangat Eunji tu.

Chanyeol, Luhan, Kyungsoo, Suho, Kai dan Sehun berlari ke arah Eunji yang menangis kegembiraan. Keenam-enam beradik tu saling memeluk dan berkongsi kegembiraan Eunji, manakala Chanyeol hanya memerhatikan mereka. Wajahnya bertukar riak, mungkin Chanyeol terasa. Walaupun dia ada kakak, tapi sekarang dia dah tak tahu kakak dia tinggal di mana, disebabkan aturan keluarga, kakak dia dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga. Chanyeol dan kakaknya berjauhan, sekarang Chanyeol sunyi sebenarnya.

Bertemu dengan Eunji bukan pilihan dia, tapi tentu ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik pertemuan mereka. Aku berjalan ke arah mereka, "Eh, tiang letrik ni. Marilah kita peluk ramai-ramai...!" Sehun dan Kai menarik tangan Chanyeol, dan mereka terus berpusing dalam pelukan. Senyuman kegembiraan terukir di wajah Chanyeol, "Mulai hari ni, Chanyeol si tiang letrik diisytihar sebagai ahli keluarga kita!" Luhan menaikkan ibu jarinya, "Ah, Kris si Angry Bird pun sama jugak!" Kyungsoo menarik tangan aku.

Aku pun?

KAI POV

Mata Chanyeol mula basah, "Ni kenapa pulak?" Luhan menumbuk lembut perut Chanyeol, "Tak, tak. Aku gembira sebenarnya."
"Macam budak-budak pulak Chanyeol dan Eunji ni. Menangis sama-sama pulak tu." Suho-hyung mengusik. Eunji berhenti mengelap mukanya, manakala Chanyeol ketawa kecil.
"Suho-oppa ni, pernah makan kasut saiz enam tak?" Eunji menunjukkan enam jarinya. "Tak. Not edible la!" Suho-hyung memuncungkan mulutnya.
"Teringin ke? Kalau tak nak, senyap. Tak baik bising-bising, pencemaran bunyi tu." Eunji tersengih. 

"Kalau tak salah tadi, ada orang kata, kalau Eunji kalah, dia tak sayang Eunji dah. Sekarang Eunji dah menang, agaknya kasih sayang dia bertambah ke?" Eh, dari mana si Eva dan Sooyeon ni datang..? Chanyeol terbatuk-batuk kecil, Eunji menjulingkan matanya.

"Kau ni Eva. Menyibuk je. Takde maknanya bertambah atau berkurang, sebab aku tak terima pun." Eva dan Sooyeon terus mengajak Eunji ke arah pasukan mereka, Eunji mengikuti mereka sambil menyanyi-nyanyi kecil. Chanyeol, kalau kau betul-betul serius nak si Eunji ni, memang kau kena sabar banyak-banyak. Tak mudah nak curi hati ex-tomboy ni.

EUNJI POV

"Eh, kau ni Eunji. Jual mahal betul. Chanyeol tu handsome apa..!?"
"Kau nak ke? Ambillah, sikit pun aku tak heran."
"Eunji, kau ni anehlah. Dia tu suka kat kau, takkan kau tak nampak?"
"Dia tu mengada-ngada je la. Ramai lagi peminat dia yang lebih cantik daripada aku, pilih je la. Kenapa nak sangat kat aku?" Dia tak tahu kisah silam aku..
"Ikut sukalah Eunji, aku yakin, satu hari nanti mesti kau jatuh cinta kat dia." Eva tersenyum manis.
"Eva, kau janganlah doakan aku pulak!" 
"Benda baik mesti jadi cepat."

Selepas satu jam, semua pasukan bola jaring bertukar pakaian kepada pakaian yang lebih sopan, kami diminta tunggu di luar dewan kerana pembersihan dan penyusunan kerusi sedang dijalankan. Dari pemerhatian aku, nampaknya semua pemain dari sekolah lain cantik belaka.

Eva mencuit aku dan menuding ke arah seseorang. Chanyeol sedang rancak bersembang dengan seorang pemain bola jaring, agaknya dia pelajar Minhwan kot. Lama aku memandang mereka sehingga Chanyeol perasan aku sedang memerhatikan dia, macam biasa, perangai senyum kambing dia yang tak pernah luput, dan tangannya yang rajin nak melambai aku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain.

Persoalannya, kenapa aku pandang dia tadi? Eunji, kau tak cemburu kan?

Cikgu Joe menjemput semua orang masuk ke dalam dewan, aku mencari tempat yang mungkin takkan dilihat Chanyeol, di bahagian kiri dan  di depan berdekatan dengan pintu. Apa sepupu-sepupuku buat di atas pentas tu? Kai dan Sehun mencebik apabila Puan Lee menyuruh mereka menjadi pengacara majlis, Luhan-oppa, Suho-oppa dan Kyungsoo-oppa menyiapkan hadiah-hadiah untuk pemenang dan sijil untuk semua peserta. Kris memegang dulang hadiah dan berdiri di sebelah pengetua kami, Tuan Shin. 

Tetiba aku nampak Chanyeol memegang dulang yang berisi sijil. Lain yang aku minta, lain yang jadi.

Eva ketawa kecil, "Kan aku dah cakap, benda baik mesti jadi cepat."

Mulut kau memang masin, Eva!

Bersambung :)

Labels: