Forgotten Sunflower : Sembilan
Wednesday, December 12, 2012 | 12:46 AM | 0comments
EUNJI POV.
"Malam ni, jangan lupa ye. Pukul 7 tepat kita mesti berada di loteng." Sehun mengangguk dengan arahan Luhan-oppa.
Aku hanya tersenyum, fikiran aku runsing dengan kelas drama tadi. Selalunya, drama sekolah takkan melibatkan nyanyian. Tapi nampaknya, cikgu nak buat kelainan tahun ni...macam teater muzikal. Prop dan skrip, cikgu serahkan pada Yeseul dan kawan-kawannya. Kai berasa gembira dengan penglibatan Yeseul, yelah, Kai ni ada hati kat Yeseul tu. Hmm, Kai, semoga berjaya.
Jam di dinding menunjukkan pukul 4 petang. Suho-oppa membawa buku kesayangan Kyungsoo-oppa ke veranda depan dan meletakkan buku di hadapan aku. "Cik komposer, sila selesaikan not lagu-lagu ini."
Aku tersengih. "Haha, macam mana boleh Eunji lupa ni..?!"
Luhan-oppa mencebik. "Dah. Sekarang ni kita kena fikirkan konsep kali ni. Jemputan menyanyi untuk reunion kelab catur pelajar universiti ni susah nak dapat tau!" Aku mengangguk laju.
Sehun mengangkat tangan, "Reggae."
Kai menggeleng, "Sexy."
Suho-oppa menepuk meja, "Innocence."
Kyungsoo-oppa membawa gitarnya dan mengheret aku ke atas. Mulutnya muncung ke arah bilik aku, "Kita akan siapkan lagu ni sekarang sebab lepas ni, Eunji akan sibuk aje. Yelah, orang famous nak berlakon pulak."
"Eh, macam mana tahu?"
"Helo. Ini Do Kyungsoo la. Semua rahsia orang ada dalam tanganlah!" Aku memilih tempat di sebelah tingkap dan mencapai gitar aku.
"Yelah tu." Tanganku ligat menyelak helaian buku oppa.
"Neon Naege Banhaesseo? Wow. Ada orang yang dah mula jatuh cinta ni." Merah padam muka Kyungsoo-oppa.
"Eh, mana ada..! Cepatlah sambung..! Letak rap pulak." Haha, seganlah tu.
"Nak sambung la ni."
CHANYEOL POV.
Kris membuka laptopnya di meja makan dan menaip tugasan yang dia terima di sekolah. Aku menarik kerusi di sebelahnya dan duduk, sambil mataku memandang kosong terhadap bayangan aku pada kaca meja itu. Di atas meja, ada sekotak surat peminat aku. Sengaja aku kumpul, sebab aku nak buat Eunji panas hati.
Eh, kenapa Eunji pulak yang terlintas dalam kepala aku? Ah, takde maknanya Park Chanyeol..!
"Eh, Chanyeol. Emak kau hantar emel la. Kau nak baca ke?"
"Kau siapkanlah kerja kau tu."
"Dah siap pun. Nah, buka sekarang." Aku memuncungkan mulut, sengaja. Sebab Eunjilah, aku dah berjangkit tabiat muncung-muncung ni.
"Apa mak kau kata?"
"Dia suruh aku balik minggu ni." Ni mesti nak pasang-pasangkan aku dengan anak kawan-kawan gosip dia. Nak buat macam mana, kena ikut je la, dah aku ni anak dia. Setiap hujung bulan mesti mak akan buat parti. Biasalah, orang banyak duit, macam tu la.
"Kau kenal tak Hanna?" Aku menggeleng dengan soalan Kris.
Keningnya terangkat. "Bukan ke dia anak kawan mak kau ke? Dia budak sekolah kita tau. Eunji masuk pasukan bola jaring pun sebab Hanna patah kaki."
"Jadi?"
"Aku rasa, mak kau akan satukan dia dan kau."
Takkan la. Aku tak kenal dia pun.
"Venue?"
"Pukul 6.30 petang, Elvinus, hotel mak aku." Kris tersengih lagi. Hotel, mesti la ada event yang mak aku rancang tu. Takkanlah hidup aku pun mak nak atur macam hidup nunna?
EUNJI POV
"Oppa, kita akan buat show di hotel ke?"
"Ha'ah, Sabtu ni. Dewan Pheonix, hotel Elvinus, jam 7 malam. Tapi, macam biasa. Kita mestilah kena sampai awal." Aku mengangguk sambil menghirup air kotak teh bunga chrysanthemum.
Sebenarnya, aktiviti menyanyi ni, kerja sambilan kami je. Nak dapatkan duit lebih, mestilah kena berusaha, kan? Halmeoni suruh kami berhenti buat part-time di kedai 24 jam sebab dia takut kami akan ketinggalan dalam pelajaran, tambah-tambah aku ni, dah la tak pernah dapat straight A's, dalam sepuluh subjek yang aku belajar, hanya 7 je yang dapat A. Yang lagi tiga, hancur - Sejarah, Seni Kaligrafi dan Geografi. Asyik dapat C+ saja, sebab tu Sehun berkuasa di tempat pertama, aku pun tak tahu, macam manalah dia belajar..? Yang pasti, kaligrafi aku memang buruk.
Kai? Kami selalu kongsi tempat kedua dalam kelas. Sharing is caring, katanya.
Tapi kalau dalam ranking sekolah, Kai dan aku di tangga kelima, Sehun di tangga kedua. 'Terkejut tak?' Soalan pertama yang keluar dari mulut Luhan-oppa. Mana taknya, tempat pertama sampailah kelima, kami berenam yang dapat. Luhan-oppa orang yang paling cerdik dalam sekolah, kedua Sehun, ketiga Suho-oppa, keempat Kyungsoo-oppa dan kelima, aku dan Kai.
Semestinya tempat kami ni idaman orang lain. Dengan kemasukan dua orang pelajar baru ni, aku tak tahulah macam mana nanti.
"Cikgu Taemin ada berikan tugasan kan?" Kyungsoo-oppa meletakkan penselnya di atas buku. Aku berhenti memetik gitar dan memandang tepat ke dalam mata oppa, kepalaku mengangguk perlahan.
"Siapa pasangan Eunji?"
"Chanyeol." Aku mengeluh panjang.
"Kenapa dengan keluhan tu?"
"Chanyeol la orang yang paling Eunji nak hindarkan. Cikgu tu, dah la nama Eunji langsung dia tak ingat, sibuk apa sangat sampai nama Eunji tak boleh nak ingat? Macam la dia tu pengetua." Kyungsoo-oppa tersenyum.
"Hah. Ni kenapa senyum-senyum pulak ni?"
"Eunji, bukalah hatimu untuk cintaku...." Mula dah puisi jiwang karat dia ni....
"Smackdown pernah kena tak?"
CHANYEOL POV
"Chanyeol." Kris memandang tepat ke arahku.
"Ada apa?"
"Aku tengok Eunji tu comel la jugak." Kris meletakkan dua cawan Nescafe di atas meja.
"Perempuan kasar macam tu kau kata comel? Kris, kau ni demam ke?" Tanganku pantas memegang dahi Kris.
"Eh, apa sentuh-sentuh dahi aku ni?"
"Tak panas pun. Kau silap makan ke tadi?"
"Eh, kau ni! Aku okey la. Aku hanya bagi pendapat aku je."
Kris tersenyum lagi. "Apa yang kau fikirkan tu?"
"Betul la Chanyeol. Aku tengok Eunji tu comel sebenarnya. Kau yang tak nampak."
Apa yang comelnya? Eunji tu aneh tau tak! Pelajar perempuan semuanya pakai skirt, tapi dia sorang je yang pakai seluar pendek warna hitam tu. Nasib baik rambut dia panjang dan disanggul, kalau rambut dia tu dipotong sama macam adik-beradik dia yang lain tu, gerenti aku ingat dia tu lelaki.
"Aku tak rasa Eunji tu ada teman lelaki."
"Macam mana nak adanya..? Perangai macam lelaki, entah-entah dia tu suka perempuan jugak macam kita."
"Eh, Chanyeol..! Tak baik cakap macam tu, mana kita tahu, dia ada masalah silam dengan lelaki ke...? Atau dia sengaja tak tunjukkan kecantikan semulajadi dia ke? Aku takut kau ni senyap-senyap jatuh hati kat dia pulak. Masa tu, kau gigit jari je tengok orang lain usung Eunji merata."
"Kris, mintak simpang le."
"Kalau ada orang yang tolong makeover dia, confirm aku kebas dulu." Kris tersengih lebar.
"Yelah tu. Takkan hilang perangai kasar dia tu."
"Chanyeol, hari ni kau datang bulan ke? Asal aku cakap pasal Eunji, kau naik angin."
"Aku bukan perempuanlah!"
"Manalah aku tahu, kau tukar jantina dengan Eunji ke, apa ke?"
"Kris..!"
"Alamak! Budak kecik dah naik angin..!"
Hah, Kris ni, kalau dah mata keranjang tu, apa jenis perempuan yang ada dalam dunia ni pun kau suka.. Aku yakin dan pasti, aku takkan jatuh hati pada makcik gorilla tu.
Bersambung..
Labels: Forgotten Sunflower
