.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower : Sepuluh
Wednesday, December 12, 2012 | 12:54 AM | 0comments

EUNJI POV.

Hotel Elvinus ni cantiklah jugak. Seumur hidup aku, tak pernah aku datang ke hotel mewah macam ni. Setakat motel dua katil bujang tu rajinlah jugak. Tu pun, satu bilik enam orang. Suho-oppa mengeluarkan pakaian dari belakang van yang Luhan-oppa sewa. Victor, si pemandu van membantu Kai, Sehun dan Kyungsoo-oppa mengeluarkan alat muzik kami semua. Aku mengikuti Luhan-oppa mencari dewan persembahan.

Memang betul-betul cantiklah hotel ni!

"Annyeonghaseyo. Boleh saya bertanya, di mana Dewan Pheonix?" Luhan-oppa bertanya kepada petugas di kaunter resepsi. Nama petugas tu, Ahn Daesung. Matanya sepet, macam satu garisan.
"Oh, awak ni kumpulan Sweet Melody ke?" Aku mengangguk laju.
"Dewan Pheonix di sebelah kanan saya, kamu berdua boleh belok kiri pada pintu yang pertama. Ingat, pintu yang pertama, ya?"
"Ne, kamsahamnida." Kami menoleh ke belakang dan menyuruh mereka mengikut kami ke sebelah kiri tempat resepsi. Luhan-oppa mengangkat drumnya dan aku mengusung keyboard Sehun.

Setelah selesai mengangkat barang, kami mula bersiap-siap di belakang dewan. Suho-oppa membahagikan pakaian dan aksesori yang sesuai dengan tema hari ini, Love Story. Semua orang akan memakai topeng, macam cerita Inggeris zaman Victoria dulu. Kyungsoo-oppa menarik satu set pakaian Lolita yang berwarna hitam putih dan menyerahkan ia kepada aku. Keningku terangkat.

"Lolita? Skirt?" Luhan-oppa menepuk tangan. "Ya! Pakaian yang sesuai!" Apa? Ingat aku ni artis kostum ke? Hello, ini amat tidak sesuai!
"Tukar boleh tak? Eunji tak nak pakai gaun pendek ni."
"Alah, sekadar pakaian, tak jadi masalah la. Bukannya orang kenal kau pun kat sini, lagipun, lepas letak mekap, confirm orang tak kenal kau dah. Pakai je la, ada legging, jangan risau." Sehun menepuk bahu aku.

Aku mengeluh perlahan dan menukarkan pakaian aku sekelip mata di bilik persalinan perempuan di belakang pentas. Kyungsoo-oppa membawa rakannya, Rebecca untuk menyolek kami semua. Setelah itu, kelima-lima sepupu aku memakai topeng mata berwarna hitam, macam Zorro la pulak. Rebecca menarik aku dekat kepadanya dan mula mencalit warna. Aku memang tak suka orang conteng muka aku. Sikit pun aku tak suka. Suasana sejuk ni membuatkan aku rasa nak terkucil la pulak. Kenapalah pihak hotel ni tak buat tandas dalam bilik persalinan ni?

Buat susah orang je.

CHANYEOL POV.

Ha, sampai pun. Kris mengiringi aku masuk ke dalam hotel. Para penyambut tetamu tersenyum manis melihat aku dan menunduk apabila aku menyapa. Kris memulakan langkah ke arah Daesung-hyung yang sedang menulis sesuatu.

"Annyeong, Daesung-hyung."
"Annyeong, Tuan Kris, Tuan Chanyeol."
"Hari ni ada apa-apa parti ke?"
"Dewan Pheonix ada reunion kelab catur Universiti Daehwa, Dewan Saber ada aktiviti bidaan dan Dewan Stallion ada parti Puan Park."
"Hmm, Chanyeol, mak kau ada kat Dewan Stallion."

Tetiba aku terdetik nak pergi tandas. "Hey, Kris. Kau pergilah dulu, aku nak ke tandas dulu." Kris mengangguk laju dan aku terus memecut ke tandas. Setelah aku selesai di tandas, aku cepat-cepat keluar dari tandas. Pintu di tandas perempuan terbuka, seorang perempuan yang comel mencerutkan mukanya. Jantung aku terus berdegup kencang. Park Chanyeol, relakslah!

"Entah apa-apa la diorang ni. Aku tak suka betul." Mulutnya laju berkata-kata. Budak perempuan ni comel betul! Bibirnya berwarna merah jambu dan rambutnya dilepaskan, sebuah topi kecil terletak elok di sebelah kanan kepalanya. Budak Lolita itu terus melangkah ke arah Dewan Pheonix. Jantungku semakin pantas berdegup, lebih pantas daripada biasa.

Hmmm, dia masuk ke situ, maknanya dia bukannya budak sekolah menengah tu. Mesti dia datang dengan teman lelaki dia yang lebih handsome daripada aku. Aku mengemaskan langkah dan bergerak ke dewan yang paling mak aku sayang. Aku menolak pintu Dewan Stallion dan terlihatlah makcik-makcik beserta anak-anak perempuan dan lelaki mereka.

Kris mendapatkan aku di muka pintu dewan, mak aku sedang rancak berbuak dengan seorang makcik yang agak cantik di usianya. Mak aku tersenyum lebar melihat aku berjalan ke arahnya. Kebetulan pula, nunna pun ada di belakang mak. Aku mengukirkan senyuman.

"Ha, inilah anak saya, Chanyeol. Chanyeol, ini Puan Kang."
"Annyeonghaseyo, Puan Kang."
"Wah, Puan Park! Chanyeol ni handsome sangat, sayangnya Hanna tak boleh jumpa dengan awak, Chanyeol."
"Ah, Hanna! Macam mana dengan kakinya?"
" Lagi seminggu, bolehlah dia ke sekolah. Eh, macam mana tahu ni?"
"Oh, lupa. Puan Kang, anak saya ni bersekolah di sekolah Puan Yoon tu, sama dengan Hanna jugak."
"Oh, ya kah? Hanna di kelas kedua, 4-B."
"Samalah dengan anak saya. Kawan dia, Kris ni, di kelas pertama kan?" Laju Kris mengangguk.

Aku hanya tersenyum manis. Aku tak suka sangat parti mak aku yang agak bosan ni.

EUNJI POV.

"Selamat datang ke Reunion Kelab Catur Universiti Daehwa. Sebagai pembukaan, majlis menjemput Sweet Melody dengan lagu mereka, Neon Naege Banhaesseo!" Aku menghadiahkan senyuman manis kepada semua yang ada di hadapan aku.

"Annyeonghaseyo, kami Sweet Melody. Terimalah, Neon Naege Banhaesseo." Luhan-oppa bersedia dengan drum comelnya, Sehun beserta keyboardnya, Suho-oppa, Kai, Kyungsoo-oppa dan aku sudah memegang gitar masing-masing. Dengan senyuman, kami memulakan persembahan.

"uyeonhido geureoke urin sijak dwaennabwa
The beginning started coincidentally for us
cheoeumen sarangilgeorago kkumedo
At first, this would be love even in my dream, 
mollanneunde geuge sarangiljullya
I’d never knew but it is.
simjangi mak jakkuman dugeundugeun georigo
Your heart keeps going thump thump
nal bomyeon misoman heureugo
You keep smiling at me
ni mamdo moreuge nal saranghage doengeoya
Without even realizing it and started to love me.

neon naege banhaesseo banhaesseo
You have fallen for me, fallen for me,
dalkomhan naesarange nogabeoryeosseo
Melted in my sweet love.
neon naege banhaesseo banhaesseo
You have fallen for me, fallen for me,
hwangholhan naenunbiche chwihaebeoryeosseo
Mesmerized by my charming gaze.
See my eyes neon naege ppajyeosseo
See my eyes You fell for me
See my eyes neon naege banhaesseo
See my eyes You have fallen for me.."

Untuk pertama kalinya, Sweet Melody menerima sorakan yang meriah daripada para penontonnya.

CHANYEOL POV.

Aku tak tahu la pulak, ada persembahan di Dewan Pheonix. Kris mengikuti aku menghendap di dewan pertama hotel mak aku. Budak Lolita itu! Buat apa dia di atas pentas tu?

Semua yang ada di atas pentas itu memakai pakaian yang sama warna dengan budak Lolita itu. Hitam dan putih. Mereka mengambil tempat masing-masing, empat orang ke hadapan dan menundukkan kepala mereka. Budak Lolita dan seorang lelaki yang memakai sut putih bergerak ke hadapan mikrofon.

"Annyeonghaseyo, kami Sweet Melody. Terimalah, Neon Naege Banhaesseo."  Sweet Melody. Kedua-dua mereka tersenyum manis.

Pemain-pemain gitar mereka memulakan persembahan dan penyanyi lelaki itu memulakan nyanyiannya.

"uyeonhido geureoke urin sijak dwaennabwa
The beginning started coincidentally for us
cheoeumen sarangilgeorago kkumedo
At first, this would be love even in my dream, 
mollanneunde geuge sarangiljullya
I’d never knew but it is.
simjangi mak jakkuman dugeundugeun georigo
Your heart keeps going thump thump
nal bomyeon misoman heureugo
You keep smiling at me
ni mamdo moreuge nal saranghage doengeoya
Without even realizing it and started to love me."

Budak Lolita itu memandang ke hadapan dan membuka mulutnya.

"neon naege banhaesseo banhaesseo
You have fallen for me, fallen for me,
dalkomhan naesarange nogabeoryeosseo
Melted in my sweet love.
neon naege banhaesseo banhaesseo
You have fallen for me, fallen for me,
hwangholhan naenunbiche chwihaebeoryeosseo
Mesmerized by my charming gaze.
See my eyes neon naege ppajyeosseo
See my eyes You fell for me
See my eyes neon naege banhaesseo
See my eyes You have fallen for me.."

Buat pertama kalinya, aku tahu. Aku dah jatuh cinta!

EUNJI POV

Akhirnya, lagu kami yang terakhir dah datang. Nasib baik halmeoni bekalkan Suho-oppa, Kyungsoo-oppa, Kai dan aku, air asam jawa resipi nenek. Gomawo, halme! Macam nak serak je suara aku ni, aku lupa nak warming up suara tadi.

"I will promise you du nune noman damgo saragalkke
I will promise you I'll live with my eyes filled only with you,
I will promise you du pare nol ango saragalkke,
I will promise you I'll live with my arms holding you,
achime nun tto jamdun sungankkaji no hanaman gurilkke,
When I wake up and until the moment I go to sleep, I'll yearn only for you,
saranghae imal itjima, I love you forever
I love you, don't forget these words, I love you forever.."

Dari tadi aku terperasan, ada seorang lelaki yang asyik memandang aku dari jauh. Hai, brother, tak lenguh ke berdiri? Vel yang Rebecca letakkan di hadapan muka aku menyebabkan pandangan aku agak terhad.

Kai dan Kyungsoo-oppa memulakan rap mereka, Suho-oppa dan aku terus "menggoreng" gitar kami. Manusia itu masih terpacak di hadapan pintu masuk dewan Pheonix itu. Tahulah dewan ini kecil, tapi itu kan pintu masuk?

"Uri sainun machi, Coffee and Donut gatji
We go together like coffee and doughnut
Naege gippumul jonhaejun nonun naye special chip
Giving me joy, you are my special chip
haru haruga energy bujokhadamyun Emergency
If you lack energy day by day, it's an emergency
naege saenmyongi burojul dalkomhan gudaeye hyanggi
Your sweet scent filling me with life."

Sampai lagu kami dah nak habis pun, dia masih di situ.

"Yes, Sweet Melody's right here..!
I'll promise you just do it girl.
saranghandanunde musun mari piryohae?
I love you, what words do you need?
kwang kwang gorinun wenjjok gasumuro daedaphalkke
Through my thumping heart I'll answer you
One step two step three and four
ni gyeote chonchonhi dagagalkke
I'll go slowly to your side
ibyoriran mal ttawin ibe damji mothae
This mouth can't say words of farewell
I take your love my dear"

"Kamsahamnida!" Kami berenam beratur dan tunduk hormat di hadapan semua bekas pelajar universiti ini. Lelaki aneh itu tadi berjalan laju ke hadapan, di tangannya terdapat sekuntum bunga matahari yang besar. Semua orang melihat dia, rakannya yang tadi ikut bersama menepuk dahinya.

Semakin lama, semakin aku nampak siapa mamat pelik tu. Si tiang letrik rupanya. Sesampainya dia di hadapan pentas, bunga matahari itu dihulurkan di hadapan aku. Semua orang menyorak kegembiraan dengan perbuatan anehnya. Bunga matahari? Dia ni, nak suruh aku tanam bunga ke? Atau nak makan kuaci? Apa kata beli je kat kedai?

"Saya suka awak." Matanya tidak berkelip memandang aku.

Apa Park Chanyeol buat ni?

Bersambung...

Labels: