.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower : Dua Belas
Sunday, January 20, 2013 | 12:52 AM | 0comments

LUHAN POV.

"Eh, dengar kata ada empat orang pelajar baru hari ni." Kai mencelah. 

Suho dan Kyungsoo belum turun ke kantin, agaknya mereka sibuk menguruskan perpustakaan. Eunji membawa buah epal yang dibawa dari rumah. Hari ni, kami semua tak sempat nak siapkan bekal, jadi buah epal saja pilihan yang ada. Sehun membuka bekas makanan dan mengagihkan buah epal.

"Lelaki ke perempuan?" Eunji merenung Kai dengan penuh harapan.

"Semuanya lelaki." Sehun menjawab pertanyaan Eunji. Nampaknya, Sehun pun dah jadi spy cikgu ni. Eunji mendengus dan menelan air mineralnya itu. Kyungsoo dan Suho datang ke tempat lepak kami. 

"Lebih baik Eunji menyorok, senang cerita. Kejap lagi mulalah ada tetamu VVIP yang tak tahu jalan di sekolah ni."

"Panjang umur tetamu VVIP kita." Suho mencuit aku dan menuding ke arah Eunji. Eunji tengah marah agaknya.

Patutlah, Chanyeol datang rupanya, di tangannya ada dua beg plastik yang penuh dengan roti. Dia ni nak buat parti ke? Dari jauh dia tersengih apabila dia ternampak kami berenam di meja bulat ini. Beg plastik diletakkan di atas meja kami. Hanya Eunji yang tidak memberikan perhatian dan asyik membelek buku laporannya. Yelah, setiausaha badan pengawas mestilah sibuk saja. Tapi sepatutnya Chanyeol yang bertugas minggu ni. Pengawas baru tu memang suka mengenakan Eunji kan?

"Banyaknya roti!" Sehun membelek plastik roti yang dipegang.

"Ganti rugi." Kami mendongak dan memandang Chanyeol yang menunjukkan jarinya ke arah Eunji. Kai mengangkat semua beg plastik itu dan mengajak kami berpindah ke meja sebelah. 

"Rasuah ni." Kai menggelengkan kepalanya.

Hanya tinggal Eunji dan Chanyeol di situ.

EUNJI POV.

"Hai, kak. Sibuk nampak." Suara ini menyebabkan aku menjadi lebih marah. Tetamu VVIP ni menyebabkan mood aku tak berapa nak baik. "Boleh tak kau berhenti renung buku tu dan pandang aku yang ada kat sini?" Chanyeol merampas buku laporan yang aku semak.

"Kau nak apa sebenarnya ni?"

"Makanlah dulu." Tangannya menyuakan roti kastard.

"Aku tengah diet." Suara-suara sumbang yang ketawa menyebabkan aku lebih membara di dalam. Aku berpusing ke sebelah kanan dan menjegilkan mata. Nak mampus sepupuku semua ni. Mereka berhenti ketawa apabila seorang guru yang amat aku kenali bersama-sama dengan empat orang manusia asing bergerak ke arah sini, meja -meja bulat di bawah pokok besar.

Aku merampas semula buku laporan aku dan terus melarikan diri ke kantin sekolah. Yang pasti aku tak nak menguruskan pelajar-pelajar baru buat masa sekarang. Puan Jung dah naik angin dengan aku kerana aku diberi tugas lain sedangkan tugas yang patut aku lakukan tak dapat aku laksanakan. Yelah, seminggu aku tak dapat bertugas di pintu pagar sekolah kerana aku terpaksa menjadi penjaga budak-budak baru.

Cikgu macam tahu-tahu je yang aku ni tak takut dengan samseng-samseng sekolah. Macam mana aku nak takut, akulah samseng yang sebenarnya. Tapi aku bukannya samseng yang suka peras ugut tu, aku samseng yang langgar peraturan sekolah sahaja. Disebabkan cikgu tak tahu nak uruskan aku lagi, Puan Jung sarankan aku ambil tugas sebagai pengawas sekolah.

Walaupun baru tujuh bulan aku bersekolah di sini, aku rasa aku pernah berada di sekolah ni suatu masa dahulu. Bangunan sekolah ni macam dah sebati dengan diri aku. Dejavu kah ini? Aku tak tahu. Aku bukannya penduduk asal sebenarnya. Selepas ayah meninggal, aku tinggal di sini dengan nenek aku. Mula-mula cuma kami berdua. Lepas tu Luhan-oppa datang, dan seterusnya Kai, Kyungsoo-oppa, Suho-oppa dan Sehun pindah ke sini.

Bahu aku disentuh lembut. "Ha, kakak pengawas ni, cepat betul menghilang ! Puas kami kejar tadi...!" Aku berpaling ke belakang. Chanyeol berada jauh di belakang, Baekhyun dan tiga orang pelajar baru tersenyum manis kepada aku. Rambut aku basah kerana panas di kantin.

"Eh, Baekhyun!"  Lah, dia memang nak duduk di sini ke?

"Hai, adikku sayang! Cepat, tunjukkan kami di mana kelas kami." Baekhyun merangkul leher aku dan mengheret aku keluar dari kantin.

Kenapa mesti aku, hah? 

CHANYEOL POV.

"Ha, tiang letrik ni, kau tak nak tolong Eunji ke?" Macam mana dia kenal Eunji? Bukan ke ni kali pertama dia jumpa Eunji? 

"Kau kenal Eunji?"

"Aku kenal dia leb-" Eunji menekup mulut anak Puan Yoon dengan tangannya dan tersengih. 

"Takpe lah Chanyeol, kau pergilah makan dengan yang lain. Aku akan uruskan mereka ni."

"Tapi cikgu kat-" Eunji mengangkat tangannya. 

"Takpe, aku boleh buat. Jangan risau." Eunji merampas kertas yang ada di tangan anak Puan Yoon dan meneliti informasi yang ada. "Dua orang je yang masuk kelas 4-A? Lagi dua orang masuk 4-B?"

Anak Puan Yoon mengangguk laju. "Aku di kelas mana ha? Kau kelas mana?" Kenapa dia tu penyibuk sangat ha? Tapi bila ditenung lama-lama, Eunji dan Baekhyun memang serupa. Eh, takkanlah mereka berdua ni kembar? Macam tak logik je.

"Lah. Kau dan Minseok 4-B. Yixing dan Jongdae 4-A. Baekhyun, kau pun tak berapa nak cerdik jugak ke?" Laju tangan anak Puan Yoon, si Baekhyun namanya, mengetuk kepala Eunji. Eunji tak marah pun!? Biar betul !

"Dengar kata kau anak Puan Yoon tapi perangai tak sama langsung dengan emak kau." 

Aku mencelah perbualan mereka. Eunji dan Baekhyun merenung aku, satu aura pelik dapat aku rasakan. Cara mereka memandang aku, sama ! Kedua-duanya membuatkan aku berdebar-debar. Minseok, Yixing dan Jongdae ketawa besar dengan keadaan ini. 

"Chanyeol. Kau pergilah makan. Kang sakit perut pulak, lepas tu mulalah mengada-ngada nak aku temankan kau di bilik sakit." Baekhyun mencebik dan mendekati aku.

"Tak sangka sungguh aku. Berani kau ambil kesempatan atas kebaikan Eunji? Lepas ni jangan haraplah aku akan beri peluang pada kau." Baekhyun menolak aku ke dinding. 

"Eh, tak padan dengan pendek, berani kau tolak aku ke dinding kantin." Aku mengenggam leher baju Baekhyun.

"Aku baru tolak je. Kenapa? Dah patah tulang belakang ke?"

Belum aku mengeluarkan serangan balas, Baekhyun sudah menyerang. "Macam la kau tu tinggi sangat. Gigi kau ada berapa banyak ha?" Amboi, kurang ajarnya soalan kau, Baekhyun! Aku mengecilkan pandangan aku, rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka dia ni.

Tiba-tiba telinga aku dan Baekhyun ditarik. "ARGHH!" Kami berdua mengeluh kesakitan, masing-masing melepaskan lawan. "Tahu pun sakit. Lagi sakit hati aku yang menonton. Tak padan dengan usia, bergaduh macam budak-budak kecil."

"Aduh, aduh. Ampun, kak pengawas, ampun!" Baekhyun menggosok telapak tangannya sambil memandang Eunji, aku hampir ketawa dengan perlakuan Baekhyun. Eunji melepaskan telinga kami yang sudah merah akibat pulasan Eunji yang kuat tu. Aku menggosok telinga dan memuncungkan mulut aku.

"Tak berapa sakit." Eunji menendang belakang lutut aku, hampir terjatuh aku dibuatnya.

"Kau ni garang sangatlah, Eunji. Aku melawak je tadi." Eunji meniup rambut hadapannya dan tersenyum. "Kau tak nak dengar cakap aku kan tadi?  Sekarang kau ikut aku bawa pelajar baru meronda sekolah. Baekhyun, Minseok, ikut aku. Yixing, Jongdae, ikut Chanyeol." 

"Err. Kalau ada masalah, nanti kau cari aku. " Eunji tersenyum lebar sebelum menarik Baekhyun dan Minseok keluar dari kantin bersama-sama.

Lembut jugak hati Eunji ni.

"Okay, sekarang akulah penjaga korang berdua sepanjang minggu pertama korang di sini. Aku Park Chanyeol."

"Zhang Yixing dan dia ni Kim Jongdae."

"Boleh kita mulakan lawatan kita?"

Bersambung...

Labels: