Forgotten Sunflower : Sebelas
Friday, January 11, 2013 | 11:06 PM | 0comments
LUHAN POV.
Tiada siapa menyangka Park Chanyeol akan buat macam ni. Bunga matahari juga yang dia hulurkan, tak romantik betul. Kris menarik Chanyeol keluar dari dewan itu. Sebenarnya aku takut juga rahsia kami terbongkar, yelah, kalaulah berita ini sampai ke telinga mak Eunji, matilah kami berlima.
"Maaflah ye. Kawan saya ni tak sihat sikit."
"Mana ada. Aku okey la. Cik Himawari, terimalah bunga ni."
Suka hati dia je gelar Eunji ni Himawari. Eunji menyambut bunga di tangan Chanyeol dan tersenyum manis. Kai mengajak Eunji turun pentas dan beredar dari situ. Sejak bila Eunji ni bersopan santun pulak?
Mesti ada idea jahat yang Eunji dah rancang dalam kepala dia tu.
EUNJI POV.
Himawari konon, mentang-mentanglah dia pandai, aku pun tahulah, himawari tu bunga matahari dalam bahasa Jepun. Siaplah kau esok, Chanyeol! Bunga matahari pulak yang terlintas dalam kepala dia. Haha, Chanyeol seorang yang unik. Tapi, jantung aku terus berdegup kencang apabila aku memandang bunga matahari Chanyeol tu, walaupun ia hanyalah bunga plastik.
Kai mengikuti yang lain ke bilik persalinan lelaki, aku mestilah dipisahkan dengan mereka walaupun kadang-kadang aku berperangai sama saja dengan lelaki. Aku menyalin pakaian kepada seluar jeans dan t-shirt putih bersaiz besar. Rebecca memegang baju lolita yang aku letak di pintu bilik persalinan.
"Eunji, nanti jangan lupa tanggalkan mekap tu."
"Ye, Eunji buat nanti.."
Nampaknya aku boleh meronda-ronda di hotel lepas ni. Tiba-tiba pintu bilik ditolak dan aku segera bersembunyi di belakang papan persalinan. Seorang lelaki dan seorang perempuan masuk ke dalam bilik itu. Wajah mereka kelihatan gelisah.
"Nunna, tolonglah. Adik tak nak masuk ke dalam majlis tu."
"Chanyeol! Jangan buat benda bodoh..! Kita nak meraikan kepulangan Puan Yoon dan anaknya, bukannya omma nak buat apa pun." Apasal dua beradik ni? Takde tempat lain ke nak bincang masalah keluarga?
Chanyeol mendengus perlahan, dia melangkah ke arah sofa yang ada di hadapan papan persalinan yang mana aku ada di belakangnya. Kakaknya mengambil tempat di sebelahnya, dan terus memujuk 'adik' kesayangannya itu. Aku menahan nafas aku yang turun naik kepenatan. Pintu dikuak lagi, kali ni Kris datang diheret oleh seorang perempuan.
Hanna rupanya, dia tersenyum manis kepada Chanyeol dan kakaknya namun senyumannya tidak dibalas. Dah elok ke kaki dia? Boleh pulak pakai kasut tumit tinggi 4 inci. Katanya patah tapi aku rasa kaki dia terseliuh aje. Kris mengajak kakak Chanyeol meninggalkan mereka di situ. Berduaan pulak tiang letrik ni.
Eh, bertiga la, campur aku yang di belakang.
"Saya Hanna."
Tiada jawapan dari Chanyeol, mata Hanna seperti mencari jawapan di situ.
"Awak kan yang ambil tempat di sebelah dia, Byun Eunji." Chanyeol memandang Hanna dengan tanda tanya. Apasal nama aku yang keluar pulak ni?
"Berhati-hati dengan Eunji tau."
"Apa masalahnya? Kenapa dengan Eunji?" Hah, Chanyeol. Jangan gelabah!
"Eunji tu tak berapa nak betul. Dia tu perempuan, dia tak patut berada di kawasan lelaki. Dalam barisan kelas, dia je yang beratur di belakang budak lelaki."
"Tapi di belakang dia ada budak perempuan. Lagipun dia pengawas sekolah, suka hati dia la nak berdiri di mana pun." Ya! Go, go Chanyeol! Hanna mendengus dan menjeling Chanyeol.
"Mentang-mentanglah dia kawan awak, tak boleh nak tengok benda betul dah." Apa masalah perempuan capang ni ha?
"Cikgu-cikgu pun sama jugak. Eunji yang hodoh tu yang mereka nampak." Amboi, perempuan ni! Kemain mulutnya.
"Dah elok ke kaki awak tu? Bukan ke ada seminggu lagi untuk sembuh? Ah, ada apa-apa lagi yang awak nak katakan? Kalau ada pun, simpan saja. Saya tak nak dengar apa-apa dah, saya nak tidur. Jangan lupa keluar dari sini." Hanna terus berdiri dan menapak ke pintu.
"Satu hari nanti, awak akan jatuh cinta kepada saya. Tengoklah." Pintu dibuka dan dihempas selepas Hanna keluar. Aku mengeluh kelegaan tetapi ia hanya sementara. Tiang letrik ni tak keluar dari sini.
"Keluarlah. Sampai bila awak nak duduk di belakang tu?" Mataku terbeliak.
CHANYEOL POV.
Dari tadi aku dah tahu ada orang kat belakang papan ni. Atas meja solek tu masih ada beg orang, kasut pun ada di situ. Aku menolak papan itu agar ia berlipat, seorang perempuan yang duduk memeluk lututnya, memandang aku dengan matanya yang terbeliak. Oh! Penyanyi tadi! Aku terbatuk kecil.
Tanganku dihulurkan, dia terus berdiri. Seluarnya ditepuk dan dibersihkan. Rambutnya yang panjang ditolak ke belakang, bibirnya tersenyum manis.
"Awak dah dengar semuanya."
"Apa yang saya dengar?" Keningnya dijongketkan sebelah.
Dia dapat menangkap maksud aku rupanya. Hmm, aku macam kenal je dia ni..tapi tak mungkin, apa Eunji nak buat di sini..? Takde sebab.
"Siapa nama awak? Saya Chanyeol. Saya suka persembahan awak tadi. Awak ada kelab peminat?" Dia ketawa kecil dan menggeleng. Tangannya pantas memakaikan kasut dan mengemaskan beg sandangnya.
"Baby G. Nice to meet you. Thanks." Bunga matahari yang aku berikan tadi dilambaikan. Hatiku berbunga riang. Alahai !
EUNJI POV.
Haha, sampai ke sudah kau cari Baby G tu pun, kau takkan jumpa. Macam mana aku tercakap nama aku Baby G ni? Mungkin kerana poster jam Baby G yang ada pada dinding bilik tu tadi. Bukan stail aku ye nak guna nama manja Baby ni semua. Aku mempercepatkan langkah, aku rasa sepupu aku semuanya dah naik hantu. Lebih baik aku lari saja ke lobi. Ramai orang hari ni ya, ada yang bawa beg berjenama mahal, pakai baju mahal la. Ni tempat orang kaya. Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan mereka ni..? Sesampainya aku di tengah lobi, tangan aku ditarik.
"Kasar betul. Siapa yang tarik tangan aku ni?" Aku mengangkat kepala aku, lah, perempuan capang ni ha. Dia nak buat apa ni? Hanna mengukir senyuman sinisnya dan mengangkat kain gaunnya. Hujung kainnya dikoyakkan hingga ke lutut. Rambutnya dikusutkan dan dia menampar mukanya sendiri. Kena sampuk ke?
"Apa masalah awak ni?"
"Kau takkan dapat apa yang kau impikan." Hanna menjerit bagai orang meroyan dan mula menangis. "Apa dosa aku sampai kau buat aku macam ni?"
Semua orang yang ada di lobi memandang kami. Aku mula rasa gelisah, ada benda buruk yang akan berlaku ni. Aku menggeleng dan menoleh ke belakang, malas aku nak melayan. Tapi, di belakang aku rupanya ada Park Chanyeol, kakaknya,Kris, dan ibu bapa Hanna.
Oh.
"Apa masalah awak ni? Hanna tak buat salah pun pada awak." Ibunya menarik Hanna ke belakangnya. Huh, satu perangkap keluarga capang ni.
"Saya nak awak ganti gaun anak saya ni. 2 juta harganya." Mahalnya!? Beli motor pun boleh dapat beberapa buah.
"Saya tak buat apa-apa pun, kenapa saya yang kena bayar ganti rugi?"
"Wah, banyak cakap pula. Tak sedar diri, macamlah layak sangat ada di sini." Ayah Hanna mencebik. Lantak kau lah, aku nak keluar dah pun. Aku pun tak ingin berada di sini lama-lama. Aku menjeling mereka, menyampahnya rasa. Chanyeol hanya diam, begitu juga Kris.
"Baju anak saya mesti dibayar kalau tidak saya saman awak." Eh, berani kau nak saman aku pulak?
"Saya tak bersalah, buat apa nak saman saya? Ini dah dikira jenayah ni." Aku berpusing dan mahu keluar dari hotel ni. Sehun dan Kai berdiri di hadapan pintu hotel dan memerhatikan aku dari jauh. Sekarang korang pun tak boleh tolong aku, mata aku mula panas. Aku tak boleh tunjuk sifat ganas aku di sini, takkan aku nak langgar janji dengan halmeoni lagi. Aku nak lari pun, semua pekerja tengah memerhatikan aku. Tiba-tiba tangan aku ditarik ke kanan dan seorang lelaki memeluk pinggang aku dari belakang.
"Dia tak perlu bayar, dia tak bersalah pun. Cik Hanna, seronok koyakkan baju 2 juta?"
"Awak jangan buat fitnah!" Hanna menjerit perlahan.
"Tak percaya ke? Kamera litar kan ada, nak saya dapatkan video ke?" Aku tergelak kecil namun aku segera tersedar, aku perlu meleraikan rangkulan lelaki ini. Ibu bapa Hanna terdiam dan meminta maaf kepada aku, selepas itu mereka berlalu pergi. Chanyeol masih terpaku dan tidak bergerak. Apa, kau ingat ini drama ke?
"Terima kasih." Lelaki itu tersenyum manis. Senyumannya! Aku pernah tengok dahulu. Siapa dia?
Chanyeol melangkah pergi sebelum Kris membuka mulut, "Seiras. Macam kembar."
Mustahil ini Baekhyun. Bukannya dia nak balik sini pun. Omma pun, takkan nak menetap di sini. Kai dan Sehun sudah melangkah masuk dan diikuti oleh Luhan-oppa. Langkah mereka terhenti apabila Baekhyun membuka mulut.
"Annyeong, kembarku. Apa khabar?"
Tak mungkin.
CHANYEOL POV.
Suka hati je anak Puan Yoon tu peluk penyanyi kesukaan aku tu. Nasib baik mak dia tu baik hati nak tolong syarikat appa. Kalaulah bukan sebab jasa mak dia, dah lama aku ketuk mamat tu. Kris datang mencari aku di meja Dewan Stallion. Wajahnya terukir kegembiraan, kadang-kadang aku tak faham Kris ni. Waktu aku tengah panas hati ni, relaks aje dia nak buat muka gembira tu.
"Kau kenapa ni? Berkerut dahi je ni."
"Aku sakit hati."
"Lah. Kenapa pulak kau sakit hati?"
"Manalah aku tahu."
"Anehlah kau ni. Sebab sakit pun tak tau. Macam mana kau tahu hati kau yang sakit?"
"Aku tak tahu." Kris ketawa kecil. Lawak sangat ke perasaan aku ni? Kris berhenti ketawa tiba-tiba.
"Hah. Aku lupa nak cakap. Dia akan pindah ke sini, ke sekolah kita."
"Siapa?"
"Ala, anak Puan Yoon tu. Baekhyun namanya. Mak dia dah belikan rumah untuk dia tinggal di sini."
"Di mana?"
"Antara rumah kita dan rumah Eunji. Dia tinggal dengan kawan-kawan dia aje, adalah beberapa orang. Mak dia tak boleh balik ke sini lagi. Dapat jiran barulah kita."
Maknanya dia pun ada peluang memikat Eunji. Dia tu pun tampan jugak, mesti ramai peminat. Habislah fanclub aku nanti. Aku kena kukuhkan reputasi aku di sekolah, kalau tidak, habislah aku dipandang sepi. Tapi yang paling utama, aku mesti jauhkan Eunji daripada dia.
Aku benci anak Puan Yoon tu.
Bersambung..
Labels: Forgotten Sunflower
