.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower - Tiga Belas
Sunday, January 27, 2013 | 12:10 AM | 0comments


EUNJI POV.

Selepas waktu sekolah. aku mengikuti Kyungsoo-oppa dan Suho-oppa ke perpustakaan. Mereka ada kerja yang masih belum selesai di sana. Suho-oppa membuka pintu dan menyuruh Kyungsoo-oppa membuka tingkap. Sekarang ni musim luruh, jadi tak perlulah kami bazirkan elektrik dengan membuka kipas, kan? Suho-oppa menarik sebuah kotak yang penuh dengan buku-buku baru. Hanya ada beberapa orang yang masih ada di sini.

Aku membantu Kyungsoo-oppa mengeluarkan buku daripada kotak dan menyusun buku mengikut jenisnya. Suho-oppa, Kyungsoo-oppa, Sehun. Mereka sangat pendiam dan serius apabila melakukan kerja. Tak seperti aku, Kai dan Luhan-oppa. Kami tidak pernah diam dalam sehari kecuali waktu tidur sahaja. Hari ni aku sengaja mengikuti mereka berdua, mereka sentiasa memberikan keselesaan dan ketenangan kepada aku.

"Eunji ada masalah ke?" Soalan Suho-oppa mengejutkan aku. Terus aku menggelengkan kepala aku.

"Jarang Eunji datang ke sini lepas waktu sekolah."

Aku mengeluh. "Entahlah. Eunji rasa penat sangat hari ni." Sekejap saja sudah selesai kerja aku membantu Kyungsoo-oppa. Suho-oppa mengambil troli dan meletakkan buku di dalamnya.

"Sudah, berhenti. Eunji, pergilah duduk di mana-mana dulu. Nanti bila dah siap, kita balik ye." Kyungsoo-oppa menolak aku ke sofa dan mengikuti Suho-oppa yang menolak troli buku ke rak-rak di dalam perpustakaan ini. Aku bingkas bangun dan berjalan ke almari kecil di tepi tingkap yang terbuka. Tenangnya rasa. Aku duduk di sebuah kerusi berdekatan dengan tingkap. Angin yang lembut bertiup menyebabkan aku berasa mengantuk. Kalau tidur sebentar pun boleh, kan?

Ada sesuatu yang menyentuh bibir aku. Lembut. Wangiannya menyebabkan aku terus dibuai-buai.

Sekejap.

Ada orang yang sedang mencuri first kiss aku..!

Mata aku segera dibuka dan ada lima orang yang sedang memandang aku, masing-masing terkejut dengan aksi aku. Suho-oppa, Kyungsoo-oppa, Kris, Chanyeol dan Luhan-oppa.

Siapa antara mereka yang berani menganiayai aku semasa aku tidur ni?

CHANYEOL POV.

"Kau ni. Dalam kelas, kau tidur, dalam perpustakaan pun kau tidur jugak." Aku menutup buku di tangan aku. Eunji menggosokkan matanya dan meregangkan badannya. Wajahnya gelisah dan dia tidak memandang aku langsung. Eunji terus bangun dari tempat duduknya dan lari ke pintu masuk. Suho dan Kyungsoo tidak berkata apa-apa, hanya Luhan-hyung sahaja yang mengikut Eunji. Kris tersenyum sinis dan meneruskan pembacaannya.

Selepas menyusun buku-buku baru di rak, Suho dan Kyungsoo terus menolak troli ke dalam stor penyimpanan dan meninggalkan perpustakaan sekolah. Aku menghela nafas dan mengambil beberapa buku yang aku nak pinjam sebelum pulang ke rumah. Kris tidak mahu meminjam buku kali ni. Dalam perjalanan ke rumah, aku ternampak Baekhyun, Yixing, Minseok dan Jongdae sedang mengarahkan sebuah lori untuk berhenti di antara rumah aku dan Eunji. Takkanlah Baekhyun tu pindah hari ni jugak? Eh...! Pengacau betul. Kris tidak mendengar omelan aku, telinganya disumbat dengan earphone yang baru diganti.

Pintu pagar rumah Eunji dibuka. Sehun, Kai, halmeoni mereka dan Eunji turut serta memunggah barangan jiran baru mereka. Semangat kejirananlah katakan. Kris terus berlari ke rumah mereka, meninggalkan aku keseorangan di belakang. Aku masuk ke rumah dan menukar pakaian sebelum aku keluar ke rumah Baekhyun tu.

"Lah, Chanyeol. Dah habis kemas la. Kau lambat sangat." Kris pulang ke rumah. Sikit sangat ke barang mereka tu?

"Baju, buku dan barangan lain je. Perabot rumah semuanya dah siap terpasang. Kan aku dah kata, anak Puan Yoon yang akan pindah ke sebelah rumah kita. Mestilah dah sempurna rumah tu." Kris tinggalkan aku terpinga-pinga di hadapan rumah. Anak orang kaya mana perlu barangan yang banyak?

Aku tidak jadi membantu mereka. Biarlah, dianggap sombong, berlagak pun, lantaklah.

BAEKHYUN POV.

"Okay ! Dah siap semuanya. Terima kasih semua! Halmeoni, malam ni tidur sini ya?" Eunji menjeling aku. Kami semua duduk di anjung rumah yang menghadap padang.

"Tak boleh." Eh, nenek aku jugaklah Eunji! Aku menyiku Eunji dan Eunji menyiku aku kembali. Aku rindukan perangai dia yang ini. Tabiat suka hati Eunji. Halmeoni ketawa kecil melihat kami bergaduh. Yixing menghidangkan jus kepada kami semua.

Kai menepuk lembut belakang Eunji. "Eunji, sepatutnya kau yang kena hidangkan air."

"Eh, apasal pulak? Excuse me, aku bukannya tuan rumah. Mana Luhan-oppa?"

"Tengok tu, sejak dapat pasangan bertugas yang baru, Luhan-hyung dibuang. Dia ada latihan bola sepak hari ni." Sehun memerli Eunji.

"Pasangan bertugas?" Eunji mencebik.

"Mana ada!" Eunji meneguk jus yang ada di tangannya.

"Siapa lelaki malang itu?" Aku sengaja mengusik Eunji.

"Jiran sebelah rumah kau la." Eunji menampar peha Sehun, berkerut-kerut mukanya menahan sakit.

"Ganas betul adik kau, Baekhyun. Takut aku." Minseok mencelah.

"Abang dia pun ganas jugak." Jongdae menambah. Wajah kami berdua merah kerana menahan marah. Halmeoni masih tersenyum melihat gelagat cucunya yang kembar ini.

"Korang ni kan...!" Eunji dan aku serentak mengangkat penumbuk.
"Jelmaan dah kembali." Kai dan Sehun ketawa sepenuh hati.

Eunji mengajak aku ke buaian. "Baekhyun, kau kena tolong aku."

"Kenapa pulak? Kau sakit perut ke?"

"Hah, mulut tak reti jaga! Orang dah sembuh lama dah pun. Aku ada masalah besar ni."

"Masalah negara ke?"

"Kau ni! Malaslah aku nak cerita." Ala, merajuk la pulak adik aku ni.

"Eh, jangan simpan lama-lama! Nanti merana jiwa." Eunji menjulingkan matanya ke atas.

"First kiss aku dicuri petang tadi." Eh? Dicuri?

"Siapa lelaki malang tu?" Eunji menumbuk lembut bahu aku dan meraup wajahnya.

"Aku tak tahu. Aku tengah tidur masa tu. Bila aku buka mata, ada lima orang suspek yang berhampiran dengan aku."

"Siapa?" Wah, macam Detektif Conan la pulak rasanya.

"Luhan-oppa, Kyungsoo-oppa, Suho-oppa, Kris dan Chanyeol." Hmm. Aku dah dapat jawapannya. Dengar nama je aku dah tahu. Mesti kerja dia la ni.

"Kalau aku dapat dia, aku kerjakan cukup-cukup. Biar dia rasa." Brutal sungguh adikku ni.

"Aku boleh agak siapa."

"Siapa? Berilah klu."

"Rapat. Sayang."

"Itu je klunya? Kau buat lawak ke?" Eunji, kau fikirlah sendiri.

"Buat apa aku beritahu terus..? Tak adventure la macam tu, lagipun aku tak nak kembar aku ni buat hal di sekolah, jadi headline surat khabar kerana membelasah pelajar yang sebaya dengannya." Eunji mencebik dan ketawa kecil.

"Aku teringin la nak jadi headline newspaper." Eh, Eunji ni..!

Bersambung..

Labels: