Forgotten Sunflower : Empat Belas
Friday, March 8, 2013 | 9:30 PM | 0comments
EUNJI POV.
"Kurang ajar.. Gatal.." Luhan-oppa memandang aku. Aku mengepal tangan dan menumbuk langit. Hari ini, aku mengajak Luhan-oppa ke padang rata untuk mengambil angin. Aku mengayuh basikal nenek untuk ke sini, Luhan-oppa pula dengan basikalnya. Aku suka memandang ke langit, ia selalu memberi ketenangan. Di sekolah, aku suka tempat di sebelah tingkap kerana ada langit di situ.
"Kalau aku dapat tangkap si kurang ajar tu, aku belasah sampai lembik." Luhan-oppa terbatuk kecil dan terus duduk bersila di atas rumput. Luhan-oppa pun termasuk dalam list suspek. Ada lima semuanya, Luhan-oppa, Kyungsoo-oppa, Suho-oppa, Kris dan Chanyeol.
"Kalau si dia tu orang yang Eunji suka, macam mana?" Aku terdiam. Semua suspek tu aku suka, kalau aku tak suka, ingat aku nak ke bergaul dengan mereka?
"Yang pasti, bukan ahli keluarga kita." Tinggal Kris dan Chanyeol. Chanyeol? Dia yang berdiri paling jauh, dua rak buku jauhnya. Tak logik kalau dia yang buat. Kris? Dia yang paling dekat, sebelah rak buku di hadapan aku.
Takkanlah Kris yang..
"Apa yang kita fikir, tak semestinya betul dan tak semestinya salah."
Sakit kepala aku fikir masalah ini. Lepas ni aku trauma tengok bibir orang lelaki. Kalau diikutkan memang sakit hati la jugak, tak romantik langsung lelaki tu. Macam terdesak yang amat, bukannya aku nak pergi ke mana-mana pun. Dari jauh, Baekhyun datang ke arah kami sambil berlari dengan bakul piknik. Dia ni kan..
"Eunji!!" Bingit telinga aku dibuatnya.
"Datang dah si penjelmaan kau."
"Helo. Kami berdua ni original la." Aku membalas lambaian Baekhyun. Kadang-kadang aku rasa dia lebih lembut berbanding aku yang seperti lelaki.
"Hai, Luhan."
"Luhan-oppa je? Aku?"
"Kau nak pekak awal ke? Aku rasa dah kuat aku jerit tadi."
"Kau bawa apa ni?" Baekhyun mengeluarkan kain yang hendak dihamparkan."Kau ni. Duduk ajelah atas rumput macam kami." Luhan-oppa membuka bakul piknik dan mengeluarkan bekas makanan.
"Nanti seluar aku kotor, Yixing mengamuk pula." Oh, Yixing kan macam emak perangainya.
"Donut. Buah. Roti pretzel."
"Bubbles tea dan coklat panas pun ada."
"Siapa yang beritahu kau, kami ada di sini?"
"Kata hati." Aku tersengih dengan kata-kata Baekhyun. Bagus, bagus. Lepas ni, aku pakai firasat aje dengan dia. Aku bukannya ada telefon bimbit pun, aku tak ada duit nak beli. Nak beli makanan pun aku fikir banyak kali.
"Eunji, kau nak telefon tak?" Baekhyun bertanya sambil menghidang air.
"Dah ada." Aku memandang Luhan-oppa, bila dah dapat makanan, suara tak bunyi langsung.
"Bila kau beli? Aku tak tahu pun."
"Lah, sejak kita lahir, dah ada ha. Yang warna merah kat hujung lorong tu."
"Kau ni. Tu telefon awam la."
"Telefon jugak."
"Kau tak nak beli ke?"
"Aku tak guna pun. Aku nak telefon siapa? Kau pun dah balik ke sini."
"Omma ke?"
Senyap. Angin bertiup lembut ke kanan. Aku tidak memberikan sebarang reaksi.
"Aku tahu kau rindukan omma." Tak. Kau salah, Baekhyun. Aku tak rindukan orang yang dah sisihkan aku. Buat apa dia ingat aku kalau dia dah tak sayang aku? Aku menyapu seluar aku yang terlekat daun rumput.
"Eh, siapa yang datang dengan payung pink tu?" Kami memandang ke hujung padang, ada tiga orang yang berjalan ke arah kami. Mesti perempuan tu, nak jaga kulit ha. Pakailah sunblock, tak la susah-susah bawa payung. Sehun dan Kyungsoo-oppa yang ajar aku barang kosmetik ni semua. Ingat aku tahu ke semua tu? Harapkan aku pakai alat solek, alamatnya bedak bayi je la aku sapu. Nak jadi natural beauty macam halmeoni tu? Teruskan bermimpilah Eunji, asyik berjemur sampai gelap kulit gara-gara aktif bersukan, macam mana nak putih...? Tapi aku tak lah segelap Kai, kulit aku cuma jadi kemerah-merahan beberapa hari.
"Lelakilah! Kenapa dengan warna pink tu? Takde warna lain ke?" Luhan-oppa ketawa berdekah-dekah. "Tu Suho, Kyungsoo dan Sehun lah! Ha, ingat dah! Mereka kalah permainan sudoku dengan Kris kelmarin." Dari jauh, Kai membawa bakul makanan. Perkelahan bersama-sama ke ni?
Tapi, siapa yang jaga halme sekarang ni kalau semua orang ada di luar? Ah, lebih baik aku balik je. Aku terus bangun dan memakai selipar. Basikal nenek di tepi cepat aku capai. "Kau nak ke mana, Eunji?" Baekhyun menarik tangan aku.
"Halmeoni keseoranganlah. Semua orang ada di luar, siapa yang tunggu di rumah..? Tak apalah, biar aku balik dulu. Kalau halmeoni nak datang, aku bawa dia nanti."
"Eunji, nanti dulu !"
Maaf, Baekhyun. Halmeoni sangat penting bagi aku, dialah ibu dan ayah aku. Kalau tiada halmeoni, tak adalah aku yang brutal sekarang ni. Mungkin juga aku akan jadi manja macam Hanna capang tu, atau bendul macam Taehwan anak mak cik aku, kalau tiada halmeoni. Hidup mesti berfikiran positif.
Siapa yang tengah mengendap rumah aku tu?
CHANYEOL POV.
Lah, tak ada orang ke? Eunji ni, aku nak pulangkan buku nota dia. Nanti dia naik angin pulak aku pinjam lama-lama buku ni. Aku memijak bata kecil di tepi pagar untuk aku tinjau keadaan di dalam. Agaknya, ada orang yang ingat aku pencuri sebab aku pakai topi dan hoodie. Entah kenapa, aku rasa tak sihat hari ni.
"Hei, kau buat apa tu?" Leher aku diikat dengan mafela, sakit la woi! Eunji menarik mafelanya dengan kuat dan membuka pintu pagar.
"Halme, orang jahat ni nak merompak kita...! Cepat telefon polis!" Aduh, kalau dia tak buka ikatan ni, boleh aku mati kerana dicekik ni.. Hah, aku dah mula batuk ni!
Nenek Eunji membuka pintu dengan tenang, di bibirnya terukir senyuman. "Lah, halme ni..! Boleh senyum lagi? Perompak ni boleh lari bila-bila masa je la!" Makcik gorilla ni kadang-kadang buat aku hampir-hampir maut je la.
"Bukan kawan kamu ke tu? Lepaskan dia. Sekarang !"
Eunji membeliakkan matanya apabila dia melihat aku. "Alamak, Chanyeol! Maaf, maaf! Aku tak sengaja!" Cepat-cepat dia membuka mafela yang ada di leher aku.
"Kau ni memang macam gorilla. Serang melulu je. Aku ni boleh mati beberapa minit je lagi tahu tak?" Muncung bibirnya bila aku membebel. Ha, tahu pun. Selama ni kau berleter macam murai tercabut ekor je dalam kelas. Walaupun menjengkelkan, tapi entah kenapa aku rasa kau menarik, Eunji.
"Aku nak pulangkan buku ni. Aku pinjam Isnin lepas, sekarang aku dah habis buat rujukan."
"Oh, takpe. Kau letak aje kat situ." Eunji menunjukkan pangkin di tengah halaman rumah mereka. Anjing lima beradik ni datang ke hadapan pintu rumah mereka, Coco namanya, kalau aku tak salah. Langkah Eunji terhenti di hadapan pintu, mukanya pucat. Dia cuba menolak Coco ke tepi, tapi sedikit pun Coco tidak berganjak.
"Siapa yang tak simpan Coco di tempat dia ni?"
"Coco, mari sini." Coco terus bangun dan berlari ke arah aku. Bagusnya anjing ni, patuh pada arahan. Eunji menghembus nafas lega. Oh, Eunji. Ini kelemahan kau ya? Aku ketawa kecil. Muka Eunji berkerut-kerut tanda tidak puas hati. "Hey, aku tak takut anjing la."
"Aku tak kata apa-apa pun."
"Aku tak takut anjing la." Eunji, jangan tipu aku la. Eunji datang ke pangkin dan duduk menghadap aku. Entah mengapa Coco bergerak ke belakang Eunji dan duduk di sebelah bawah. Eunji bergerak ke sebelah kanan aku, Coco bergerak sedikit, mengikut gerak langkah Eunji.
Mata Eunji mencerlung tajam ke arah aku. "Kau ada suruh dia buat apa-apa ke ni?" Aku menggeleng. "Kau ingat aku ni anjing jugak ke? Kau kata kau tak takut anjing pun. Kenapa kau cemas?"
"Aku tak takut la."
"Terpulang lah Eunji. Okay, lebih baik aku balik dulu. Nanti Kris kunci pintu pulak. Aku tak ingat password pintu lagi."
"Okay. Selamat tinggal." Aku bangun dari tempat duduk aku dan Coco pun terus melompat ke sebelah Eunji.
Dan aku tak menjangka Eunji terus memeluk aku dari belakang.
"Kau kata kau tak takut anjing."
"Yelah, aku mengaku aku takut anjing. Sekarang, boleh kau tolong aku?" Terketar-ketar suara Eunji menjawab.
Coco, terima kasih ya.
Bersambung..
Labels: Forgotten Sunflower
