.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower : Enam Belas
Wednesday, March 27, 2013 | 5:50 PM | 0comments


EUNJI POV.

Sekarang waktu PE. Disebabkan guru PE budak perempuan belum habis cuti bersalin, guru PE budak lelaki mengendalikan semua pelajar 4-B. Cikgu Minhyuk membawa kami ke padang balapan, mungkin kami akan berlatih untuk hari sukan kelak, mungkin juga tidak. Pelajar perempuan semuanya mengeluh kerana cuaca yang dingin namun masih panas. Aku pun tidak berkecuali terkena panahan matahari. Sehun dan Kai ketawa dari jauh. Aku tahu muka aku merah macam badut sekarang ni, Baekhyun pun sama. Dia berdiri tegak di sebelah aku dan memuncungkan mulutnya. 

"Aku tak minat PE. Buang masa aku aje."
"Eh, ni untuk kesihatan kau jugak."
"Setiap hari aku berlari atas treadmill kat rumah."
"Kulit kau perlukan vitamin la."
"Aku makan suppliment la." Hmm, abang aku ni kena jaga penampilan, wakil omma la katakan.

Chanyeol tetiba muncul dalam banyak orang di padang. Aku cepat-cepat merapatkan jurang antara aku dan Baekhyun. Langkah Chanyeol terhenti betul-betul di hadapan Hyomin dan Chanyeol terus bersembang dengan Hyomin. Tiga puluh orang pelajar 4-B, enam belas lelaki dan selebihnya perempuan. Lagi ramai orang, lagi seronok main !

Wisel ditiup, Cikgu Minhyuk berdiri di antara baris lelaki dan perempuan. Aku beratur di barisan kedua terakhir tetapi aku ditolak ke belakang ketika semua pelajar perempuan sibuk mengambil tempat. Tocang rambut aku ditarik, segera aku memandang ke sebelah kanan aku. 

Lah. Tiang letrik ni berada di belakang jugak?

"Baiklah. Hari ni kita akan main game cermin magis. Pasangan awak semua ialah rakan awak di sebelah kanan. Sekarang semua saling menghadap." Tak ada orang yang tukar dengan aku ke? Chanyeol mengenyitkan matanya dan senyum. Aku menjulingkan mataku. Dia ni la lelaki yang paling gedik pernah aku jumpa.

"Dengan cermin magis kamu tu, luahkan apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu. Jika tak ada, cakap pass. " confirm, aku nak pass aje dia ni. 
"Okay, mula dari sekarang!" Aku mencerlung tajam kepada Chanyeol. Mulut dia ni, kadang-kadang berapi jugak. Kalau dia perli orang, memang sakit hati. YANG AMAT.

"Eunji, kenapa kau cantik sangat?"
"Kenapa kau tinggi sangat? Kau makan tiang ke?"
"Eunji, kenapa kau asyik berkepit dengan Baekhyun?"
"Eh, lantak aku la. Penyibuk aje kau ni. Banyak soal betul." Kenapa dia banyak sangat benda yang dia tak puas hati dengan aku?
"Eunji, kenapa kau garang sangat? Tak comel la bila kau garang macam singa lepas beranak. Masa kau tidur kat library hari tu, comel la."
"Suka hati aku la nak garang ke, apa ke. Eh, kau tahu mana aku tidur di library?"
"Aku kan ada di situ jugak. Lima minit kau tertidur di situ sebelum kau terjaga."
"Kau tahu mana lima minit aku tertidur dan kenapa mesti kau marah dengan Baekhyun?" Dia ni aneh la.
"Aku..aku.." Eh, gagap pula. Dah la tengah panas ni. 
Baik aku tempik dia ni. "Cakap cepat!!" Kakinya aku pijak tanda gertakan.
"Aku cemburukan korang berdua, jadi aku curi first kiss kau!"

Oh...! Jadi dia la yang kurang ajar tu ! Aku rasa dia ni patut.. Ya!

"Aduh!" Puas hati aku. Semua orang melihat kami, aku dengan penumbuk aku dan Chanyeol yang dah terduduk di atas tanah. Segera aku mencekak leher baju sukan Chanyeol dan aku melepaskan geram dengan menumbuk Chanyeol. 

"Cikgu, Gorila mengamuk!" 

Sehun dan Kai menangkap aku. "Hei, Eunji. Kau kenapa? Tetiba kau meledak..!" Kai memeluk aku dari belakang.
"Cool, Eunji ! " Sehun memegang kuat lengan aku.
"Lepaskan aku! Aku belum selesai lagi!" Wisel ditiup kuat.

Cikgu Minhyuk menghantar aku dan Chanyeol ke bilik disiplin, Chanyeol di hadapan dan aku di belakang cikgu. Cikgu takut aku pukul dia lagi. Aku nampak dari cermin-cermin kelas, Chanyeol tersenyum. Gila ke apa? Tak sakit ke? Kami tiba di bilik disiplin. Cikgu meninggalkan kami di hadapan En. Kim Sunggyu.

"Kamu bergaduh ye?" Aku menjeling Chanyeol di sebelah.
"Siapa yang mulakan..?"
"Saya!" Kami serentak bersuara.
"Eh, kau ni. Aku cepuk kau lagi, baru kau tahu."
"Okay. Eunji yang mulakan."
"Kamu ni, kedua-duanya pengawas. Pelajar baik je yang dapat jadi pengawas." Cikgu ni macam perli aku je.
"Macam mana kamu boleh bergaduh ni?"

Aku memandang Chanyeol. Nak cakap ke tidak?

Bersambung...

Labels: