Forgotten Sunflower : Lima Belas
Saturday, March 16, 2013 | 11:51 PM | 0comments
CHANYEOL POV.
Apa yang aku dah buat ni? Gila kau Park Chanyeol, makcik gorilla tu tak bersalah pun. Kenapa dengan kau sebenarnya...? Takkanlah kau suka dia?!! Tolong sedar sekarang..!
Kris membuka pintu hadapan rumah dan memakai selipar sebelum dia keluar dengan skuternya. Aku menarik bakul pakaian untuk disidai di luar rumah. Kelihatan di sebelah rumah, Eunji menemani kawan rapatnya, Baekhyun mengutip pakaian. Xiumin dan Yixing berada di dalam rumah mereka. Memang rapat makcik dan pakcik gorila tu, sampai baju di badan pun sama. Macam pasangan bercinta. Tapi jangan haraplah Baekhyun, aku dah cop Eunji tu. Dia hak milik aku je.
Apa yang aku merepek ni? Chanyeol, jangan jatuh hati pada makcik gorilla tu! Bahaya, nanti selalu kena pukul je. Jongdae membawa minuman petang ke pangkin di hadapan rumah. Xiumin pun begitu juga, di rumah sebelah sana, Kai menghidangkan teh kepada semua orang. Rumah merekalah yang paling ramai pun.
"Hei Chanyeol, marilah minum petang dengan aku dan Eunji." Aku memberikan pandangan kosong kepada Baekhyun.
"Yelah, marilah sini. Jongdae, bawa teh kau ke sini." Eunji menjerit, suara dia sama kuat dengan suara Baekhyun. Eunji memanjat pagar rumah Baekhyun sambil membawa bekas kuih. Memang dasar gorilla, pintu pagar ada tapi tembok juga yang dipanjat. Oren dalam mulut pun belum habis dikunyah. Kalaulah ada guru yang tengok Eunji makan macam tu, aku rasa mesti dia takkan jadi pengawas lepas ni.
"Tiang letrik, kenapa kau tercegat di situ? Syif letrik kau dah mula ke? Jomlah minum di sini."
Jongdae pun dah berkumpul di sebelah sana. Cepatnya dia pergi. Nenek Eunji pun ada di sebelah bersama yang selebihnya. Eunji memanjat tembok rumah aku pula.
"Byun Eunji! Kamu bukan budak-budak lagi!" Tangan Eunji menyapu kedua lututnya.
"Maaf, halmeoni! Kau ni, lambat betul nak bertindak."
"Apa ya-" Bakul kosong di tangan aku diletakkan di tepi.
"Buat-buat malu pula. Jomlah."
"Aku n-"
"Dah. Berhenti." Tangan Eunji menyambut tangan aku yang kosong dan dipegang dengan erat.
"Eunji, aku-" Jantung aku berdegup kencang apabila Eunji menjeling aku. Aku yakin dan pasti, aku dah jatuh hati pada makcik gorilla ni. Eunji membuka pintu pagar rumah Baekhyun, tangannya masih menarik aku ke pangkin rumah Baekhyun.
"Kenapa kau tak lepaskan tangan dia? Memang kau perlukan tangan dia ke Eunji?" Xiumin mencelah, pecah ketawa semua orang. Hanya aku dan Eunji yang terdiam. Eunji, adakah perasaan aku dan kau serupa? Eunji menolak tangan aku jauh dari sebelah tangannya.
"Ketawalah sampai pecah perut. Sampai cirit-birit pun takpe. Aku tak marah." Laju tangan Eunji mencapai buah oren yang aku baru sahaja nak telan. Sabar, Chanyeol, sabar.
Nenek Eunji menampar lembut peha Eunji. "Ala, halme. Jangan risau, dia tak marah la. Kan Chanyeol? Kau tak marah kan?" Senyap. Aku sengaja buat tak endah kepada dia.
"Eh..kau marah ke? Chanyeol, aku tengah tanya kau ni." Mata Eunji bulat memandang aku, jantung aku berdegup macam nak tercabut. Eunji, jangan buat aku macam ni..
"Aku ni bercakap sorang-sorang ke..? Jagiya, tengok sini..!" Telapak tangannya yang sejuk memegang pipi aku yang kembung dengan oren.
"Jagiya? Nak termuntah aku dibuatnya." Kai mengejek Eunji.
"Kau cemburu la tu."
"Jadi betullah gosip korang berdua ni bercinta?"
"Mana adanya..! Aku sayang semua kawan aku, semua layak digelar jagiya..! Tak ada beza pun." Aku sendiri ingat dia serius. Kai dan Sehun mencebik, "Kami ni sepupu kau, lagi rapat dengan kau, tapi kau sendiri tak pernah panggil kami jagiya."
"Ha'ah. Aku ni, kembar kau, darah daging kau yang paling rapat, tapi kau tak pernah panggil aku jagiya. Untunglah Chanyeol, ada jugak orang yang sayang kau." Tersedak aku dan Eunji yang baru saja minum teh. Kami berdua terbatuk kuat.
"Minum pun sama-sama, tersedak pun sama-sama." Luhan ketawa kecil dengan gelagat kami.
"Eeeeei !! Korang ni kenapa ha? Asyik-asyik nak naikkan darah aku jelah..! Aku sayang semua!!" Eunji menepuk kuat pangkin yang kami semua duduk.
"Chanyeol je." Sehun mengumam.
"Semua!" Eunji mengangguk.
"Chanyeol je!" Kai tersenyum sinis.
"Semua..!"
"Semua!" Luhan menjerit kecil.
"Chanyeol aje..!" Aku berpaling ke sebelah kanan dan memandang Eunji yang sudah menekup mulutnya. Wajah Eunji bertukar kemerah-merahan, Baekhyun, Yixing, Xiumin dan nenek mereka semua cepat-cepat masuk ke dalam rumah.
"Ahhhh!! LUHAN-OPPA!!!!!" Bingit telinga aku....! Patutlah Eunji digelar gorilla.
Bersambung..
Labels: Forgotten Sunflower
