.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower : Tujuh Belas
Friday, March 29, 2013 | 10:17 PM | 0comments


EUNJI POV.
Cikgu Taemin memanggil semua ahli Kelab Muzik berkumpul di bilik muzik yang berada di sebelah dewan tarian. Aku, Kai dan Sehun melambat-lambatkan langkah, sebenarnya kami sendiri meragui niat cikgu kumpulkan ahli kelab. Kali ni, aku bebas daripada Chanyeol kerana dia bukan ahli kelab ini, mak dia tukarkan dia ke kelab lukisan, lagipun dia tak hadir. Baekhyun pun sama juga, omma letakkan dia di kelab lukisan. Harap-harap mereka tak bergaduh lagi la ye. Pengerusi Kelab Muzik iaitu Yonghwa-hyung menutup pintu setelah kami bertiga masuk dan duduk di tempat paling belakang.

"Kita menerima satu tugas di mana pengetua nak kita jadi pemain muzik untuk drama kelas 4B bulan depan. Sesiapa yang nak tarik diri boleh umumkan hari ini juga."

Aku menyiku Kai. "Macam mana ni? Aku nak join band ni tapi aku kena berlakon pulak."
"Ambil yang kau betul-betul suka." Sehun mencelah.
"Aku nak masuk band."
Kai mengangguk, "Kau ingat cikgu dramatik kita tu nak ke lepaskan watak utama dia?"
"Tukar dengan Hanna capang." Sehun tersengih.
"Kau sanggup, Eunji?"

Kalau aku serahkan watak utama ni, makin berlagak la Hanna tu. Cikgu Jaejoong tu, entah apa dia makan, cikgu jadikan Chanyeol tu watak utama.Tapi aku sendiri tak nak berlakon dengan Chanyeol, bukan jiwa aku nak bersedihan atas pentas. Watak utama tu lembut, baik, cantik. Aku ni, keras, hodoh, gangster pulak tu. Sungguh tak sesuai. 
Lepas Chanyeol mengaku dia buat perkara tu kat aku, memang aku sepak terajang dia masa waktu balik sekolah, sampai doktor kata tulang pipi dia retak. Mamat tu masih berada di hospital, agaknya dia marahkan aku. Aku tak boleh nak marah dia lama-lama, tapi aku naik hantu sebab...yelah. Aku rasa orang lain pun macam aku jugak kalau jadi benda yang sama. Aku rasa bersalah juga sebab dia tak dapat nak datang ke sekolah. Kelab peminat dia tengah tunggu je masa nak pukul aku ni, sebab tu aku tak berenggang dengan Kai dan Sehun. Nasib baik la sepupu aku dua orang ni, faham aku.

"Aku nak masuk band jugak. Walau apa pun yang berlaku." Aku separa bersuara kerana cikgu memandang kami bertiga dari awal perjumpaan lagi.
"Semua boleh balik." Yonghwa-hyung menutup buku perjumpaan dan memandang kami bertiga di belakang. Cikgu Taemin menegur kami.
"Hah. Kamu bertiga..! Kamu nak masuk ke tidak?" Pantas kami mengangguk. "Kami nak masuk band jugak."
"Kamu bukan ke watak utama drama tu?" Cikgu menuding jarinya ke arah aku. "Saya tak berminat langsung berlakon drama itu."
"Okay. Korang boleh main apa?"
"Kai dan saya, gitar. Sehun, keyboard."
"Cuba korang nyanyi sambil main alat muzik yang kat belakang tu." Nyanyi? Aku cuma nak main je. Kalau aku nyanyi, kantoilah Sweet Melody nanti.
"Kami tahu main je, kami tak reti menyanyi pun."
"Ikut suka. Okay, mainlah." Cikgu bersedia dengan kapas. Aku memandang Kai dan Sehun. Sehun menghidupkan speaker dan mengira sebelum dia mula dengan rentak perlahan pada piano sekolah. 

"Eunji, kau buat all out nanti."
"Kau la."
"Tengok jari aku." Hmm, lebam sikit je pun. "Takpe la. Aku buat." Satu, dua dan tiga.

Yonghwa-hyung terlopong melihat aku memetik gitar dengan ganasnya, cikgu pula mengetuk-ngetuk kakinya di lantai. Pintu dan tingkap dibuka, pelajar-pelajar kelab muzik semuanya menonton sesi menggoreng kami termasuklah Baekhyun. Macam mana dia tahu aku ada di sini?

"Eunji?" Matanya terbeliak. Aku menelan air liur aku, Kai memandang Sehun dan aku. "Eunji, apa yang aku nak cakap nanti kat omma?"
"Korang adik-beradik ke?" Cikgu Taemin bertanya.
"Habis tu?" Serentak Baekhyun dan aku bersuara.
"Kembar?" Yonghwa-hyung bertanya. Kami berikan pandangan kosong sambil memeluk tubuh.
"Ha'ah. Kembar. Seiras. Nak tanya apa lagi?" Baekhyun menjawab, aku menyiku dia. Pelajar-pelajar mula berbisik sesama mereka. 

"Pecah rahsia aku selama ni." Aku nampak Baekhyun ni kecil besar je. Dia ni kadang-kadang... Aku meletakkan gitar di atas piano, Baekhyun memegang bahu aku dan menggoyang-goyangkan aku. "Kau kena berlakon juga. Kau tak boleh berada di belakang. Kau tak layak."
"Baekhyun. Aku tak minat nak jadi plastik. Cukup."

"Cikgu, kami berjaya ke tidak?" Kai bertanya kepada cikgu. 
"Cikgu, keputusan ada di tangan cikgu." Sehun tersengih.

"Kamu..."

CHANYEOL POV.
Bosannya hospital ni. Kris punya kerjalah ni, siap ugut nak beritahu mak aku kalau aku tak dapatkan rawatan. Kena belasah dengan Eunji je, tak sakit pun sebenarnya. Kris dapatkan wad VIP pulak tu, lagilah bertambah kebosanan aku. Aku sepatutnya pergi sekolah hari ni, bukannya teruk pun pipi aku ni.

"Aduh!" Okay, sakitlah jugak. Pintu wad ditolak, muncul seseorang di muka pintu. "Hai, adik."
"Nunna!" Banyaknya makanan..!
"Macam mana boleh cedera ni? Siapa yang buat semua ni?"
"Adalah manusia tu." Nunna tersenyum.
"Kenapa muka tetiba merah? Adikku yang playboy ni kena belasah dalam proses memikat ke?" Aku mengangguk dan tersengih.
"Nunna nak jumpa dia."
"Buat apa?!" Aku terus menegakkan badan, kenapa nak jumpa Eunji pula?

Pintu dibuka lagi, kali ni Eunji datang dengan membawa buah epal. Nak mintak maaf lagi la tu. "Wah, tiang letrik! Macam mana kau boleh sesat kat tempat atas ni? Aku ingat kau hanya dapatkan rawatan je. Nah, ambil ni..!" Buah epal diletakkan di meja tepi. Eunji ni tauke buah epal ke?

Nunna memandang aku dengan tanda tanya, aku mengangguk dan tersenyum.

"Eh, kau ada pelawat ke? Unni, maafkan saya kerana mengganggu. Nanti aku datang balik." Eunji menumbuk lembut bahu aku.
"Tak boleh!" Aku segera memegang tangan Eunji.
"Kenapa? Kau ni, aku beri masa dating, kau tak nak." Nunna ketawa kecil, "Saya kakak Chanyeol."
"Kakak? Jauhnya beza! Chanyeol, kenapa kau tak serupa macam kakak kau pun?"

"Mana ada! Samalah! Tak ada beza."
"Adalah!"
"Tak ada!"
"Ada!"
"Tak ada!"
"Kenapa tak ada pula? Kau lelaki, dia perempuan. Sama ke? Atau kau ni bukan lelaki ha? Biar aku tengok kau lelaki ke perempuan..!" Jari-jemari Eunji merayap ke baju aku,"Hey, kau buat apa ni?" aku menampar tangannya. Nunna sudah ketawa terbahak-bahak.

"Tahu pun takut."

Pintu dibuka lagi, kali ni Baekhyun pula yang datang. Nunna membalas senyuman Baekhyun, Eunji pula menyuruh Baekhyun duduk di sebelahnya. Eunji tanpa segan silunya memperkenalkan rakan kesayangannya kepada nunna.

"Eunji punya kerja ke ni? Sikit sangat." Eunji tersengih dengan kata-kata Baekhyun. Baekhyun memandang jam dinding, "Alamak! Dah lambatlah! Eunji, jom balik."
"La, kejapnya. Orang tak puas lagi ni."
"Esok kau datanglah lagi. "
"Yelah. Chanyeol, aku balik dulu la. Unni, kami balik dulu."
"Hati-hati di jalan raya." Eunji mengangguk laju dan keluar bersama-sama Baekhyun.
"Kenapa dengan muka tak puas hati tu? Cemburu ke?"
"Dah tahu, kenapa tanya lagi...?"
"Baekhyun tu anak Puan Yoon kan?" Aku mengangguk.
"Kembar dia la tu."
"Kembar siapa?"
"Eunji, buah hati kamu."
"Hey, lawak apa ni?"
"Apasal lambat sangat adik aku ni nak faham?"

BAEKHYUN POV.
Jarang aku tengok Eunji ni datang ke hospital. Dia sendiri tak berapa suka ke sini, tapi kerana Chanyeol, boleh aje dia gagahkan kaki. Memang aku tak faham. Eunji membuka pintu kaca hospital ini dan menghela nafas. 

"Yeah ! Akhirnya boleh juga aku bernafas !" Aku ketawa kecil. Eunji masih tak berani dengan hospital rupanya.
"Kalau tak kerana halmeoni, takkan aku datang melawat Chanyeol." Aku memandang pelik. 
"Kerana halmeoni?"
"Atuk Gyu tu telefon halmeoni, tahu tak? Kononnya Chanyeol kritikal, tak boleh nak bernafas la apa la, padahal tulang pipi dia retak je. Aku tak tahu apa yang dia ceritakan kepada halmeoni."
"Siapa Atuk Gyu?"
"Cikgu disiplin kita la, siapa lagi yang macam atuk-atuk tu?"
"Jadi?"
"Jadi, aku ada di sini dengan kau la. Eh, kita nak balik dengan apa ni? Bas ke?"
"Teksi la okay lagi."
"Mahal la. Nak bas la, murah sedikit, taklah mahal macam teksi."
"Aku tak biasa."
"Kau ni memang anak orang kaya la."
"Kau pun sama kan?"

Eunji menjongketkan bahunya, tanda dia tidak tahu apa-apa. Masa kami berusia enam tahun, orang menghadapi masalah nak kenal kami. Yelah, rambut kami sama-sama pendek. Eunji tu terkeliru jantina dia masa dulu. Dia betul-betul jadi perempuan mulai tahun lepas. Dulu, kalau hari hujan, dia tak pernah peduli nak pakai baju macam perempuan dan dia pakai seluar pendek aku aje, masa mandi hujan kat padang tu. Tanpa baju.

Aku rasa kawan dia yang paling rapat dulu mesti dah tak kenal, kan? Ataupun kawan dia ingat aku yang main dengan dia dulu. Lepas tu, Eunji ni suka panjat pokok dan duduk di atas dahan yang paling kukuh dan tinggi. Tapi selalunya dia panjat pokok bila dia ada masalah. Sebab tu la, sepupu aku semuanya namakan Eunji ni gorilla. Dah la gengster, kuat mengamuk, garang pulak tu. Aku tak tahu dia ni mewarisi sifat siapa. Papa seorang yang tenang, cool aje. Omma pulak penyabar, cerdik, teliti.

"Hah, Baekhyun ! Bas dah sampai !"

BERSAMBUNG :)

Labels: