Forgotten Sunflower : Lapan Belas
Sunday, April 7, 2013 | 1:20 AM | 0comments
EUNJI POV.
Lepas Baekhyun bocorkan rahsia yang aku simpan selama hampir lapan bulan ni, semua orang bersikap aneh dengan aku. Dari ketua pelajar iaitu Kak Jieun, sampailah pelajar senior yang suka naikkan darah aku dan termasuklah makcik kantin. Sekarang semua orang menganggap aku makhluk asing. Kalau terserempak dengan aku, mesti tunduk hormat. Selama ni langgar bahu, terus marahkan aku.
Ni yang aku tak suka. Memang aku tak boleh terima pengaruh perempuan tu dalam hidup aku. Buku Literature aku masih di loker, macam mana aku boleh terlupa ni? Nasib baik ada sepuluh minit lagi, kalau tidak...! Aku tak boleh bayang macam mana Atuk Gyu tu nak jeling nanti. Dahlah mata sepet, kang aku kepit mata tu, baru tahu.
Loker aku ke tu? Ke Chanyeol tukar loker? Kenapa penuh dengan bunga ni? Sticker bentuk hati lagi. Ah, serabut ! Aku memang tak suka orang pelekat macam-macam, pening aku tengok. Aku membuka pintu loker aku. Surat-surat berjatuhan depan mata aku. Siapa yang silap letak surat lagi ni? Coklat pun ada jugak? Sudah la penuh bunga diselit pada pintu, sekarang ni surat dan coklat pulak?
"Hai, Eunji!" Aku menjeling ke sebelah kanan, siapa lagi kalau bukan kembar aku yang kadang-kadang menjengkelkan.
"Hai." Aku mengutip surat-surat yang jatuh. Mungkin Chanyeol punya atau kembar aku yang punya.
"Nah. Surat kau la ni."
"Kau ni mengantuk lagi ke? Surat ni semuanya kau punya la."
Eh..!? Aku punya?
"Tengok ni, nama kau. Byun Eunji. Wanginya surat ni."
"Tengok ni, nama kau. Byun Eunji. Wanginya surat ni."
Takkan aku dah naik pangkat jadi budak hot?
CHANYEOL POV.
Dalam kelas tadi, Eunji membawa surat-surat peminatnya. Masalah besar ni ! Saingan aku tiba-tiba menjadi banyak. Pagi tadi juga, aku minta maaf pada Baekhyun sebab selama ni aku salah anggap. Rupanya memang betul dia kembar Eunji, omma kata, Eunji ni anak yang Puan Yoon sembunyikan. Alasan sebenar, aku tak tahu.
Jurang antara aku dan Eunji tiba-tiba menjadi besar. Mungkin salah aku yang bertindak terburu-buru. Kenapalah aku kiss dia hari tu? Eunji keluar dari bilik persalinan perempuan dengan sut sukan. Dia membawa kasutnya dan sebotol air yang besar. Keningnya terangkat sebelah apabila aku mengikutnya dari belakang.
"Chanyeol, kenapa kau tak balik lagi?"
"Saja."
"Kris ada latihan hapkido ke hari ni?"Aku mengangguk laju.
"Patutlah. Penakut rupanya kau ni. Habis tu, kenapa ikut aku? Pergilah tunggu Kris di dewan."
"Nanti la aku pergi."
"Ikut suka kau la." Eunji membuka ikatan rambutnya di bangku di tepi padang. Rambut dia dah panjang, berbeza daripada rambut pendek dia masa awal-awal dulu, sekarang dah feminin pun gorilla ni.
"Eunji, aku ada benda yang aku nak beritahu."
"Cakap je la. Sejak bila kena minta izin ni? Bukan kau ni jenis cakap lepas ke? Cakaplah."
"Kau jangan marah aku ya."
"Kau ada patahkan pensel aku ke? Kau ada buang sampah dalam loker aku atau kau nak pujuk aku masuk drama semula?"
"Kau dengar dulu, boleh?"
"Yelah."
"Eunji, aku betul-betul sukakan kau. Boleh tak kau jadi teman wanita aku?" Eunji mendongak ke atas dan memandang aku yang berdiri di hadapannya. Walaupun angin bertiup lembut di padang sekolah ni tetapi ia pun tidak dapat menenangkan keresahan dalam hati aku selagi Eunji tidak memberikan jawapan. Eunji bangun dari kerusi dan hanya tersenyum. Dia melangkah setapak ke hadapan dan menepuk-nepuk bahu aku.
"Kau buatlah macam mana pun, aku tetap dengan keputusan aku. Aku tarik diri daripada drama tu sebab aku tak layak."
"Eunji. Ini bukan pasal drama tu. Aku sedang berlaku jujur dengan kau !"
"Aku tak percaya." Eunji terus memanaskan badan sebelum dia memulakan latihan larian. Eunji, kau ni...! Macam mana aku nak yakinkan kau tentang perasaan aku? Aku terus membawa beg sekolah dan bergerak ke dewan. Inilah kali pertama aku ditolak. Selama ini, perempuan tak pernah lepaskan aku tetapi Eunji ni unik. Aku tahu aku mata keranjang tetapi aku rasa perasaan aku pada kali ini, pada Byun Eunji, perasaan yang betul-betul ikhlas.
Ya. Ikhlas.
EUNJI POV.
Chanyeol silap makan ke hari ni? Aku tak tahu nak beri respon apa. Ini kali pertama aku dilamar. Byun Eunji dilamar? Cerita panas ni..! Makcik gorilla ada peminat dan peminatnya ialah kasanova sekolah, Park Chanyeol.. Cerita yang memang tak logik. Dia dan aku, bagai langit dan bumi tau. Walau bagaimanapun, aku tak sanggup menghadapi kelab peminat dia. Kelab peminat yang paling menakutkan ialah peminat Park Chanyeol selain peminat Xi Luhan.
Ahli kelab hapkido bergerak ke dewan untuk latihan mereka, dari jauh kelihatan Baekhyun dan Xiumin berjalan sambil membawa peralatan Aikido. Di belakang mereka, Kris dan Jongdae mengikuti langkah. Presiden hapkido, Minji dan naib presidennya, Nana membuka pintu dewan. Minji tu bukan setakat presiden hapkido, dia pun pengerusi kelab peminat Chanyeol jugak, peminat paling radikal. Nana tu pula presiden kelab peminat Luhan-oppa. Nana dah tahu aku sepupu Luhan-oppa dan dia buat aku selesa kerana peminat Luhan-oppa dah tak ganggu aku. Sekarang cuma tinggal para peminat Chanyeol yang fanatik. Aku takde hubungan pun dengan Chanyeol tapi dia suka mencetuskan kontroversi. Aku memang tak boleh nak terima dia, sebab aku tak berapa percaya dengan Chanyeol. Asyik-asyik aku je yang terpaksa cover line. Apa kesnya ni?
Wisel ditiup pantas, alamak! Cikgu Joe dah datang!
Sehun dan Kai datang melepak di tepi padang. Cikgu Joe menyuruh aku lari keliling padang untuk menguatkan stamina. Sebenarnya tiap-tiap pagi aku ada latihan tapi aku takde masa pada waktu pagi, jadi cikgu tukarkan aku pada waktu petang dengan Luhan-oppa. Aku masih baru dengan larian sebenarnya, sekarang ni baru tujuh bulan dalam tahun pertama aku di sekolah menengah. Luhan-oppa walaupun tua setahun daripada aku, dia pun baru tahun pertama jugak sebab dulu dia belajar di Beijing tetapi dia lambat daftar semasa dia pindah ke sini. Jadi, terpaksalah dia berada di kelas tahun pertama sekolah menengah tinggi.
Nasib baik senior-senior di sini baik-baik. Semasa orientasi dulu memang seronok, sebab aku selalu kena denda dengan ketua pelajar, kak Jieun. Memang sebarang dendaan tak berkesan kat aku, tapi gara-gara Sehun ugut nak mengadu kat halmeoni la kononnya, terus aku berhenti jadi nakal. Yelah, buatnya halme kurung aku dengan Coco, matilah aku nanti. Tapi selepas dua bulan, aku jadi nakal semula.
Kak Jieun cadangkan pada Puan Jung untuk jadikan aku sebagai pengawas sekolah, bukan setakat pengawas tetapi naib setiausaha badan pengawas. Tulang belakang pengawas selain kak Jieun. Kejam tak? Memanglah kak Hyejin ada tapi tahun ni tahun terakhir dia, maknanya tahun depan memang aku la yang akan pegang jawatan setiausaha. Takkan aku nak ambil jawatan ketua pelajar? Tugas tu kalau nak beri kepada aku, memang aku berani jamin, pengawas akan jadi gengster sekolah.
Chanyeol kembali ke padang dengan sekumpulan pelajar perempuan. "Aduh!" Malunya, macam mana aku boleh tak nampak pokok ni? Aku menggosok dahi aku yang terhantuk pada batang pokok. Nasib baik pokok, kalau aku jatuh longkang, cacat aku nanti. Sehun dan Kai ketawa terbahak-bahak melihat aku jatuh. Kurang ajar punya sepupu. Cikgu pun satu, kenapa dia suruh aku lari di luar trek? Kan aku dah melencong.
"Byun Eunji!!!" Suara garau Chanyeol menggegarkan padang sekolah. Cikgu Joe segera memandang ke arah Chanyeol dan kumpulannya, keningnya sudah bersatu. Kau tunggulah Chanyeol, nanti gunung berapi Joey meletus. Aku ingat Chanyeol ni dah balik, rupa-rupanya belum.
"Eunji, kau kena dengar betul-betul..!" Dengar apa lagi ni? Aku mencekak pinggang dan bergerak ke hadapan trek. Latihan atlet yang lain sudah terganggu gara-gara Chanyeol. Kumpulan dia tu berdiri di trek larian. Memang nak cari pasal.
"Cakap cepat! Aku ada latihan ni!" Dah la sejuk kat sini, sekarang ni musim luruh.
"Girls!" Mereka mengangkat placard yang membentuk ayat "Saya suka awak ! Awak?". Hei, dia ni kenapa ha?
"Eunji, jawab cepat. Aku takkan berganjak dari sini sampai aku dapat jawapannya." Cikgu Joe dan sepupu-sepupuku ketawa dengan kuat mendengar ayat Chanyeol. Aku menggeleng dan meneruskan larian. Kau terus la tunggu kat situ, Chanyeol. Kumpulan pelajar perempuan berpecah kerana sudah 30 minit aku tidak memberi respons tetapi Chanyeol tetap dengan pendiriannya.
Aku ke bangku Sehun dan Kai untuk meneguk air. "Eunji, jawablah. Kesian dia." Kak Ahyoung yang berhenti di sebelah kanan menepuk bahu aku.
"Seminggu!"
"Kejapnya! Kejam la kau ni Eunji!" Kai menjerit kecil.
"Seminggu! Kau jangan ganggu aku seminggu!" Sehun memandang ke arah aku. "Kau ni, jangan mainkan perasaan orang lain!"
"Tak. Seminggu untuk aku fikir."
"Takkan sampai macam tu? Kalau dia berubah hati, kau jugak yang merana. Fikir betul-betul, Eunji." Sehun ni macam doktor cinta aje bunyinya. Aku meneguk air mineral yang Kai bawa dari rumah.
"Aku terima cabaran kau, Eunji!" Suara dia memang buat aku terkejut. Nyaris je aku nak baling botol air aku. Nasib baik aku tak tersedak air.
Chanyeol betul-betul nekad. Apa yang istimewanya aku di mata dia? Dah la keras kepala, asyik bergaduh je aku dan dia. Harap-harap dalam seminggu ni, aku akan tahu apa yang aku patut buat. Terima ataupun tak. Kenapa jantung aku berdebar lain macam ni?
Bersambung
Bersambung
Labels: Forgotten Sunflower
