[ONE SHOT] - Vice Versa
Sunday, May 5, 2013 | 3:59 AM | 0comments
***
Bila giliran aku ni?
“Helo. Apa yang saya
boleh bantu?”
BAMM !
Aku meletakkan beg sandang aku di hadapannya, kerusi ditarik
kasar dan aku terus duduk di depan mejanya. Doktor muda ini betul-betul buat
aku mendidih. Mentang-mentanglah dia handsome,
kenapa dia perasan bagus sangat ni?
“Saya nak ubat .”
Sikit pun dia tak pandang aku! Kaki aku disilang.
“Sakit apa?”
“Sakit hati.”
Fail di tangannya ditutup, dia mengangkat kepala dan
memandang aku. “Anehnya. Tak tahu la
pulak adik perempuan Andy ni ada masalah hati.”
Aduh ! Kerasnya hati dia ! Bukan nak tanya aku sakit apa, macam mana boleh sakit ke? Macam mana nak alih perhatian dia kepada aku? Aku mengambil beg sandang dan terus berdiri.
“Oppa ni ! Tak prihatin langsung ! Nak balik la macam ni.”
Dia hanya memandang kosong. Riak wajahnya tidak berperasaan langsung. Dia mengangguk,
tangannya dilambai-lambai, tanda aku dihalau dari biliknya. Bukannya nak pujuk
ke, apa ke. Laju langkah aku ke muka pintu.
“Daniella.” Eh ?! Aku berpaling 360 darjah ke arahnya. Yes,
akhirnya dia tersenyum !
“Sini takde khidmat kaunseling tau. Jangan lupa.” Patah hati aku.
Aduhai Dr. Junhong ! Kejamnya awak !!!
***
Pintu dikuak, kasut dilempar ke tepi dan langkah pun jadi
tidak menentu. Kenapalah aku ni ada hati padanya? Dia sikit pun tak pandang
kau, Daniella! Kenapalah aku ni 24 jam asyik teringatkan Junhong-oppa tu?
Crush? Ya. Dia la crush aku. Sayangnya, dia tak pernah ambil peduli tentang
aku. Pasal abang aku, menonong-nonong dia kisahkan. Abang aku tu lelaki, tau
tak ! Kau ni homo ke Junhong?
“Hai, Daniel.” Aku menjeling kepada rakan abangku yang sedap
aje baring di atas kusyen kegemaran aku tanpa membuka stokin di kakinya itu.
Henry-oppa ni memang nak makan kasut tinggi aku tu.
“Amboi, marah nampaknya ! Nanti kau tua sebelum waktu.” Jimmy-oppa ketawa kecil apabila aku membaling
bantal kecil ke arah Henry-oppa.
Andy-oppa mencubit pipi aku. “Senyumlah sikit.”
“Ah ! Jangan ganggu Ella..!”
“Okay! ” Abang mengangkat kedua-dua tangannya, tanda
menyerah kalah.
“Lagi satu ! Saya Daniella, bukannya Daniel ! Saya perempuan
tau !”
Pintu bilik dibuka, badan direbahkan di atas katil. Penatnya. Lebih baik aku berhenti je kejar cinta aku yang tak kesampaian tu. Eh, mana boleh mengalah ! Sebelum dia kahwin, aku masih ada peluang untuk rebut hatinya. Ya, Daniella! Kau masih ada peluang tau !
Pintu bilik dibuka, badan direbahkan di atas katil. Penatnya. Lebih baik aku berhenti je kejar cinta aku yang tak kesampaian tu. Eh, mana boleh mengalah ! Sebelum dia kahwin, aku masih ada peluang untuk rebut hatinya. Ya, Daniella! Kau masih ada peluang tau !
“Hei, Ella. Nak makan tak?”
“Woi! Ketuk la pintu dulu ! Tak nak makan, terima kasih !” Pintu ditutup.
Kawan-kawan abang aku ni selalu ingat rumah kami ni rumah mereka. Bukannya takde rumah tapi suka sangat buat rumah kami macam tempat lepak. Dari sekolah rendah lagi. Keluarga kami pun rapat, semuanya saling mengenali. Dan aku je perempuan yang hadir dalam hidup mereka selain mak dan nenek masing-masing.
Semuanya dah berjaya. Junhong-oppa dah jadi doktor, Andy-oppa sendiri ada kafe, Jimmy-oppa ada butik dan Henry-oppa dah jadi peguam. Nampak aje Henry-oppa macam budak-budak tapi sebenarnya dia lawyer yang paling keras kepala. Andy-oppa, memang dah tahu dia minat kopi, Jimmy-oppa si kasanova tu dapat buka butik kerana tunangnya, Hyerin-unni anak orang kaya. Hyerin-unni mengamalkan queen control yang menguntungkannya. Susah tau nak kawal kasanova.
Daniella? Mungkin akan buka sebuah butik ! Atau tidak.
Doakan je Daniella dapat buka butik . Sekarang, jadi pekerja tidak berbayar di
kafe abang sendiri.
Tidak berbayar.
Tapi kalau nak jadi isteri seorang doktor, kena jadi suri
rumah, kan?
Junhong-oppa yang paling baik antara semua. Dia tak pernah bercinta. Anak yang patuh kepada ibu dan ayahnya. Sekarang dia dah jadi anak yatim piatu dan tiada ahli keluarga yang lain. Setakat ni, dia punyai rekod bersih. Tak pernah buat masalah. Pelajar terbaik sekolah dan universiti.
See ? He’s perfect !
Tapi sayangnya, dia tak pernah pedulikan aku. Itulah celanya. Mungkin itulah perangainya dengan wanita?
Entahlah.
***
Kenapa la Andy-oppa tak ajak aku pergi kerja sama-sama? Aku
terbangun lewat hari ni, dah tengah hari masa aku ke kafe. Pekerja lain tengok
aku lain macam je. Andy-oppa yang duduk di kerusi bulat merenung tajam ke arah aku. Nak marah? Salah oppa juga. Kenapa
pentingkan diri sendiri? Jari telunjuk digerakkan, Andy-oppa memanggil aku
kepadanya. Hari ni stail budak baik ke? Selalunya rambut tu terpacak sana-sini.
“Kenapa lambat?” Aku memuncungkan mulut. Rambut hadapannya diselak. Lebam. Kenapa tu?
“Konon nak bangun awal. Tolak 50000 won dari elaun.” Aku
terlopong. Apa pasalnya..?
“Tak ingat?” Aku menggeleng.
“Kenapa majalah sekolah ada di lantai?” Alamak ! Nak buat
macam mana ni? Mesti aku dah terketuk kepala oppa ni ! Aku tersengih dan
membuat muka simpati.
“Oppa….”
“Takde oppa-oppa. Pergi bersihkan pinggan mangkuk di sinki.”
“Tapi..”
“Takde tapinya. SEKARANG.” Nada sudah menjadi tegas, tunggu
apa lagi, cepat-cepatlah buat kerja.
Nasib la dapat abang yang garang. Aku menyalin pakaian dan
terus ke sinki sesudah itu. Gelas dan cawan tidak sebanyak kelmarin, mungkin
hari ni perniagaan mungkin agak lambat. Atau mungkin kerana aku tak berada di
kaunter. Biarlah aku nak perasan sebentar. Aku menjenguk ke luar, Andy-oppa
sibuk membancuh kopi.
“Ella, kau jagakan kaunter sebentar. Aku nak ke tandas la.” Nana memanggil aku. Yes, rezekiku berada di kawasan yang lebih panas. Aku duduk di kerusi kaunter dan menyemak pesanan. Setakat ni, tiada kesesakan di tempat membancuh air.
Loceng berbunyi, tanda pintu ditolak.
“Selamat datang ke Andy’s Café. Nak order apa?” Aku
tersenyum manis. Perempuan ni macam aku kenal je.
“Two hot mochas. Carry away.” Aku mengangguk. Apalah
salahnya cakap bahasa kebangsaan?
“Ada apa-apa nak ditambah? Hari ni diskaun untuk kek lobak
dan kek cawan Red Velvet.”
“Four Red Velvet cupcakes.” She has no accent. Sama macam orang Korea yang baru belajar
English. Tak apalah, lama-lama berlatih, kau pandailah.
“10000 won. Sila duduk dulu, pesanan akan sampai sebentar
saja lagi.”
“Thanks.” Buzer diambil dan dia duduk di hadapan aku. Tak
sabar-sabar nak makan ke?
Pintu dibuka lagi, kali ni, pujaan hatiku datang. Junhong-oppa berjalan ke arah aku dengan penuh gaya, aku terasa berada di awang-awangan. Semangat aku datang dengan tiba-tiba.
“Jiwoo dah order?”
Jiwoo? Perempuan bajet Amerika tu namanya Jiwoo rupanya. Oh,
dia la receptionist yang sentiasa menyibuk di belakang Junhong-oppa! Baru aku
ingat ! Oh, dia ni pun ada hati dengan Junhong-oppa ke? Saingan sengit ni !
“Hai oppa !” Junhong-oppa hanya mengangguk. MENGANGGUK
dengan sapaan aku! Sedangkan Jiwoo tu
dapat layanan mesra macam VVIP lagi ! Junhong-oppa bukan tak reti nak layan
perempuan, dia cuma tak layan aku macam perempuan lain. Aku pun perempuan jugak
tau !
“Ella, aku dah datang. Kau pergilah hantarkan pesanan
pelanggan.” Nana, kau macam tahu je aku tengah marah. Kau nak tengok aku
meletup ke? Aku memandang Nana.
“Apa?” Aku menggeleng. Kawan baik aku ni tak dapat mesej aku
ke?
Andy-oppa memberikan beg kertas kepada aku. Yang sedarah
sedaging ni pun tak faham jugak ke? Aku menolak pintu kecil untuk ke ruang
depan.
“Pesanan dah siap. Dua mocha panas dan empat kek cawan Red
Velvet.” Aku letakkan beg tersebut di atas meja mereka. Junhong-oppa memandang
aku dengan sinis.
“Andy ! Kau takde pekerja lain ke?” Andy-oppa hanya ketawa
besar.
“Kenapa? Berdebar-debar tengok perempuan cantik macam Ella?”
“Cantik apanya? Macam panda je.” Amboi, perempuan ni! Kurang
ajar betul ! Nasib baik dia pelanggan.
“Awak ni kelakar la, Jiwoo.” Junhong-oppa ! Apa dah jadi
dengan oppa ni? Aku menghembus rambut hadapan ke atas. Memang aku tak puas
hati.
“Jomlah. Nanti panda mengamuk.” Junhong-oppa mengajak
Jiwoo-‘unni’ keluar dari kafe. Aku hanya mampu melihat mereka beredar kerana
aku memakai uniform pekerja. Kalau aku buat pasal, tak menang mulut aku nanti.
Apa aku nak buat untuk tarik perhatian Junhong-oppa ye?
***
“Ella, jom clubbing malam ni !” Nana tersengih. Clubbing?
Dah lama aku tak ke kelab.
“Tapi, mesti Andy-oppa tak bagi. Dahlah club yang kau nak
pergi tu selalunya tempat lepak abang aku.”
“Tak, aku nak pergi Octagon. Ada persembahan idol malam ni.”
“Siapa?”
“Aku tak ingatlah. Itu bukan topik utama. Kau nak pergi ke
tidak? Jomlah, Ella.”
“Aku try tipu abang aku dulu. Biar aku call dia.”
Beg sandang dicapai, handphone di dalam aku keluarkan.
Jari-jemari ligat menaip nombor Andy-oppa.
“Helo?”
“Oppa, malam ni Ella nak tidur di rumah Nana.”
“Kenapa?”
“Errr…mak dia balik kampung. Jadi takde sesiapa nak teman
dia. Boleh, kan?”
“Pergilah. Esok pagi, jangan lupa datang ke kafe.”
“Oppa, esok bukan shift Nana dan Ella. Kami cutilah esok.”
“Oh, ya? Okay. Pergilah lepak di rumah dia.”
“Terima kasih, sayang oppa !”
Panggilan dihentikan. Aku menunjukkan ibu jari aku kepada Nana. Octagon, malam ni kita bersuka ria ! Tapi sebelum itu, aku mesti ambil baju dulu. Apa baju yang aku nak pakai malam ni?
***
“Nana, Octagon ni baru buka ke?”
“Tahun lepas.”
“Nana.”
“Ya.”
“Okay ke aku pakai macam ni?” Aku menganalisis dari hujung
rambut sampai ke hujung kaki. Gaun pendek separas peha berwarna hitam dan kasut
tinggi hitam Jimmy Choo yang aku berebut dengan jiran sebelah masa sale 50% hari tu. Rambut pula diikat satu, aksesori
pun hanyalah gelang dan rantai putih yang labuh tu. Simple aje.
Nana membawa aku ke tempat duduk yang agak tersembunyi. Nana
ni dah telefon rakan-rakan sekelas kami rupanya. Tak sangka, sudah lima tahun
setengah aku tinggalkan sekolah dan sekarang aku dahpun berusia 24 tahun. Ada
yang datang dengan kawan dari sekolah lain.
“Hai.” Seorang lelaki di sebelah Nana menegur aku.
“Siapa nama awak?”
“Daniella. Panggil Ella aje.”
“Ella? Saya Minhwan.”
Tangan dihulur untuk berjabat dengan aku. Satu senyuman aku hadiahkan
kepadanya. Nana mengajak kami semua ke tengah kelab. Aku hanya mengikut jejak Nana.
Lagu pula, lagu favourite aku..! Minhwan tidak mengikut kami dan hanya duduk di
kerusi itu. Sesekali dia membuka handphone, mungkin dia tengah menunggu
seseorang.
“Nana, aku nak ke tandas.” Nana hanya mengangguk. Kenapalah
sekarang jugak aku rasa hendak terkucil?
Aku cepat-cepat mencari tandas, dah jumpa ! Tandas pun tak
ramai, rezeki aku baik hari ni. Aku keluar dari tandas setelah membasuh tangan.
Seorang lelaki merempuh aku dari hadapan, aku jatuh terduduk jadinya.
“Maafkan saya. Awak okay ke?”
“Saya okay.” Mataku terbeliak apabila aku merenung lelaki
itu. Junhong-oppa ! Kejap. Maknanya Andy-oppa pun ada berhampiran ni !
“Jadi inilah rumah Nana?” Mesti Andy-oppa dah beritahu dia. Aku cepat-cepat
berdiri dan mahu melarikan diri. Gila ! Kalau aku terserempak dengan Andy-oppa,
masaklah aku ! Aku segera mendail nombor Nana.
“Babe, aku keluar dulu…!”
“Apa babenya ni? Ella, kau ada di kelab ni jugak ke?”
Andy-oppa ! Mesti Nana dah terserempak dengan Andy-oppa ni !
“Taklah. Ella, Ella nak keluar jalan-jalan di kawasan
perumahan Nana.”
“Oh ya?” Nana, janganlah kau kantoikan aku..
“Tapi ada beg Ella kat sini. Kenapa kuat sangat bunyi muzik,
Ella?”
“Oh, beg tu Nana pinjam. Kenapa, dia tak boleh pinjam ke?
Oppa ada di kelab ke? Macam bunyi muzik kelab je.”
“Ella ada di luar la. Junhong pun tak sampai lagi ni.”
Samar-samar kedengaran suara Henry-oppa, bila masanya Henry-oppa muncul ni? Junhong-oppa
tak sampai lagi? Bukan ke dia ada di dalam? Siap peril aku lagi. Aduh,
Henry-oppa membalas dendam ni !
“Ella ?”
“Oppa, line tak berapa elok la FUHHHHH kat taman ni. FUHHHHH
Ella sayang oppa. FUHHHHH Bye !” Laju aku mematikan telefon. Sekarang ni, aku
kena cari teksi. Alamak ! Aku mana ada duit. Dompet je besar, duit takde pun !
“Tak sangka angin kat luar ni kuat bunyinya.” Aduh ! Junhong-oppa
lagi. Kenapalah dia tak masuk saja tadi? Perlu ke dia ikut aku ni..? Eh, kenapa
tiba-tiba dia ambil peduli pasal aku? Eeee..dia dah nak sukakan aku ke?
Berdebar-debar jantung aku, dah la kami berdua je kat luar ni. Ella, jangan
gedik sangat.
“Dah lama buat kerja macam ni?” Aku menjeling. Kerja apanya?
“Teksi, cepatlah datang. Aku nak balik ni..”
“Tunggu di sini.” Eh? Junhong-oppa dah hilang..! Teksi,
cepatlah ! Aku nak balik ni ! Junhong-oppa takkan ambil kereta dia untuk
tumpangkan aku. Dia mana pernah nampak aku sebagai seorang wanita pun. Aku kan budak perempuan enam tahun yang suka conteng buku dia. Ella,
berharaplah teksi akan datang ke sini.
Sebuah kereta putih berhenti di hadapan aku, cermin tingkap
diturunkan. Junhong-oppa ! Aku
memalingkan wajah ke sebelah kanan dan mencari teksi. Jangan haraplah aku nak
tumpang. Pergilah cari Jiwoo Amerika tu. Aku melangkah ke tepi jalan dan
bergerak perlahan-lahan. Lantaklah Doktor Junhong !
“Hoi !” Dah tu, panggil la nama aku. Tak reti nak pujuk
ke? Aku tengah marah ni, tak nampak ke?
Siapalah yang cadangkan Octagon kepada abang aku ni? Gerenti lepas ni mereka
berempat lepak di sini. Nana, lepas ni kau ajaklah aku ke tempat lain. Aku tak
nak terserempak dengan abang aku yang selalu kawal pergerakan aku.
Junhong-oppa mengekori aku dengan keretanya. Nak pujuk ke?
“Ella.” Jangan toleh, biarkan dia ! Doktor ni patut menerima
pengajaran kerana menyisihkan Ella. Ya.
“Ella, cepat masuk. Andy nak keluar ke depan ni.” Alamak, aku baru
jalan beberapa tapak je ni, kalau nak berlari, memang patahlah kasut aku.
Andy-oppa tu bekas atlet, kalau dia kejar aku, alamat berlari tak cukup tanah
dibuatnya.Aku menghela nafas.
Buntu. Jalan mati ni.
Aku menoleh ke belakang sambil memuncungkan mulut. Pintu
kereta dibuka dan aku selamat menumpang kereta Doktor Junhong ni.
“Tak payah muncungkan mulut. Sikit pun tak comel.” Bibirku
kembali normal.
“Kenapa pakai baju singkat tak cukup kain ni? Ingat cantik
sangat ke? Kaki pun tak cantik.” Amboi, suka hati dia je ! Kenapalah aku boleh
suka separuh mati kepada dia?
“Turunkan Ella di sini.” Tak kuasa aku nak dengar kata-kata
pedas dia ni. Kalau tak suka aku sekali pun, kalau tak nak balas perasaan aku,
sekurang-kurangnya jangan cari pasal dengan aku. Silap haribulan aku pukul
dengan kasut yang aku begitu bersusah-payah dapatkan ni.
“Buat apa? Tak payah. Biar aku hantarkan.” Aku menjeling
kepadanya dan memegang pintu kereta. Walaupun kereta ni bergerak, jangan ingat
aku tak berani nak lompat keluar.
Junhong-oppa tersenyum sinis.
“Nak turun sangat ye? Okay, turun sekarang.” Dia bawa aku ke
Sungai Han? Jauhlah rumah aku dari sini. Rumah Nana pun jauh jugak ! Duit pun
tak ada sekarang. Aku mengetap bibir dan berfikir sejenak. Macam mana aku nak
buat ni? Kadang-kadang Junhong-oppa ni tak berhati perut, nama aje doktor.
Kononnya doktor tu ambil peduli pasal orang lain tapi doktor Junhong ni
terbalik tau tak !
Ella, give up
sahaja. Doktor ni takkan pernah balas perasaan kau.
“Emm. Hantarkan Ella ke rumah Nana, boleh?”
“Pulak dah.”
***
“Selamat datang. Nak order apa?” Jiwoo Amerika ni lagi.
“Dua mocha. Red velvet ada hari ni?” Eh, dah tak speaking. Kenapa? Lidah dah tergeliat
ke?
“Maaf. Hari ni Red Velvet habis awal.” Nana menjeling aku di
mesin kopi. Red Velvet hari ni habis awal kerana aku buat promosi gila-gila
kepada makcik kedai sebelah. Aku jual separuh harga kepada makcik tu, biarlah
abang aku nak mengamuk sekalipun, aku memang tengah mogok dengan dia. Siapalah
yang buat laporan kepada abang aku ni, sekarang aku dah tak boleh keluar rumah
langsung. Helo, Daniella dah 24 tahun tau.
Takkan Junhong-oppa yang adukan? Dia sejahat itu ke?
Tak mungkinlah.
“Ella, hari ni kau kena buang sampah di dapur tau.” Aku
mengangguk dengan arahan Yeonwoo, ketua chef di dapur. Aku memang tak berminat
nak tengok Jiwoo Amerika ni lama-lama.
“Alamak, saya terlupa bawa dompet la. Boleh tak buat
penghantaran ke klinik?” Peluang bagus ni ! Dah lama aku tak menyibuk di klinik
Junhong-oppa.
“Ella boleh hantarkan !” Nana mengangguk dan tersenyum manis
kepada Jiwoo Amerika.
“Staf kami boleh hantarkan.” Jiwoo Amerika tu bertukar riak
wajah.
“Tak payahlah. Tunggu saya datang semula ke kedai.”
“Eh, cik..! Ella boleh hantarkan..!” Aku sudah mengambil beg
kertas yang Tony-oppa letakkan di kaunter.
“Tak payahlah, bodoh !” Laju dia merampas beg kertas yang
ada di tangan aku, gelangnya yang tajam menggores tangan aku. Kopi mocha
tertumpah sedikit di bajunya, dia memandang aku sambil mengecilkan matanya. Alamak,
dah berdarah. Dia nak bunuh aku ke? Nasib dia begitu baik kerana cuma aku yang
mendengar apa yang dia katakan. Sekarang belum lunch hour, jadi tak ramai orang di sini.
“Jiwoo.” Junhong-oppa muncul tiba-tiba di belakang dia, apa
lagi, proses bertransformasi la dia ni. Buat-buat sedih pula. Junhong-oppa
tidak bertanya sedikit pun apa perkara sebenar yang berlaku, hanya memandang
aku dengan wajah tidak berpuas hati. Bodohnya lelaki ni !
“Apa salah saya, Ella? Kenapa awak tumpahkan kopi ni kepada
uniform saya?” Alahai, ratu drama. Kau tikam tangan aku, lepas tu buat-buat tak
puas bersalah pula. Andy-oppa cepat-cepat datang ke sebelah aku dan meminta
maaf kepada Jiwoo Amerikano plastik ni. Tangannya yang memegang limau yang
dipotong menyentuh luka aku yang baru berdarah, aduhai…!
“Ella, ke belakang sekarang.” Aku tidak jadi melawan kerana
ketiga-tiganya merenung tajam ke arahku.
“Ella ambil cuti sekerat hari mulai sekarang.”
Aku berjalan ke dapur sambil mencari kotak kecemasan. Tony-oppa
memandang pelik ke arahku, sambil tangannya menyiapkan pesanan dari hadapan.
Dia seperti ingin menyoal aku je.
“Jangan tanya. Fokus pada masakan.”
Kenapa aku tak bela diri aku tadi? Ratu drama tu hampir-hampir
membunuh kau la ! Sejak bila kau jadi lemah ni? Jimmy-oppa membuka pintu bilik
rehat dan membawa kotak kecemasan. Macam mana dia tahu aku cari benda alah tu?
Jimmy-oppa ni, mentang-mentanglah butik dia di sebelah saja, boleh je datang
tak dijemput.
“Kenapa dengan tangan tu?”
“Silap guna mesin.” Tipu je lah, bukannya dia tahu cerita
sebenar pun.
“Macam mana tahu Ella cari kotak kecemasan?”
“Tony.” Mesti dia nampak aku buka loker barang tadi, selalunya
kotak ni ada kat situ. Aku mencari ubat dan merawat lukaku, dibantu oleh
Jimmy-oppa.
“Apa rancangan lepas ni?” Aku tersenyum nipis dan
menggeleng.
“Jom lepak sekali..?” Angguk sahajalah.
***
Jimmy-oppa memberi aku sebuah diari yang aku sendiri tak
tahu siapa pemiliknya. Pesannya, buat apa yang patut dengan diari ini. Eh, ini
diari orang. Tak baik kalau kita baca, macam mencabul privasi pemilik la pulak.
Tapi alang-alang ada dalam tangan, baca je la. Bukan selalu kita dapat peluang
macam ni. Aku tidak pulang ke rumah dan membuang masa di sauna. Duduk dengan
pakaian santai di ruang lepak rumah sauna tanpa gangguan adalah sebuah
ketenangan.
Eh ? Kenapa gambar aku ada pada penanda diari ni? Aku ada
peminat misteri ke? Wah..! Hebat kau, Daniella.
10:30 malam, 27 Februari.
Daniella, kenapa kau ganggu ketenangan aku di klinik ? Jantung aku berdegup seperti ia mahu melantun keluar dari badan aku kerana kau tenung aku. Kau minta ubat sakit hati lagi. Kau marahkan aku ke? Maaflah, Daniella. Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Kita tak sepadan, kau terlalu cantik. Mungkin kau patut cari orang lain. Jarak umur kita sangat jauh, kau memang nekad ke sukakan aku? Kau mungkin tengah mengalami kecelaruan hormon, Daniella.
01:30 pagi, 14 Mac.
Daniella, kenapa pakai pakaian macam tu? Memang kau cantik tetapi aku tak nak kau kongsi kecantikan kau dengan semua. Kaki kau cantik, semua tentang kau adalah indah. Walaupun aku sendiri tak tahu adakah aku boleh membalas perasaan kau, aku berasa gembira kerana aku dapat berdating dengan kau di dalam kereta aku hari ni. Nampaknya mimpiku akan jadi lebih indah hari ni ..!
Kau jual mahal dengan aku ye, Doktor Junhong?
***
“Andy, diari aku hilang.” Aku mengangkat kepala dan
memandang geng berempat itu. Jimmy-oppa memandang aku dengan sinisnya. Aduh,
Henry-oppa pun sama juga, kenapa tengok aku semacam je ni? Diari Junhong-oppa
memang ada dengan aku, tapi aku tak sangka Henry-oppa tahu Jimmy-oppa yang bagi
kepada aku.
Nana menegur aku yang keresahan di mesin kopi. “Kau kenapa, Ella?” Aku menelan air liurku.
Nana menegur aku yang keresahan di mesin kopi. “Kau kenapa, Ella?” Aku menelan air liurku.
“Kau dah cari di rumah?” Junhong-oppa mengangguk dengan
soalan Andy-oppa.
“Dah macam dilanggar tsunami sekarang rumah kita tu.”
“Aku rasa memang tak ada di rumah la.” Jimmy-oppa terbatuk
kecil. Apa yang aku nak buat ni? Alamat tak elok ni.
“Nana, ikut aku ke belakang.” Aku membawa Nana ke loker simpanan barang dan mengeluarkan beg. Nana merenung aku dengan riak wajah yang paling pelik yang pernah aku tengok, apabila aku mengeluarkan diari Junhong-oppa.
“Kau?”
“Jimmy-oppa yang berikan. Aku tak tahu nak buat apa lepas
ni. Nak pulangkan kepada tuan ke, gunakan orang tengah?”
“Buang.” Aku
membeliakkan mataku.
“Kau gila?”
“Kaulah yang gilanya. Kenapa kau terima diari ni?” Nana,
jangan mengamuk di sini.
“Baik. Aku akan buang tapi petang nanti lepas waktu kerja.” Masa tu aku akan buang jauh-jauh, walaupun
Junhong-oppa terpaksa beli diari baru. Maafkan Ella !
“Terpulang.”
Pintu bilik rehat dibuka dengan ganasnya dan aku tak sangka
Junhong-oppa datang mencari aku di belakang.
“Saya tak terlibat.” Junhong-oppa memanggil Nana dengan jari
telunjuknya yang panjang itu dan berbisik di telinga Nana. Nana, jangan
tinggalkan aku dengan bekas ketua pelajar ni ! Tangan aku menggeletar ketakutan
apabila pintu ditutup oleh Nana dan meninggalkan aku bersama Junhong-oppa di
bilik rehat yang tiba-tiba aku rasa seperti bilik tahanan.
“Dah lama buat kerja macam ni?” Nak jawab apa ni? Melutut ? Eh, minta maaf sahaja la. Aku melekapkan kedua-dua tanganku dan duduk melutut di atas bangku panjang bilik rehat.
“Ella minta maaf ! Jimmy-oppa yang beri diari Junhong-oppa !
Ella memang tak tahu ! Jangan benci Ella!”
Junhong-oppa ketawa kecil dan mencucuk pipi aku.
“Comel tapi nakal.” Eh? Aku membuka sebelah mata,
Junhong-oppa betul-betul dekat dengan aku ! Dia membuka lekapan tangan aku
sambil tersenyum. Matanya tepat memandang aku dan keadaan ini menyebabkan aku
seperti sesak nafas. Junhong-oppa terlalu sempurna.
“Mana diari oppa…?” Eh, dia bahasakan diri dia oppa? Selama
ni dia guna aku kau je. Aku letakkan diarinya di atas telapak tangannya.
“Err..Junhong-oppa? Enam tahun bukan jurang yang terlalu
jauh. Ella tak kisah umur oppa pun.”
Lagipun, Junhong-oppa
lahir di hujung tahun, dia pun paling muda dalam geng berempat tu. Okay, boleh
tolak setahun.
“Betul…?”
Aku mengangguk dan tersenyum. Junhong-oppa memegang pipi aku
dan dia memandang bibir aku. Takkanlah…..? Aku memejamkan mata dan cuba
bertenang. First kiss kami ni !
“Woi, Junhong ! Kau nak buat apa dengan adik aku tu?”
-THE END-
Labels: [One Shot]
