[ONE-SHOT] Silence.
Saturday, June 15, 2013 | 10:08 PM | 0comments
Duniaku dunia tanpa suara.
Sunyi.
Bukan bermaksud aku pekak atau bisu, cuma aku lebih suka memekakkan telinga dan membisu. Siapapun yang berani menegur aku, maaf. Aku tidak termakan dengan sapaan dan wajah gembira kalian. Meskipun kalian berniat baik, aku tidak mahu bersuara.
Tidak lagi.
'Dia bisu.' Teruskan berfikiran seperti itu.
Guru yang paling aku sanjungi, Puan Lee memanggil aku. Wajahnya manis, putih dan bersih. Ideanya bernas, wajarlah dia mengajar subjek Sastera 2 di sekolah ini. Aku tidak bertangguh dan terus pergi kepadanya. Puan Lee memberikan sehelai kertas dan pensil.
"Yura, boleh awak tolong saya?" Aku mengangguk lembut. Ms. Lee menarik fail merah jambu di sebalik timbunan kertas di mejanya.
"Panggilkan Baekhyun." Senyumanku pudar. Baekhyun budak paling bising di sekolah ni? Puan Lee menarik tanganku dan menggenggam erat kedua-duanya.
"Saya percayakan awak, Yura. Awak boleh." Aku tersenyum pahit. Macam mana aku nak panggil dia? Sedangkan aku sendiri tak kenal dia. Mungkin aku dah lupa macam mana nak bercakap, aku guna bahasa isyarat dalam kelas. Tak mengapa, cikgu dah berikan aku kertas ni. Gunakan sajalah.
Cepat-cepat aku menapak ke kelas 2-6. Tengok, dari jauh pun dah kedengaran suara dia dari tangga blok, sedangkan ada dua kelas dari tangga ini. Jauh lagi. Entah mengapa cikgu suruh aku. Baekhyun ni memang terkenal di sekolah, tambahan lagi, dalam kalangan pelajar perempuan - Baekhyun dan pasukannya, Junmyeon, Chanyeol, Luhan dan Kyungsoo.
Dia seorang kasanova, itu yang pasti. Setiap bulan ada saja pelajar perempuan yang mengaku sebagai teman wanita dia. Aku sendiri tak faham, bagaimanalah Baekhyun mampu buat pelajar perempuan gilakan dia? Tidak ada formula matematik yang mampu merungkaikan misteri Baekhyun tu.
Aku menghela nafas sebelum mengetuk pintu belakang kelas 2-6. Nasib aku baik, pelajar perempuan yang duduk di tepi pintu ini.
"Ada apa, Yura?" Hyerin - kepalaku menangkap nama yang tertera di dada pelajar itu. Ligat tangan aku menulis di atas kertas itu. 'Baekhyun ada?'
"Dia keluar tadi. Mentang-mentanglah Puan Choi tak datang hari ni."
Aku menulis lagi, 'Selalunya dia ke mana?'
"Atas bumbung kot. Kalau Yura rajin, Yura pergilah cari dia."
Aku tersenyum manis. Nasib baik ada Hyerin. Mulutku mengumamkan frasa 'Terima Kasih' kepada Hyerin.
"No problem."
Sekarang aku kena panjat tangga lagi? Baik aku cepat, kesian Puan Lee yang menunggu lama. Bahagian bumbung yang mana Baekhyun tu pergi? Aku suka pergi ke bahagian bumbung timur blok ni, setiap pagi, matahari terbit memang cantik di kawasan tu. Lagipun, kawasan tu tersorok sikit. Macam mana kalau aku pergi ke situ dulu dan buat tinjauan, manalah tahu boleh nampak mereka yang hilang seperti ditiup angin tu.
Woah. Angin pula tengah sepoi-sepoi bahasa. Kalaulah aku seperti kain putih yang dijemur tu....tak ada masalah, hanya berkhidmat untuk manusia, dan berkibar mengikut angin. Bukankah bahagia begitu? Tak usah fikirkan masalah yang rumit, tak perlu berkomunikasi dengan orang lain.
"Oops." Rambut aku terlurut daripada ikatannya. Aku beralih ke belakang dan mendapati seorang pelajar lelaki yang sangat tinggi tersengih aneh kepadaku. Dia menjadikan getah rambut aku sebagai gelang tangan. Itu getah rambutlah, bukannya gelang..! Aku cuba mencapai tangannya, tapi beginilah nasibku yang agak rendah ini, tak dapat aku merampas semula getah itu.
Rambutku dirapikan seseorang yang lain, wajahnya agak keperempuanan. Aduh, aku bukan pelakon CF ! "Rambut kau cantik, lepaskan dia. Jangan ikat lagi." Eh, siapa kau yang nak suruh aku buat macam-macam ni. Pensel di dalam poket dikeluarkan dan aku terus menulis soalan.
'Siapa korang ?'
"Yura, Yura. Aku jiran belakang rumah kau, dia jiran kau yang di sebelah kanan. Yang duduk makan lollipop tu, jiran kau di sebelah kiri."
"Aku Junmyeon." Pelajar lelaki dan lollipop itu Junmyeon.
"Namsan Tower ni Chanyeol, aku Luhan."
'Baekhyun mana?' Seorang lagi pelajar lelaki ketawa melihat aku, matanya betul-betul bulat. "Kau ni memang bisu la. Hoi, sogogi, ada puteri cari kau ni."
"Yelah tu, Kyungsoo." Oh, Kyungsoo.
Seorang pelajar lelaki yang cerah kulitnya bangun dari tempat dia berbaring dan menggeliat. Betullah dia ni Baekhyun. Kalau aku guna bahasa isyarat dengan dia, agaknya dia faham tak?
'Ada apa, Yura?' Eh, macam mana dia tahu nama aku? Hari ni aku tak pakai tag nama pun. Aku tergamam, aura dia..
Aku menulis di atas kertas, 'Puan Lee cari awak.' dia hanya tersenyum manis. Eh, dia ni ! Aku mangsa dia yang seterusnya ke? Tak payahlah Baekhyun, kau takkan berjaya buat aku bercakap.
"Do-bi." Baekhyun menadah tangannya, dengan wajah yang masam mencuka, Chanyeol memberikan dia getah rambut aku. Namun, Baekhyun tidak memulangkan ia kepada aku.
"Kau ingat aku akan pulangkan getah ni macam tu je?" Aku menelan air liur dengan terpaksa.
'Cepatlah, Puan Lee marah nanti.' Aku mengangkat kertas agar dia boleh baca dengan jelas.
"Sebutkan nama aku dulu."
Memang kau bermimpilah, Baekhyun. Aku menjulingkan mata dan menapak ke pintu keluar. Lebih baik keluar daripada mengikut permintaan gila-gila dia. Puan Lee, jangan marahkan saya ye. Laju aku berlari turun tangga, biarlah Baekhyun tidak ikut aku sekali, yang penting aku dah beritahu dia. Sama ada dia datang atau tidak, itu bukan kuasa aku. Takkanlah aku perlu heret dia, pimpin dia atau sediakan karpet merah untuk dia datang berjumpa dengan Puan Lee?
Tak kuasa aku.
"Hoi. Kau ni lari macam kena kejar dengan anjing je." Aku menoleh ke belakang. Baekhyun mengikuti aku rupanya ! Aku berdehem sedikit dan berjalan ke kelas.
"Kosongkan tekak konon, padahal tak bercakap pun." Kenapa tiba-tiba dia menjadi begitu menjengkelkan? Langkah aku terhenti, apa ni...teknik kedua nak buat aku bercakap?
"Di mana Puan Lee nak jumpa aku?" Kau ikut jelah, tak boleh ke kau senyap sikit..?
Pintu kelas dikuak, Baekhyun menghalang aku masuk terlebih dahulu, tangannya mencengkam lengan aku dan menyerahkan getah rambut aku yang dirampasnya tadi.
"Jadi cantik depan aku je. Depan orang lain tak payah." Kau ingat aku peduli ke, Baekhyun? Aku menghadiahkan senyuman sinis kepadanya. Tak payahlah nak ikat rambut ni di depan pintu. Lebih baik aku masuk ke dalam kelas daripada melayan perangai tiga suku dia ni.
"Hah, dah jumpa Baekhyun, Yura?" Aku mengangguk.
"Bagus. Panggil dia masuk." Aku memandang kosong kepadanya. Tunggu apa lagi, Baekhyun? Cikgu dah panggil kau tu.
Baekhyun hanya berpeluk tubuh memandang aku. Apahal dia ni? Jarinya menguis rambut aku dan ekspresinya seolah-olah meminta aku menunaikan permintaannya. Aku menjeling sebelum mengikat semula rambut aku. Macam budak-budak yang tak matang. Aku tahu aku tua beberapa bulan daripada dia, tapi kita masih sebaya tau.
Puas hati kau, Baekhyun?
"Ya. Barulah aku puas hati." Baekhyun melangkah masuk ke kelas dengan wajah yang tiba-tiba berubah menjadi gembira. Dia ni ada masalah psikologi ke? Aku merungkaikan rambut aku apabila aku sampai ke tempat duduk aku iaitu di hadapan almari kelas. Aku memang suka duduk di tempat yang agak tersorok dan ada ruang persendirian.
Hyorin mengubah posisinya ke sebelah aku dan menyerahkan sekeping kertas kepada aku. Aku membacanya perlahan-lahan kerana aku tidak percaya dengan isi kandungannya. Kenapa aku terlibat dengan projek mural di koridor bilik seni? Dapat kerja merangka lukisan pulak tu. Macam mana aku nak cari inspirasi ni? Memanglah aku pelajar seni tetapi adakah aku sahaja yang selalu pergi bilik seni? Mentang-mentanglah aku ambil seni lukisan.
Eh, tidak. Baekhyun pun pelajar seni lukisan jugak, cuma aku tak pernah jumpa dia semasa kelas atau perjumpaan kelab Seni. Mungkin dia hadir tetapi aku tak pernah nampak dia pun. Kelas kami pun tak sama, macam mana ada peluang nak jumpa, kan? Dia tu barang terhangat di pasaran, mana ada masa nak melepak dalam bilik seni pun. Aku mengeluarkan buku lukisan dan membelek satu persatu lukisan aku, mungkin aku akan dapat inspirasi nak merangka lukisannya.
Kerusi di hadapan aku ditarik. Baekhyun mengeluarkan buku lukisannya dan menutup buku lukisan aku. Aku tersentak dengan perbuatannya yang memang biadab itu. Hello, awak kena hormat orang lain jugalah !
"Siapkan rangka dalam buku ni."
Aku memberikan pandangan tidak puas hati kepadanya. Kau ingat kau siapa, hah?
"Aku cucuk mata kau nanti."
Kenapa dengan dia ni? Penyibuk betul.
"Mesti kau tak baca surat tu sampai habis kan? Kita kena buat sama-sama lakaran tu."
Aku membuka semula kertas yang Hyorin berikan kepadaku. Yalah. Baekhyun dan aku, mangsa si mulut murai ni harus bekerjasama.
"Disebabkan kau rajin dan kau sendiri tak pernah dapat tandingi markah aku dalam kerja kursus Seni, jadi aku serahkan lakaran kepada kau, tapi urusan warna biar aku yang buat. Kalau kau buat, rosak dinding tu."
Masaklah aku.
"Dah dapat inspirasi, Yura?" Halmeoni membuka pintu bilik aku, di tangannya ada talam berisi buah-buahan dan secawan teh. Aku segera berdiri daripada posisi yoga aku yang halmeoni kata aneh itu.
"Belumlah, halmeoni."
"Tak apa, jangan paksa diri."
Aku sebenarnya hanya bercakap dengan kakak aku, Hanna dan halmeoni je di rumah. Di tempat selain daripada rumah, takkan kedengaran suara aku. Tetapi aku kadang-kadang terbiasa dengan penggunaan bahasa isyarat, dan aku selalu ditegur Hanna-unni kerana tidak mahu bercakap dengan orang lain.
Bagi aku, bercakap dengan orang yang tidak aku kenali itu suatu yang aku takuti.
Hanna-unni jarang ada di rumah, dia selalu bergerak ke seluruh dunia. Seorang model memang tak dinafikan kesibukannya bekerja. Hanna-unni selalu belikan halmeoni dan aku barangan dari luar negara. Hari ni aku rindukan Hanna-unni, rasanya. Halmeoni membuka buku lukisan Baekhyun dan ketawa seorang diri. Kenapa dengan halmeoni ni?
"Halme rasa Baekhyun ni mesti ada seseorang yang istimewa di matanya." Aku tersenyum mendengar kata-kata halmeoni.
"Dia budak popular di sekolah." Halmeoni ketawa lagi. Kenapa dengan halmeoni ni?
"Jadi..?"
"Dia jumpa ramai budak perempuan la, halme. Mesti ada yang sangkut dengan dia jugak."
"Bagaimana dengan kamu?"
Aku?
Tak mungkinlah Baekhyun nak sukakan aku, si budak bisu ni. Orang tak suka aku sebab mereka kena gunakan bahasa isyarat dengan aku, tak pun kena tulis atas kertas, apa yang hendak disampaikan. Aku menggeleng dengan kata-kata halme. Tak mungkinlah.
"Tak ada maknanya dia sukakan Yura, halme." Aku ketawa kecil dengan kata-kataku sendiri. Benar, tidak ada sebarang makna jika dia sukakan aku. Dunia dia akan tunggang-langgang kalau betul dia ada hati pada aku. Kenapa aku begitu yakin dia ada perasaan ni? Bukannya betul pun tekaan halmeoni tu.
"Baekhyun dan Yura bagai langit dan bumi, jauh terpisah, takkan dapat bersatu."
"Bukankah langit pelengkap bumi, dan bumi pelengkap langit?" Halmeoni kalau pasal sastera, memang daebak lah. Aku memandang ke luar tingkap. Bunga-bungaan halmeoni dah berkembang semuanya.
Mawar putih.
Apa logiknya aku lakar mawar putih ni? Takkanlah mural di sekolah nak lukis sesuatu yang penuh perasaan? Berat sangat ni. Walaupun pensel sudah tersemat dalam tangan, tetap aku tak berjaya melakar apa-apa benda pun. Halmeoni memerhatikan gerak-geri aku yang gelisah tak tentu pasal.
"Yura pergilah berjalan-jalan di luar. Manalah tahu Yura akan dapat inspirasi."
Aku memandang halmeoni. Aku ? Lee Yura nak bersiar-siar di luar ? Memang tidaklah.
"Yura bawalah Jjanggu berjalan-jalan." Jjanggu tu anjing je halmeoni ! Halmeoni mengangguk-angguk,
"Bawa je la, sekurang-kurangnya dia akan lindungi kamu jugak." Jjanggu ni memang bising, aku kurang suka dia berbanding anak-anak angkat Hanna-unni yang lain. Aku membuka pintu pagar dan menarik Jjanggu keluar daripada tempat berehatnya itu.
Halmeoni seolah-olah menghalau aku untuk mendapat inspirasi. Kolar leher Jjanggu diletakkan tali panjang supaya memudahkan aku menjaga Jjanggu. Halmeoni menyiapkan beg sandang aku dan memberikan aku topi. Topi pun bolehlah halmeoni, janji orang tak tegur aku. Aku tak kisah orang tak pedulikan aku.
"Woof, woof !!"
Jjanggu tiba-tiba menyalak dengan kuat pada seseorang. Aku tergamam dengan telatahnya, kenapa dengan Jjanggu ni? Sudahlah, Jjanggu, ini dah dikira mengganggu ketenteraman awam ni ! Lebih 80 db la, Jjanggu ! Jjanggu ni kenal ke dengan orang yang naik motor bajet 'cool' tu? Kenapa aku rasa macam pernah tengok je lelaki tu? Siapa dia?
"Jagiya!" Lelaki itu melambaikan tangannya ke arahku. Mungkin dia lambai orang di belakang aku, kenapa aku nak perasan pula...? Aku mengangkat Jjanggu dan meneruskan perjalanan ke padang rata. Lebih baik aku bawa Jjanggu ke sana dan biar dia bermain dengan kawan-kawan anjing dia yang lain.
"My wife, Lee Yura !" Okay, ini tak normal. Aku cepatkan langkah ke lorong yang aku rasa mungkin lebih dekat ke padang rata. Deruman motor semakin kuat kedengaran, rasanya bukan sebuah motor, bunyinya macam tiga buah motor. Sejak bila aku ada kenalan lelaki ni? Kenapa mesti menyibuk, nak menegur aku segala macam ni? Tuhan, selamatkan aku. Aku tak nak mati lagi, jangan biar mereka ganggu aku..
"Lee Yura!" Aku nyaris-nyaris menjerit apabila tangan aku digenggam kuat. Aku segera menutup mata, Jjanggu pula senyap, tidak menyalak macam tadi. Jjanggu, menyalaklah ! Aku takut ni !
"Kenapa tutup mata ni ?" Suara ni....macam aku kenal je. Aku membuka sebelah mata, jantung aku nyaris-nyaris nak tercabut. Baekhyun ! Gila ! Dia ke yang buat bising tadi? Aku merenung tajam ke dalam matanya. Biar betul. Dia panggil aku 'my wife' tadi? Habislah aku, macam mana aku nak hadapi sekolah esok ? Bukannya aku je yang hidup di kawasan ni, ramai lagi pelajar sekolah aku di sini. Dah la aku ni pelajar baru, awal-awal lagi dah ada kontroversi besar di sekolah. Dengan pelajar first-rank pulak tu.
"Nak pergi mana? Jom ikut aku." Baekhyun tersenyum. Senyuman. Inspirasi pertama.
Tangan aku ligat membuat isyarat, 'balik rumah'.
"Rumah kau bukan di sebelah sana ke? Kau nak ke mana ni?" Alamak. Jujur je la dengan dia ni.
'padang rata.'
"Jom, aku tumpangkan." Aku menggeleng pantas. Gila. Buat apa aku nak tergedik-gedik bonceng motor dia..? Tak nak la, lebih baik aku berjalan je.
'tak nak, kurang inspirasi.' Baekhyun ketawa terbahak-bahak.
"Oh, tak dapat idea lagi la ni. Kau ni lambatlah nak siapkan tugasan, memang patutlah kau tak dapat markah tertinggi macam aku." Amboi, berlagaknya.
Memang dia ni kaki bajet hebat ke?
"Jomlah, Yura. Biar kami hantarkan kau." Hah, lupa pula dengan clique Baekhyun yang sedia saja mengekorinya ke mana saja. Aku menggeleng lagi. Tak kuasa aku. Aku mengipas-gipas tangan aku, kenapa nak menyibuk ? Pergilah meronda dengan kenderaan pencemar alam sekitar kau tu. Chanyeol membawa Junmyeon di belakangnya, Luhan dan Kyungsoo satu pasang, dan cuma Baekhyun je bawa motor seorang diri.
'cari orang lain' Baekhyun mengeluh kecil.
"Hah?" Chanyeol bersuara. "Kau ni ada mulut kan? Gunakanlah. Aku tak faham bahasa isyarat." Tak payah faham la. Tak perlu fahami aku, Chanyeol. Aku menarik Jjanggu dan meneruskan langkah ke hadapan.
"Yura !" Aku mengangkat tangan. Pergilah, Baekhyun. Nanti aku siapkan rangka lukisan. Kau ingat aku ni anak patung ke macam perempuan lain yang kau suka tu? Sampai masanya kau buang ke tepi. Susahlah aku nak anggap kau ni baik, Baekhyun. Walau sekalipun.
Chanyeol dan Luhan memecut ke hadapan. Kan, tak payah nak tunggu aku. Bukan ke ada seorang lagi ke? Aku beralih ke belakang. Baekhyun berpeluk tubuh dan masih menunggu di motornya. Kau memang degil, Baekhyun. Kau pergilah ikut kawan-kawan kau tu.
Tak.
Jangan, Yura.
Jangan rasa bersalah kerana buat Baekhyun menunggu di situ. Dia yang cari pasal sendiri. Jangan mengalah, Yura.
Jjanggu enggan mengorak langkah dan berpatah balik ke belakang. Jjanggu ? Deraman anjing yang paling menyeramkan bagi aku kedengaran dari rumah di sebelah kanan aku. Anjing yang besar seperti serigala kelihatan sudah bersedia untuk meloloskan diri daripada tambatannya. Alamak. Aku bergerak ke belakang setapak demi setapak dan anjing tersebut pun berusaha dengan galaknya untuk melepaskan diri.
"Nak berjalan lagi ke, Yura?"
"Kawan-kawan aku tinggal di empat penjuru rumah kau. Hebat. Kenapa aku tak pernah nampak kau pun selama ni?" Aku membaling bola biru Jjanggu ke kanan. Kenapa dengan mereka tu? Tak pernah jumpa anjing ke selama ni? Seronok sangat membuli Jjanggu. Pandangan kosong aku berikan kepada Baekhyun. Dia ni penyibuk betul.
'aku tak suka keluar rumah.'
"Kenapa?"
'cuma tak suka.'
"Tu je alasan kau? Tak konkrit pun." Biarkan. Konkrit ke tidak, kau peduli apa?
"Kau pernah bercinta tak, Yura?" Hampir tersedak aku mendengar soalan Baekhyun.
'soalan apa itu?'
"Mesti tak pernah, kan?"
'kau peduli apa?'
"Kau.... nak jadi girlfriend aku tak?"
'gila.' Aku bersiul kuat memanggil Jjanggu. Jjanggu menggonggong bola birunya dan berlari ke arah aku. Kalau aku duduk dengan Baekhyun ni, boleh dapat sakit jantung. Banyak sangat kata-katanya yang memang tak masuk akal.
"Kau boleh fikir makanan lagi?" Habis tu, takkan aku nak ikat perut sampai aku dapat idea? Baekhyun menutup bekal makanan aku dan membawa ia bersama-samanya. Baekhyun ! Aku mengejar Baekhyun yang berjalan pantas ke bengkel seni. Dia ni kenapa hah? Tak pernah nak biar aku senang.
Aku menolak pintu bengkel. Mereka berlima duduk di meja yang menghadap kelas aku. Semuanya bawa bekal masing-masing? Aneh. Selalunya pelajar perempuan yang suka makan makanan bekal. Tengok, nasi mereka pun ada kacang pis yang membentuk hati. Cuma Baekhyun tidak ada bekal makanan. Dia hanya memandang aku kosong.
"Duduklah. Kami selalu nampak kau makan seorang diri dalam kelas." Korang menghendap aku ke?
'Baekhyun.'
"Aku tak lapar." Dia memandang lepas ke tingkap namun perutnya berbunyi jua. Tak lapar konon.
'ambillah bekal aku ni.'
"Kau makanlah."
'aku dah kenyang.'
"Baekhyun, kalau kau tak nak, biar kami yang makan." Bekal aku ditarik daripada tangan Kyungsoo.
"Aku punya."
"Hei, Yura. Kau siapkanlah satu bekal makanan untuk Baekhyun. Taklah kau kena kongsi makanan dengan dia." Baekhyun tersedak dengan kata-kata Chanyeol. Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Sedap." Kau perli aku ke Baekhyun? Tak sedap pun masakan aku, halmeoni tak sihat hari ni. Jadi makanan aku tak sesedap hari yang lain.
"Kau bawakan lagi esok?"
"Yura!" Pintu bengkel ditendang kasar oleh sekumpulan pelajar perempuan yang memang ditakuti di sekolah. Aku menelan air liur. Takkanlah aku mangsa mereka sekarang?
Setiap seorang daripada mereka memegang berus lukisan aku, palet, cawan plastik yang berisi air kotor, cat minyak berwarna merah. Ketua mereka dan seorang lagi tersenyum sinis melihat aku.
'nak apa?'
"Bisu rupanya kau ni. Macam mana Baekhyun boleh sukakan kau?"
'apa yang kau merepek ni?'
"Hey, bisu. Aku tak faham bahasa isyarat. Kau memang dah tak reti nak bercakap ke, Hanbyul Lee Yura?" Aku memandang tepat ke arah pelajar yang bernama Daeun itu. Tangan aku terketar-ketar mendengar dia bercakap. Memang kerana mulut, badan binasa.
"Kenapa kau berpura-pura bisu, Lee Yura? Kau bekas penyanyi band Hanbyul kan? Berani kau raih simpati Baekhyun dengan cara keji macam ni..!"
"Kau patut diajar. Baekhyun tak bersalah dalam hal ini. Yura, kau memang macam ular!" Aku menendang pelajar yang mencurahkan cat minyak ke atas rambut aku. Habislah, apa yang aku patut buat dengan rambut aku nanti..?
"Kurang ajar dia ni ! Pegang dia, Bitna!" Tangan aku dikilas ke belakang, mereka menconteng wajah aku dengan warna yang ada di atas palet aku. Habislah baju aku, nasib baik aku terlintas nak pakai t-shirt je tadi.
"Biar aku tolong kau cuci rambut kau, taklah teruk sangat kau nak repair rambut kau tu." Air kotor dicurahkan ke atas aku.
"Wah, barulah cantik arca seni ni. Merah ada, kuning ada, biru pun ada jugak." Mereka menepuk tangan.
"Yura sayang, kalau kau tak nak hadapi masalah, kau jauhkan diri kau daripada Baekhyun ya?"
Pintu dikuak. "Kalau aku tak nak berenggang dengan dia, apa yang korang nak buat?" Baekhyun tersenyum manis di hadapan bengkel. Aku mengalihkan pandangan ke tingkap di sebelah kanan aku. Gila. Kenapa kau menangis, Yura? Belum tentu dia akan bela aku.
"Baekhyun, aku dapat full shot dari awal lagi. Movie terbaik tahun ni!" Luhan berjalan keluar dari pintu stor bengkel seni di sebelah kanan dengan kameranya. Mesti dia rakam dari tingkap atas stor tu. Kelima-lima pelajar perempuan itu kelihatan pucat dan hampir menangis.
"Aku kesal dengan sikap korang yang melepaskan geram terhadap seorang pelajar lemah." Chanyeol pula keluar daripada stor bengkel seni. Apa yang mereka buat di dalam stor itu? Kyungsoo dan Junmyeon keluar daripada pintu stor yang di sebelah kiri. Aku mengemaskan palet dan berus aku yang mereka campak ke tepi tadi.
"Tapi, orang jahat yang sebenar ialah Yura! Dia dah tipu kita semua, kononnya dia bisu !"
"Aku tahu dia tak bisu. Kami semua tahu dia tidak bisu." Aku memandang Baekhyun, dia memang tahu atau dia nak bela aku?
"Baekhyun, kau jangan bela dia. Kami ada sebagai penyokong kau."
"Aku tahu dia tak bisu. Dia tak pernah bisu dengan aku. Yura, apa yang patut kita buat dengan mereka ni?"
Chanyeol, Junmyeon, Kyungsoo dan Luhan seolah-olah menunggu keputusan bola sepak Manchester United versus Chelsea, mereka memandang aku dengan perasaan teruja. Peristiwa itu sedang berulang.
'Lepaskan mereka.'
"Ahhhhh. Kau ni Yura, lembut hati sangat ! Kau patut minta mereka buat macam-macam." Junmyeon mengeluh.
"Setiap orang layak mendapat peluang kedua. Kesilapan lepas patut dijadikan pengajaran kerana ia kekal. Itu yang diajar dalam seni. As expected, Lee Yura." Baekhyun menghadiahkan senyuman yang paling aneh kepada aku.
"Tapi, aku takkan lepaskan mereka berlima." Kyungsoo berdiri di pintu hadapan bengkel. Aku menggeleng.
'jangan. biarkan mereka.'
"Ini kes kelapan. Mereka ni geng buli yang selama ini biro disiplin cuba kenal pasti. Akhirnya, dapat juga di tangan aku..!" Macam mana aku boleh lupa..? Geng Baekhyun ni biro disiplin, pengerusinya Junmyeon, naib pengerusinya Baekhyun.
"Kau bangkanglah macam mana pun, Yura. Mereka tetap akan dihukum." Chanyeol menegur aku. Dia ni pun biro disiplin jugak?
"Kau ni Yura, berlengah lagi. Kau ingat cat minyak senang dihilangkan ke?" Baekhyun memarahi aku. Eh, dia ni. Aku tahu la !
Cikgu Kim menyerahkan surat kepada aku. Takkanlah aku dapat teguran? Baru empat bulan aku di sini.
"Berikan kepada Baekhyun." Kenapa aku yang jadi posmen pula ni?
Aku berjalan ke arah bengkel seni, mesti sekarang dia tengah buat date dengan salah seorang pelajar kelas seni, sebab tu tak kuat sangat suara dia. Kalau tidak, macam nak pecah bengkel tu. Aku menolak lembut pintu bengkel dan melangkah masuk. Oh, tak ada pun budak perempuan. Kenapa cuma mereka berlima..? Baekhyun menyengetkan badannya untuk melihat aku. Tangan aku menghulurkan surat daripada cikgu kepadanya.
"Eh, Yura nak confess la!" Junmyeon, kau jangan cari pasal dengan aku ya. Aku berjalan keluar daripada bengkel.
"Kenapa, Baekhyun?"
"Penyibuklah kau ni Chanyeol !" Akhirnya ada juga orang yang faham perasaan aku. Chanyeol memang..
"Yura, kau pun penyibuk juga. Tak berjalan pergi lagi?" Baekhyun ni datang bulan ke?
Minggu kedua dah. Aku masih tak dapat nak siapkan lakaran untuk dinding itu. Kenapa idea tak menjengah langsung ni? Mati kutu aku dibuatnya. Aku sentiasa bawa buku lukisan aku bersama, buku Baekhyun dah aku pulangkan. Mengamuk dia masa aku minta Hyerin letakkan buku di bawah mejanya. Aku tak pernah tengok apa yang ada dalam buku lukisan itu. Entah kenapa. Pelajar lain memang suka kalau mereka dapat tengok apa yang Baekhyun lukis dalam bukunya. Tapi aku tidak.
Sekarang aku tergedik-gedik nak tengok.
Kenapa dengan kau ni, Lee Yura?
"Kau dengar tak tadi? Cikgu Kim kata Baekhyun-oppa akan pindah." Aku menghentikan langkah di koridor, perbualan dua orang pelajar menjadi tumpuan aku.
"Ruginya ! Aku tak pernah puas tengok dia..!"
Baekhyun nak pindah? Air suam menitik ke atas tangan aku. Yura, kenapa kau menangis ni? Takkanlah kau dengar Baekhyun nak pindah pun, kau dah menangis..? Tak boleh berhenti pula tu. Mesti muka aku buruk ni. Aku cepatkan langkah ke atas bumbung sekolah, buku lukisan aku dibawa bersama. Inspirasi akan datang rasanya.
Ligat tangan aku melukis. Mawar putih, berguguran dari udara. Senyuman ikhlas, seorang lelaki yang berdiri. Aku tersedu-sedu melukis, tak pernah aku buat macam ni lagi. Pensel diletakkan di tepi setelah aku siapkan lakaran. Lelaki itu Baekhyun yang aku tak pernah jangka akan menjadi inspirasi aku. Mawar putih, kesucian. Baekhyun putih bersih..? Hatinya.
Aku menangis lagi.
Aku dah sukakan dia, apa yang aku perlu buat?
Pintu kelas 2-6 aku buka. Eh, Baekhyun belum balik? Dia duduk termenung di mejanya dan tersentak melihat aku. Aku menyerahkan buku lukisan aku kepadanya dan duduk di meja sebelah.
"Kenapa kau pindah ke sekolah ni, Yura?"
'entah.'
"Sampai bila kau nak lari daripada kenyataan?"
'aku tak faham.'
"Kau tak nak bercakap juga akhirnya. Nampaknya aku gagal dalam misi aku nak mendengar suara kau."
Mendengar suara aku? Apa yang dia harapkan daripada aku sebenarnya? Aku tidak faham maksud tersirat kata-katanya.
"Bukan salah kau, Yura. Band Hanbyul berpecah bukan kerana kau dan Jingoo mati bukan kerana kau."
'apa yang kau merepek ni?'
"Jingoo meninggal kerana dia terjatuh dari motor semasa perlumbaan."
'kalau aku tidak menjerit masa tu..'
"Kalau kau tak menjerit masa tu, dia takkan sedar motornya sudah disabotaj."
Selama ni aku rasa aku penyebab kematian pemain dram Hanbyul, Jingoo. Kalaulah aku tidak menyokong Jingoo dalam perlumbaan itu.. Rakan-rakan band aku semuanya melayan aku sama seperti pembuli yang lain padahal dulu mereka juga yang ketawa bersama-sama dengan aku. Hanna-unni yang uruskan pemindahan aku dan menyuruh aku belajar bahasa isyarat kerana aku tidak mahu bercakap dengan orang lain. Baekhyun tahu segala-galanya tentang aku. Kenapa aku tak pernah sedar kewujudan dia selama ni..?
Betulkah dia kenal aku?
"Aku akan tinggalkan kau, Yura. Lepas ni aku tak dapat nak lindungi kau lagi." Dada aku rasa berat tiba-tiba. Aku tak patut menangis, aku tahu dia takkan berpatah balik lagi untuk aku. Air mata aku terus menitis. Yura, jangan menangis depan dia.
"Buruklah muka kau bila kau menangis. Falsafah memang tak boleh pakai. Kononnya perempuan cantik kalau mereka menangis." Baekhyun memang tak pernah berhenti menyakitkan hati aku.
"Aku harap kau kenal aku."
'ya, aku kenal kau. Baekhyun.'
"Aku ingat kau sebab kata-kata kau dulu mengubah aku."
'kata-kata?'
"Kau kena berubah, jangan biar orang buli kau kerana kelemahan kau. Dunia memang kejam tapi manusia lebih kejam. "
Bukan ke ini kata-kata aku kepada seorang budak gemuk masa sekolah rendah dulu? Aku tegur dia sebab dia asyik menangis dalam kelas. Masa tu dia tak nak sertai aku dalam kerja berkumpulan dan terus termenung. Memang aku terpaksa pujuk dia, kalau tidak...! Baekhyun ni budak gemuk tu ke? Aku memang tak kenal dia kalau dia tak beritahu aku.
"Jangan pergi." Kenapa aku bersuara juga? Kerana dia.
"Sayangnya, kau dah bercakap saat aku nak tinggalkan kau. Maaf, aku tak boleh." Air mata aku terus merembes keluar apabila Baekhyun melangkah pergi.
Bertahanlah, Lee Yura !
Ya, itu aku yang berusaha melukis Jjanggu. Baekhyun tinggalkan kenangannya kepada aku. Baekhyun, kau suka memang menyeksa aku.
"Baiklah, seperti mana yang kamu lihat, rakan-rakan kelas kamu dah berubah." Ya, kawan-kawan Baekhyun dah melekat dalam kelas ni. Tapi Baekhyun...
"Eh, mana lagi seorang?" Ada juga yang lambat ke kelas hari ni.
"Dah datang pun. Cepat sikit. Yura, sebelah kamu tu kosong, kan? Biar dia duduk di sebelah kamu." Aku mengangguk tanpa melihat pelajar yang lambat itu. Kenapa aku rasa posisinya aneh? Seperti dia memandang aku sambil memanggung kepalanya. Aku hampir-hampir terjatuh dari kerusi apabila melihat pelajar ini.
Baekhyun.
Kenapa dia ada di sini?
"Tengok reaksi kau. Mesti kau tak dengar aku baca surat Cikgu Kim sampai habis." Kau yang suruh aku pergi, sekarang kau kata aku pula. Yura, kau jangan buat drama di sini !
"Aku dapat pindah kelas dengan kawan-kawan aku la. Dah lama kami berusaha untuk masuk ke kelas kau ni. Lukisan tu memang cantik, pandai kau lukis aku, Yura. Nampak sangat kau pun sukakan aku juga."
"Baekhyun, kau memang kejam ! Aku benci kau...!"
"Yura?" Semua memandang aku.
Ooppss.

***

"Yura, kau dah siapkan lakaran ke?" Waktu rehat aku cuma makan dalam kelas dan Baekhyun ni mesti nak suruh aku bekerja waktu ni. Aku menggeleng perlahan."Kau boleh fikir makanan lagi?" Habis tu, takkan aku nak ikat perut sampai aku dapat idea? Baekhyun menutup bekal makanan aku dan membawa ia bersama-samanya. Baekhyun ! Aku mengejar Baekhyun yang berjalan pantas ke bengkel seni. Dia ni kenapa hah? Tak pernah nak biar aku senang.

Lukisan pada dinding koridor seni dah siap. Lukisan aku mendapat pujian semua tetapi ia tidak bermakna. Baekhyun sudah tiada. Pewarna lukisan itu sudah jauh. Baekhyun melukis aku di dinding itu dan melengkapkan lukisan aku, seorang lelaki yang tersenyum melihat seorang perempuan yang sibuk melukis anjingnya.Ya, itu aku yang berusaha melukis Jjanggu. Baekhyun tinggalkan kenangannya kepada aku. Baekhyun, kau suka memang menyeksa aku.
"Baiklah, seperti mana yang kamu lihat, rakan-rakan kelas kamu dah berubah." Ya, kawan-kawan Baekhyun dah melekat dalam kelas ni. Tapi Baekhyun...
"Eh, mana lagi seorang?" Ada juga yang lambat ke kelas hari ni.
"Dah datang pun. Cepat sikit. Yura, sebelah kamu tu kosong, kan? Biar dia duduk di sebelah kamu." Aku mengangguk tanpa melihat pelajar yang lambat itu. Kenapa aku rasa posisinya aneh? Seperti dia memandang aku sambil memanggung kepalanya. Aku hampir-hampir terjatuh dari kerusi apabila melihat pelajar ini.
Baekhyun.
Kenapa dia ada di sini?
"Tengok reaksi kau. Mesti kau tak dengar aku baca surat Cikgu Kim sampai habis." Kau yang suruh aku pergi, sekarang kau kata aku pula. Yura, kau jangan buat drama di sini !
"Aku dapat pindah kelas dengan kawan-kawan aku la. Dah lama kami berusaha untuk masuk ke kelas kau ni. Lukisan tu memang cantik, pandai kau lukis aku, Yura. Nampak sangat kau pun sukakan aku juga."
"Baekhyun, kau memang kejam ! Aku benci kau...!"
"Yura?" Semua memandang aku.
Ooppss.
THE END.
#do comment !Labels: [One Shot]