.
Fiction List | Author's Blog
Forgotten Sunflower : Sembilan Belas
Tuesday, February 4, 2014 | 11:56 PM | 0comments


Eunji POV.

Hari ni hari yang kelapan. Dah lebih dari tempoh, tetapi Chanyeol masih tak datang ke sekolah. Takkanlah bila aku suruh jangan ganggu aku, terus dia tak hadir ke sekolah. Sejak kejadian hari tu, loker aku penuh dengan surat ugutan. Yang perlu buat keputusan tu aku, bukan korang semua la. Aku tak yakin mengenai perasaan aku. Seminggu, genap seminggu aku tak boleh tidur. Setiap hari jantung aku berdebar-debar bila aku pandang pintu pagar rumah Chanyeol. 

Gila. Takkan la aku sukakan dia ?

Hari ni juga Luhan-oppa hendak pulang ke Beijing, jadi kami semua termasuk Baekhyun akan ke lapangan terbang. Halmeoni dah tolong bekalkan makanan untuk mak cik aku, yelah, dah lama Luhan-oppa tak balik kampung. Minseok pun nak tumpang Luhan-oppa ke Beijing.

"Halmeoni tak ikut?" Aku menyiku Baekhyun.

"Tak. Kyungsoo pun tak ikut jugak." Baekhyun laju mengira barang Luhan-oppa.

"Hanya Eunji, Kai, Suho, Sehun dan Baekhyun je la yang pergi?" Luhan-oppa bersuara dari arah tangga.

"Kau nak bawa satu bas ke hantar kau ke airport tu?" Suho mengejek.

"Kalau ada orang ikut." Luhan-oppa tersengih.

"Kris." Skuter Kris meluncur laju di hadapan rumah kami, Baekhyun berdiri tegak mendengar Sehun menyebut nama jiran kehormatnya itu.

"Lajunya Kris, nak ke mana tu?" Kai terus memenuhkan makanan si Choco, anjing keluarga kami. Kai memang sayangkan anjing. Jjanggu, Monggu dan Jjang-ah bermain-main sesama mereka sambil diperhatikan oleh Kai. 

"Kau tak tanya Kris ke kenapa Chanyeol tak pergi sekolah?" Baekhyun bertanya kepada aku.

"Kau tak tahu cerita sensasi ni." Sehun menjeling aku.

"Sehun, kau jangan jadi wartawan tabloid kat sini." Aku mengugut. Nanti mulalah dia nak tambah drama.

"Apa ceritanya ni?"

"Chanyeol confessed to her." Mata Baekhyun membulat.

"What?"

"Dan adik kembar kau ni minta Chanyeol jangan ganggu dia selama seminggu. Tapi hari ni dah hari kelapan. Dah lebih la kiranya." Sehun membuat konklusinya sendiri.

"Kejamnya."

"Tengok! Kembar kau pun kata kau kejam." Kai ketawa.

"Lantak aku la. Dah, jom kita pergi." Pemandu Baekhyun membuka boot kereta MPVnya. Aku dan Kai terus duduk di belakang, Sehun dan Luhan-oppa mengikuti jejak kami tetapi hanya Sehun yang boleh duduk dengan kami. Baekhyun dan Suho-oppa duduk di hadapan kami bersama-sama Luhan-oppa. Halmeoni dan Kyungsoo melambai. Tetiba aku rasa sedih sebab dua minggu Luhan-oppa takde. Siapa nak suruh aku temankan dia untuk latihan bola sepak dalam dua minggu ni?

Kedai tteobukki makcik cherry blossom tutup hari ni. Chanyeol selalu ajak aku makan di situ, tapi aku jarang setuju. Yelah, aku yang kena keluarkan duit. Buat habis duit je, aku bukannya banyak duit pun. Makcik gula-gula kapas pun tak buka kedai hari ni.

"Gula-gula kapas."

"Kenapa dengan gula-gula kapas?"

"Takde apa-apa." Terlepas cakap la pulak, hei mulut, kenapa celupar sangat ni? 

Baekhyun memerli aku, "Kalau dah suka, terima aje la. Tak payah berteka-teki la, dah dia aje dalam kepala kau." Dalam sungguh maknanya, aku hanya mampu tersenyum.

Chanyeol POV.

Seminggu. Dalam tempoh seminggu ini, aku terpaksa tidak hadir ke sekolah untuk menguruskan beberapa hal ehwal keluarga di Guangzhou. Baru semalam aku dapat merehatkan diri di rumah sendiri, maksud aku, di rumah asal aku. Kris masih menunggu Baekhyun membalas mesejnya, dan senyuman spontan diukir apabila skrin telefonnya menunjukkan simbol mesej.

"Kau yakin ke rancangan kita berjaya?" Kris mengangguk laju. Entah apa yang Baekhyun mimpikan, dia menawarkan diri untuk tolong aku.

"Kakak kau mana?" Aku menuding jari ke hadapan.

"Ingat, lakonan kau kena mantap. Kau dah ceritakan rancangan kita kepada kakak kau?" Aku mengangguk.

Dari jauh Baekhyun dan sepupu-sepapatnya masuk ke dalam lapangan terbang. Eunji ! Dah lama aku tak tengok dia, aku rindu dengan leteran dia. Baekhyun memberi isyarat kepada Luhan dan Sehun ke tandas, Kai dan Suho ke bahagian atas. Baekhyun menyuruh Eunji beratur untuk membeli waffle. Nunna membawa aku ke hadapan kedai buku di sebelah kedai waffle. Sementara nunna membeli majalah, aku mengheret beg ke rak surat khabar. Nunna memerhati Eunji yang sudah mendapatkan wafflenya dan akan melalui kedai ini. Dari sini kami boleh memerhatikan gerak geri Eunji yang kembali ke kerusi.

"Dah siap. Jom." Nunna mengajak aku berjalan ke hadapan mereka. Yoora-nunna tahu cara untuk memprovokasi Eunji.

"Ch-chanyeol?" Ya, suara itu.

"Hai Eunji." Aku memberikan senyuman nipis.

"Kau, kau nak ke mana?" Sengaja aku memegang pasport nunna agar lakonan tak seberapa ini berjaya.

"Ke mana-mana aje."

"Kau..cabaran..aku.. Apa?" Eunji menelan air liurnya.

"Aku penat menunggu dan aku tahu kau tak nak balas perasaan aku. Lebih baik aku undur diri je." Eunji tersentak dan memalingkan wajahnya ke sebelah kiri.

"Kau nak give up macam tu je?" Suara Eunji bergetar.

"Aku dah lama menunggu dan aku dah tak sanggup."

Air mata Eunji mengalir. "Kau tak beri aku ruang.. Pergilah. Kalau macam ni, sampai bila pun kau tak tahu jawapan aku." Eunji, kenapa kau perlu menangis? Aku rasa tak sedap hati sekarang.

"Eunji..aku.."

"Kau pergilah. Tinggalkan aku. Sampai bila pun kau takkan tahu aku pun sukakan kau jugak!" Laju langkah Eunji berjalan dan akhirnya dia berlari ke tandas. Baekhyun ketawa kecil melihat aku yang tercengang, Kris menepuk dahinya dan nunna pula menggeleng laju. Yang lain ketawa terbahak-bahak.

"Aku dah tunjuk jalan. Lainnya kerja kau." Baekhyun menepuk bahu aku.

Jadi aku ke yang kena pujuk dia? Eunji ni cepat tersentuh juga rupanya. Sungguh aku tak sangka. Nunna membawa beg ke pemeriksaan kastam. Aku melambai-lambai mereka sebelum Eunji keluar dari tandas. 

"Eh, buruknya muka aku ! Kenapalah kau boleh menangis kerana mamat tiang letrik tu ?" Eunji menepuk-nepuk pipinya dan tergamam apabila mendapati aku bersandar di dinding bersebelahan tandas.

"Mamat tiang letrik?" Aku mencekak pinggang di hadapan Eunji.

"Chanyeol, kau kata..."

"Aku batalkan penerbangan aku sebab aku terdengar kata-kata keramat. Jadi aku bertambah semangat nak hidup." Muka Eunji berona merah dan langkahnya semakin pantas.

"Chanyeol.."

"Jangan seksa perasaan aku lagi, ya Eunji?" Aku memegang tangan Eunji.

"Kau ni.." Matanya memandang tangan aku.

"Be my girl?" Genggaman aku dikemaskan, Eunji mengangguk lambat-lambat dan mengalihkan pandangan ke sebelah kirinya. Pipinya merah, aku tahu Eunji menahan malu. Sejak bila Eunji ni ada perasaan malu ? Kami berdua berjalan ke tempat menunggu.

Eunji merentap tangannya. Ala, nak cover malu dengan sepupu ke Eunji ? Tapi aku tetap nak pegang tangan Eunji. Sehun dan Kai sudah mengusik Eunji dan baby gorilla itu akan mengamuk sebentar saja lagi. Tunggu aje la..

"Panggilan terakhir, Guangzhou, kapal terbang CH 430 D." Eunji memandang ke skrin pengumuman dan melepaskan tangan aku. Wajahnya berubah riak, mulutnya terlopong. "Apa maknanya ni?" Aku menelan air liur yang tiba-tiba menjadi banyak.

Wajah Baekhyun, Sehun, Kai, Suho, dan Luhan berubah menjadi pucat. "Mana ada penerbangan ke Beijing sekarang!"

"Kejap lagi kot." Aku ketawa teragak-agak.

"Tak. Beijing jam 12 tengah malam nanti. Sekarang baru pukul 7 malam. Buat apa datang awal ni?" Suara Eunji sudah meninggi.

"Datang awal kan bagus." Eunji berjalan ke arah Luhan dan Minseok. Jangan la kantoi sekarang jugak!

"Mana pasport dan tiket?" Minseok dan Luhan saling bertukar pandangan.

"Tak ada kan?"

Bagasi mereka dibuka oleh Eunji. "Wow. Buku. Nak berniaga buku ke ni?" Sehun memeluk lengan Luhan. Eunji mengangkat buku-buku tersebut dan memandang kami semua.

"Siapa punya idea?" Semua menuding jari ke arah aku dan Baekhyun. "Eeei." Eunji mengacah kami berdua dengan buku di tangannya.

"Aku punya idea. Yang lain pelakon drama terbaik." Baekhyun tersengih.

"Korang kenakan aku...?"

"Salah kau la. Lambat sangat kau nak luahkan perasaan kau kat Chanyeol, kami cuma tolong kau je." Kai akhirnya bersuara. Wajah Eunji tidak setegang tadi apabila Kai sudah memainkan peranan.

"Biar la. Ini urusan aku dan dia."

"Yelah tu. Kau dah rosakkan pokok bunga halmeoni. Tiap-tiap hari kau cabut kelopak bunga." Sehun memberontak.

"Dah tu, tidur pun mengigau. Mimpikan Chanyeol la tu, sampai menangis sebut nama dia." Kai ketawa kecil.

"Eunji?" Aku sengaja memandang ke arahnya.

"Ma-mana ada! Kau ni Kai..! Pandai-pandai je bawa cerita...! Eeei!"

"Hey, kau tengah tidur. Mana kau sedar kau buat apa." Kata-kata Kai menyebabkan Eunji berasa malu, buku di tangan dibuka untuk menutup mukanya.

"Eunji nak balik." Nadanya serius. Aku menarik buku yang dipegang, wajahnya seperti sedang menahan kemarahan.

"Kau punya pasal la ni...!" Satu tumbukan hinggap di perut aku. Macam mana la aku boleh suka pada perempuan ganas macam dia ni?

"Eunji, tunggu kami !"

Bersambung xD

Labels: