[One-shot] Black Pearl (Part One)
Friday, February 28, 2014 | 11:30 PM | 0comments
I'm yours, Black Pearl.
“Ke tepi sikit ! Beri laluan hoi !”
Minhee menarik aku ke arahnya dan tersenyum. Aku hanya mengangkat bahu kerana aku tidak tahu apa yang akan berlaku sekiranya aku masih berdiri di tengah koridor. Majoriti pelajar perempuan sedang mengeluarkan telefon dan kamera yang pelbagai jenis. Minhee hanya tersenyum memandang aku yang terpinga-pinga dengan keadaan yang sedang berlaku.
“OPPAAAAAAAAAAADEUL!”
Aku bergerak merapati loker Minhee kerana semua orang seolah-olah dirasuk dan berlari ke hujung koridor. Minhee memegang tangan aku dan mengajak aku ke pejabat. Ya, aku Do Eunhee dan aku baru berpindah ke Daehan High School. Bang Minhee ialah sepupu aku yang tua setahun dari aku dan pelajar tahun tiga di sekolah ini. Minhee membawa aku berjumpa dengan pengetua sekolah, Kim Jeonghee.
“Puan Kim, ini Do Eunhee.” Minhee memperkenalkan aku kepada pengetua sekolah dan membantu aku mendapatkan jadual serta senarai buku baru di koperasi.
“Selamat datang ke Daehan High School. Saya harap awak boleh selesakan diri di sekolah ni, Eunhee.” Aku mengangguk dan menghadiahkan senyuman. Setelah urusan aku selesai, Minhee menunjukkan aku jalan dan kawasan sekolah.
“Minhee-unni.”
“Eunhee. Kita sebaya kan? Tak payahlah guna unni dengan aku.”
“Hakikatnya kau tahun tiga dan aku tahun dua di sekolah. Unni….!”
“Eunhee, tak payah buat macam tu. Tak comel aku tengok.” Ketawa aku meledak dan terus berhenti apabila Minhee menunjukkan kelas aku.
“2-C. You have to score your mock test to reach the first class or 2-A, Do Eunhee. See you later, cousin.” Aku mengangguk dan mengetuk pintu kelas, tangan aku menarik pintu kelas. Eunhee, you can do it !
“Ya. Kamu mesti pelajar baru, kan? Mari masuk.” Guru lelaki yang di hadapan aku, Encik Kim Jonghyun tersenyum manis. Ada rupa tapi bukan citarasa aku.
“Baiklah pelajar semua. Ini Do Eunhee. Dia baru berpindah ke sini. Eunhee, perkenalkan diri kamu.”
“Apa khabar semua ? Saya Do Eunhee, harap semua boleh beri kerjasama kepada saya.” Ada yang memberi respons positif dan ada juga yang memberi respons negatif setelah aku selesai berkata-kata.
“Hmm. Eunhee, nampaknya cuma ada satu tempat untuk kamu. Sayangnya awak kena duduk di kawasan belakang. Di hadapan Kim Jongin.” Aku mengangguk tanda faham. Janji aku ada tempat untuk belajar. Aku terus ke belakang dan duduk di tempat aku. Meja dan kerusi aku kelihatan bersih, seolah-olah tidak pernah digunakan oleh sesiapapun.
Di kiri aku ialah tingkap yang menampakkan padang sekolah dan kawasan hijau sekolah yang lain atau Taman Botani Daehan. Hadapan aku, pelajar yang cantik dan baik hati, namanya Bae Suji dan di sebelah kanan aku, Han Sora. Aku berusaha tidak berpaling ke belakang apabila Sora dan Suji berpesan kepada aku supaya tidak menghiraukan Kim Jongin dan Oh Sehun.
Kim Jongin yang duduk di belakang aku dan Oh Sehun yang duduk di sebelahnya. Kim Jongin yang menendang kerusi aku untuk meminjam pen dan kertas kerana dia tidak membawa buku.
Ignore them, Do Eunhee.
Loceng berbunyi tanda waktu pertukaran subjek dan juga waktu rehat untuk beberapa kelas termasuklah kelas aku. Suji dan Sora membawa aku ke kantin dan menunjukkan beberapa kawasan larangan yang dinasihatkan supaya dijauhi dengan serta-merta.
“Suji.”
“Ya.”
“Pagi tadi, semasa di koridor, aku terdengar ramai pelajar perempuan terjerit-jerit.”
“Oh. Maksud kau, semua orang ke tepi dan ada yang berlari-lari?” Sora bertanya dan aku mengangguk laju sebagai jawapan.
“Hmm. Budak MISFITS ataupun pelajar popular sekolah datang la tu. Ada dua belas orang tapi enam dah graduate jadi hanya ada lagi enam orang. Memang mereka tu popular macam artis.”
“Dua orang dalam kelas kita.” Suji menunjukkan dua jarinya.
“Dua ?” Sora mengangguk dan tersenyum.
“Kim Jongin dan Oh Sehun. Dua ahli MISFITS yang paling muda. Lagi empat, Kim Suho, Do Kyungsoo, Byun Baekhyun dengan Park Chanyeol pelajar tahun tiga. 3-A.” Suji memberi penerangan satu persatu.
“MISFITS ni tulang belakang sekolah. Jongin dan Sehun pemain bola sepak sekolah, sejak Jongin dan Sehun ni masuk pasukan bola sepak, sekolah kita tak pernah kalah tau. Chanyeol pengerusi Kelab Muzik sekolah, Baekhyun pengerusi Kelab Hapkido. Kelab ni la yang selalu harumkan nama sekolah. Suho ketua pelajar dan Kyungsoo penolong ketua pelajar. Kalau takde MISFITS, aktiviti sekolah jarang berjalan.”
Pintu kantin ditolak dan dua orang berjalan masuk. Seorang pelajar perempuan begitu asyik memandang Jongin dan Sehun sehingga dia tidak sedar susu kotaknya sudah terjatuh betul-betul di hadapan Jongin.
“Hoi, pendek. Kau lap lantai ni sekarang.” Aku tersentak mendengar ayat Jongin.
“Snobbish.” Sora menekup mulut aku dan menyuruh aku mendiamkan diri.
“Jangan cari pasal, Eunhee. Pengintip MISFITS tu ramai tau. Jangan masuk dalam blacklist MISFITS la yang pasti.”
Blacklist ? Hmm, nampaknya aku perlu buat intipan daripada Minhee. Aku mengangkat food tray setelah aku selesai makan. Aku kurang berminat dengan perkara remeh-temeh macam ni. Minhee baru saja hendak ke kantin semasa aku berselisih dengannya di koridor.
Aku perlu mencari loker aku kerana aku sedang menumpang di loker Minhee untuk sementara waktu. Loker aku terletak di hujung koridor bersama dengan deretan loker baru yang lain. Warna loker aku juga berlainan daripada loker yang lain, deretan loker aku berwarna hitam dan deretan loker lama berwarna biru.
Loker aku betul-betul berada di tepi stor sukan. Kenapa loker aku begitu jauh daripada orang lain? Aku berasa seolah-olah terpencil kerana rakan-rakan yang lain mempunyai loker yang berdekatan. Mungkin kerana aku pelajar baru, jadi loker aku pun masih belum ditentukan dengan betul.
Mungkin.
Minhee bertanya tentang kelab yang ingin aku sertai ketika aku sedang memindahkan beberapa barang aku yang ada di lokernya ke dalam loker baru aku. Sejak mendengar penerangan Sora dan Suji, aku pasti aku takkan menyertai Kelab Hapkido, Kelab Muzik dan Kelab Pelajar. Mungkin juga aku akan masuk Kelab Seni Lukis atau Seni Tari.
“Kelab akademik dan juga kelab sukan. Jangan lupa, kau kena sertai dua kelab.”
“Kelab olahraga dan kelab seni lukis.” Minhee mengangguk lagi.
“Kalau kosong, aku akan aturkan. Tapi kalau dah penuh, aku terpaksa letakkan kau di mana-mana kelab yang masih ada kekosongan.”
“Okay. Beres, bos !” Aku ketawa sebelum aku berpaling dan terkejut memerhatikan loker aku rupanya bersebelahan dengan deretan loker MISFITS. Loker mereka berwarna merah. Hmm hot stuff ? Aku menutup pintu loker perlahan-lahan dan mengunci pintu.
“Hoi budak baru.” Aku tersentak mendengar panggilan itu. Kim Jongin. Bukan ke dia dah tahu nama aku? Aku meneruskan langkah ke pintu pagar sekolah dan mengejar langkah Minhee yang sedang membuka kunci basikalnya sambil berpaling ke belakang.
Jongin masih berdiri di tempatnya, dia kelihatan marah.
*
Dah sebulan aku di sekolah ni dan sudah genap seminggu aku menjadi mangsa Kim Jongin. Setiap hari ada saja yang dia akan lakukan untuk membuat aku sakit hati. Aku tidak dapat menyertai Kelab Seni Lukis, tetapi aku masih berpeluang menyertai Kelab Olahraga. Nasib malang aku bertambah apabila aku ditakdirkan menyertai Kelab Seni Tari di mana Jongin dan Sehun merupakan pelajar kesayangan guru penasihat kelab itu.
“Hari ni saya akan pecahkan kamu mengikut pasangan.” Bibirku terasa kering. Ada ke orang yang baik hati nak jadikan aku sebagai pasangan menari ?
“Saya dah susun senarai.” Aku menelan air liur yang tiba-tiba berkumpul di anak tekak.
“Jonghun dan Minhye.”
“Kibum dan Taehee.”
“Sehun dan Minhwa.”
“Jongin dan Eunhee.” Nafas aku berhenti seketika mendengar pengumuman Puan Lee. JONGIN DAN EUNHEE ? Aku menggeleng-geleng dan mengangkat tangan.
“Cikgu, saya nak tukar pasangan !” Puan Lee memandang aku dan terus bertanya kepada pelajar yang lain.
“Siapa yang nak tukar pasangan menari ?” Pandangan Jongin menyebabkan semua orang terdiam dan tidak berani mengaku. Nampaknya memang aku kena terima kenyataan bahawa Jongin akan jadi pasangan menari aku.
“Eunhee, kau takut dengan aku ke?” Jongin memandang tepat dan tajam ke dalam mata aku.
“Si-siapa takut ?” Cis ! Kenapa aku gagap pulak ni ? Aku tidak memandang Jongin dan memerhatikan tema yang ditulis di papan putih bilik tarian.
“Tema kali ni ialah contemporary - long lost lover.” Aku menepuk dahi. Kenapa mesti long lost lover ?
“Kau pernah menari tak, pendek?” Kalaulah aku boleh pukul Jongin ni..
“Tak.” Raut wajahnya tenang selepas mendengar jawapan aku.
“Masalah la kau ni. Apa sebab kau hidup, cuba kau terangkan pada aku.” Dasar MISFITS. Aku tahulah kau ni serba boleh, Kim Jongin. Aku memegang belakang leher dan mengeluh malas.
Harungilah hari yang gila ini bersama Jongin yang memang kau tak suka tu, Do Eunhee.
“Hoi smurfs. Kau suka English tak ?”
“Tak.”
*
I want to be your oppa
I want to be your oppa
I’ll have you, just watch
Stick-note yang dilekatkan pada buku nota aku renyuk dan terus aku baling ke dalam tong sampah. Seram sejuk aku rasa pada awal pagi ini bukan sekadar angin pagi tetapi juga kerana mesej yang disampaikan.
Penghantar ini pastinya ada masalah psikologi. Macam mana dia tahu kombinasi nombor padlock loker aku ? Ah, selepas ini aku takkan simpan barang berharga dalam loker lagi. Gambar aku dan Minhee yang aku lekatkan pada loker juga lesap entah ke mana. Aku memerhatikan bayangan aku di dalam cermin muka, wajah aku sudah kelihatan tidak bermaya.
"Tenunglah cermin tu sampai pecah."
"Jihoon-oppa !"
"Shhh! Jangan panggil aku oppa di sekolah !" Aku mengangkat bahu dan tersenyum nakal.
"Dah terbiasa, janganlah marah."
"Kan dah janji jangan menonjol sangat perangai tu. Nanti pecahlah rahsia kita." Aku mengangguk tanda setuju.
Jihoon ialah kawan baik Minhee dan juga pekerja di Black Club, kawasan underground di Seoul yang terkenal. Dia senang memakai cermin mata berbingkai tebal dan membawa buku ke mana saja dia pergi supaya tiada orang mengesyaki kerja part-timenya itu. Mungkin juga cara Jihoon yang tidak cepat ramah dengan orang menyebabkan tiada syak wasangka terhadapnya.
"Nah. Malam ni tepat jam 9. Kau jangan lewat, nanti kau tak boleh join. Okay, aku nak balik dulu."
Aku memandang iklan yang Jihoon berikan kepada aku. Underground Dance Battle akan diadakan pada kali yang ketujuh. Mungkin aku akan menyertai pertandingan ini tetapi mungkin juga tidak. Sekadar rekreasi untuk melepaskan tekanan pun okay juga. Mungkin Minhee ada masa dengan aku ?
Aku pulang secepat mungkin untuk berjumpa dengan Minhee di rumah. Nasib aku baik kerana Minhee mahu melepaskan tekanan buat seketika selepas dia menyiapkan kerja yang diberikan oleh Presiden Kelab Pelajar iaitu Kim Suho. Kami memilih untuk tampil ringkas dengan memakai t-shirt putih dan jaket Varsity hitam putih di luar. Eyeliner dan eyeshadow yang juga dipakai serupa telah membuatkan seolah-olah kami kembar. Minhee masih setia dengan beanie yang berwarna putih dan aku mahu kekal dengan imej Black Pearl aku dengan topi beanie hitam.
Aku selesai meletakkan kanta lekap berwarna kelabu di dalam mata ketika Minhee datang ke bilik aku. Rambut dibahagi dua, seterusnya diikat biasa di kiri dan di kanan seperti Minhee. Nama pun Baby Twins, mestilah ada gaya budak-budak sedikit.
"Skateboard aku ada kat bilik kau kan, Minhee ?"
"Hari ni aku nak pergi dengan kereta. Tak guna skateboard ha."
Dentuman base dari speaker sudah kedengaran di luar semasa aku dan Minhee sampai di Black Club. Underground Battle mungkin dah bermula, tetapi aku tidak berminat untuk menjadi peserta, cukuplah sekadar menonton. Jihoon mengangkat tangan untuk memanggil kami berdua supaya ke belakang pentas DJ.
"Baby Twins, hari ni korang dijemput menjadi juri." Terlopong kami berdua mendengar permintaan Jihoon.
"Juri ? Kau gila ke apa, Jihoon ? Kami bukannya penari profesional pun. Kami datang setakat nak puaskan hati je la."
“Nilaian kami tak penting pun.” Minhee menyokong kata-kata aku.
"Tak. Mini Underground Dance Battle je pun. Keputusan korang bukannya penentu kemenangan. Kau nampak tak kotak undian tu? Penonton akan mengundi termasuklah juri."
Minhee mengangguk dan terus mengambil tempat di sebelah kanan dalam barisan para juri. Aku menurut langkah Minhee dan duduk di sebelah kirinya.
“Eunhee.” Minhee menyiku lembut tangan aku.
“Ya?”
“MISFITS ada dalam senarai peserta.” Aku tersengih nakal.
Satu persatu kumpulan menari di hadapan kami dan pelbagai gaya dapat ditonjolkan. Poppin, locking, b-boy la yang paling banyak. Ada juga yang gunakan shuffling.
“Hey, Black Pearl.”
“Ya, Mist.”
MISFITS membuatkan sorakan penonton semakin kuat. Aku menarik topi beanie hitam aku menutupi telinga aku yang rasanya akan bengang tidak lama lagi. Enam orang mengambil posisi masing-masing dan lagu yang mereka sediakan sudah mula berbunyi.
I want to be your oppa
I want to be your oppa
I’ll have you, just watch
Nafas aku terhenti lagi. Kata-kata yang ada di atas stick-note itu rupanya lirik lagu ! Maknanya suspek adalah salah seorang daripada mereka berenam..! Aku memeluk tubuh dan bersandar di kerusi yang aku duduk. Tak sanggup aku bersangka buruk kepada mereka.
“Pearl.”
“Hmm?”
“Kau tak buang lagi tatu nama kau di belakang leher sebelah kanan tu?”
“Belum. Aku rasa sayang nak padamkan.”
“Sebab itu kau tak ikat langsung rambut kau ye di sekolah?”
“Tahu takpe.”
Kalau aku ajak Minhee balik sekarang, nampak tak sopan sebab acara belum berakhir. Tetapi aku sudah kehilangan mood untuk terus duduk di sini. Aku menulis sebarang nama kumpulan di atas kertas dan meletakkan kertas undian di dalam kotak. Minhee terus duduk di sebelah aku di sofa yang melengkung di bahagian yang tersorok di Black Club.
“Pemenang malam ni akan membuat freestyle dance dengan juri jemputan kita iaitu Baby Twins.” Aku melopong mendengar pengumuman pengacara majlis. Minhee melihat Jihoon yang ternganga di belakang pentas.
“Ini di luar kawalan kita.” Jihoon terus meluahkan isi hati selepas dia berlari ke arah kami yang sedang berusaha menyembunyikan diri.
“Pemenang Mini Underground Dance Battle kali ini ialah…….”
“Jihoon, tunjukkan kami pintu belakang ! Cepat !” Minhee menarik lengan Jihoon dan kami cepat-cepat menolak pintu keluar.
Sorakan gemuruh terus kedengaran ketika aku dan Minhee menutup pintu kereta. Tidak kiralah siapa yang menang sekalipun, yang pasti Minhee dan aku tidak boleh menari. Kami sudah berjanji tidak akan terlibat dengan Underground Dance Battle setelah Minhee dan aku dimarahi oleh atuk dua bulan yang lepas.
“Minhee.”
“Hmmm.” Mata Minhee liar memerhatikan jalan raya, memang Minhee seorang pemandu yang berhemah.
“Kau rasa, atuk marah tak kita nanti?”
“Harapnya tidak. Kita pergi makan aiskrim, nak tak?”
“Perut aku sentiasa kosong untuk aiskrim la Minhee.”
*
“Pemenang Mini Underground Dance Battle kali ini ialah…….” Baekhyun-hyung dan Chanyeol –hyung menggenggam tangan masing-masing manakala Suho-hyung merapatkan diri di tiang pentas. Kepalanya menyenget ke sebelah kanan, seolah-olah dia memerhatikan seseorang. Kyungsoo-hyung mengumam “MISFITS ! MISFITS !”. Sehun masih kekal di sebelah aku, riak wajahnya tenang.
“MISFITS! Tahniah kumpulan MISFITS !” Baekhyun-hyung dan Chanyeol-hyung melompat kegembiraan.
Kami semua tersenyum kerana kami masih mengekalkan status pemenang di kawasan ini. Sorakan menjadi lebih kuat dan bising apabila Chanyeol-hyung mengambil mikrofon daripada tangan penganjur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi MISFITS.
“Jongin.” Aku beralih ke sebelah kanan aku dan mendapati Suho-hyung berdiri di sebelah aku.
“Baby Twins lenyap. Mereka dah keluar.” Aku tersenyum.
“Scaredy-cats.” Sehun ketawa mendengar kata-kata aku.
“Mereka tak berminat dengan breakdance lately. Kalau tak salah aku, mereka sebaya dengan kita tau. Mungkin ada kekangan apa-apa.” Kyungsoo-hyung menambah.
“Yang pasti kita dah menang !” Baekhyun-hyung memeluk kami berempat.
“Jom kita pergi makan aiskrim !” Chanyeol-hyung mengajak kami semua keluar dari tempat itu.
“Jongin, kau sedih ke kau tak dapat berjumpa dengan idola kau tu?” Sehun mengusik aku dari belakang ketika kami berjalan ke kedai aiskrim berdekatan. Aku mencebik dan menggeleng.
“Buat apa aku nak sedih ?” Aku ketawa kecil. Kim Jongin takkan berasa sedih untuk perkara sebegini.
Pintu kedai aiskrim ditolak dan kami berenam masuk ke dalam kedai. Chanyeol-hyung dan Suho-hyung membuat pesanan di kaunter, manakala kami berempat memilih tempat yang sesuai untuk duduk. Ketawa dua orang perempuan yang kelihatan serupa menyebabkan aku mengangkat kepala dan berpaling ke belakang. Jersi Varsity yang sama, topi beanie yang berbeza, dua orang perempuan duduk menghadap ke luar kedai membelakangi kami.
“Baby Twins.” Suho-hyung meletakkan dulang dengan cawan aiskrim kami semua selepas dia menyebut nama itu. Aku memandang Suho-hyung yang mengambil tempat di hadapan aku, Chanyeol-hyung menolak Suho-hyung supaya masuk ke dalam dan menghimpit Kyungsoo-hyung.
“Hoi, hoi !” Sehun menguatkan suaranya dan menyebabkan kedua-dua budak perempuan itu berpaling ke belakang.
Betul. Merekalah Baby Twins.
Perempuan yang memakai topi beanie hitam berbisik kepada rakannya yang bertopi beanie putih sebelum meledakkan ketawa dan bergerak dari tempat mereka sambil membawa mangkuk aiskrim mereka. Black Pearl - gelaran budak perempuan bertopi beanie hitam dan White Mist – rakannya yang bertopi putih. Black Pearl dan White Mist berjalan keluar dari kedai betul-betul di sebelah kiri aku. Tatu nama di leher White Mist sudah hilang tetapi tatu nama Black Pearl masih kekal. Perfume Black Pearl ini pernah aku bau di sekolah dan aku kenal baunya.
Exactly.
“Cantik kanta lekap Black Pearl.” Baekhyun-hyung menyuapkan aiskrim ke dalam mulutnya.
“Cantik lagi kanta lekap White Mist.” Suho-hyung tersenyum dengan kata-kata Kyungsoo-hyung.
“Tu lagi seorang peminat tegar Baby Twins selain daripada Jongin. Sudah-sudahlah dengan obsesi tu.” Sehun mencucuk aku dengan jarinya. Aku dan Suho-hyung mengerutkan wajah, aiskrim terus ditelan.
*
Minhee dan Eunhee meletakkan basikal mereka di tempat letak basikal. Kedua-duanya menguap dan kelihatan mengantuk. Aku menyandarkan badan di sebelah loker Eunhee apabila dia membuka loker dan mengambil bukunya. Tiba-tiba dia berdiri tegak dan aku nampak di celah pintu loker, Eunhee menjulingkan matanya. Aku menolak Eunhee ke sebelah dan menutup pintu loker dengan kasar.
“Kau nak apa, Jongin?” Tangan aku mencengkam bahu Eunhee dan aku menolak Eunhee ke lokernya. Jarak antara kami dirapatkan, aku memandang tepat ke dalam matanya.
“Kau pergi mana semalam?” Perfume Black Pearl serupa dengan perfume Eunhee. Betul-betul serupa.
“Kenapa kau nak tahu?” Seolah-olah ditampar, aku berasa darah menyerbu muka. Kenapa aku nak tahu ? Eunhee berusaha menolak aku dan melepaskan diri. Suho-hyung berdehem dan aku terpaksa melepaskan Eunhee ke kelas.
“Jongin ?” Kyungsoo-hyung menepuk bahu aku dan menarik aku ke loker semula.
“Jongin sukakan Eunhee !” Chanyeol-hyung menjerit kegembiraan.
“Apa kata kita buatkan dia sukakan Jongin juga?” Baekhyun-hyung tersenyum nakal. Entah kenapa, aku suka idea Baekhyun-hyung.
*
Eunhee duduk di kelas dan membuka bukunya. Baru aku perasan, Eunhee memakai mafela di lehernya walaupun hari ini tidaklah begitu sejuk. Eunhee terus menyelak bukunya satu persatu sebelum pelajaran bermula. Pensel di jarinya ligat berpusing dan dia menulis beberapa perkataan pada buku notanya. Sora dan Suji bertukar-tukar nota dengan Eunhee sebelum Puan Lee, guru Sastera masuk ke dalam kelas.
“Selamat pagi, kelas !”
“Selamat pagi, puan.”
Puan Lee sentiasa bersemangat di awal pagi, tidak kiralah apa saja yang berlaku di sekolah, dia sentiasa gembira dan mempunyai tenaga positif.
“Baiklah pelajar. Sekarang saya nak pecahkan kamu kepada beberapa kumpulan, satu kumpulan mengandungi lima orang. Saya nak kamu pilih sendiri ahli kumpulan kamu dan saya akan beri topik untuk perbentangan kamu.”
Eunhee mengetuk meja Sora dan Suji dengan penselnya serta memberi isyarat untuk membentuk kumpulan. Sehun menarik kerusi dan terus duduk di sebelah kiri Eunhee.
“Okay, kita dah ada empat orang. Hoi, Jongin. Cepatlah masuk ke kumpulan Sora dan Suji ni.” Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Suji dan Sehun. Eunhee yang duduk berhadapan dengan aku mengangkat buku untuk menutup mukanya daripada pandangan aku.
“Sudah siap bentuk kumpulan ?”
“Dah.”
“Kumpulan Jongin, tajuk kamu ialah Hwang Jini.”
Eunhee mengangguk di belakang buku dan membuka buku teksnya. Sehun merampas buku panjang yang Eunhee gunakan sebagai penghadang aku dan Eunhee. Raut wajah Eunhee tegang apabila dia memandang tepat ke wajah aku. Aku hanya tersenyum senget.
“Sehun. Apa yang kau buat tu ? Cepatlah tulis apa yang kau tahu.” Sehun tersengih nakal.
“Jongin. Eunhee suruh kau tulis cepat sikit.” Sora dan Suji menahan ketawa apabila Eunhee menampar belakang kepala Sehun.
“Hello, Sehun.”
“Hi, Eunhee.”
Sehun memberi isyarat kepada aku untuk menukar tempat ketika Eunhee terus mengeluarkan isi daripada buku teks dengan tekun. Sora dan Suji terus memberikan kertas kerja kepada Sehun supaya dia boleh berkongsi dengan mereka. Eunhee mengangguk beberapa kali sebelum dia berpaling ke sebelah kirinya dan membesarkan matanya.
“Cantik mata kau, Eunhee.”
“Kim Jongin.”
“Yes, pretty.”
“Tolong buat kerja kau sekarang. Dan jangan panggil aku macam tu. Aku tak suka. Langsung. Take note.”
“But I loved to call you like this.”
“Kim Jongin !”
“Yes, sweetie.” Mata Eunhee berkelip beberapa kali sebelum dia menjulingkan matanya, nafasnya dihela perlahan.
“Buat kerja kau sekarang.”
*
Waktu rehat takkan jadi lebih menarik apabila MISFITS berkumpul di meja yang terletak di sebelah pintu belakang kantin. Chanyeol-hyung dengan buku matematiknya, Baekhyun-hyung dan Suho-hyung yang sibuk membincangkan isu disiplin pelajar. Sehun menepuk aku dan menuding ke arah pintu masuk kantin. Eunhee sedang bercakap dengan Kyungsoo-hyung, wajah mereka begitu serius seolah-olah isu yang mereka bincangkan itu adalah masalah negara.
Eunhee mengetap bibirnya apabila Kyungsoo-hyung menarik lengannya ke arah meja kami. Dari jauh, Minhee si setiausaha Suho-hyung berlari ke meja kami untuk mendapatkan Eunhee. Eunhee kelihatan bersedia untuk memukul Kyungsoo-hyung bila-bila masa sahaja tetapi Minhee yang meleraikan genggaman Kyungsoo-hyung pada lengan Eunhee.
“Kyungsoo.” Minhee mengecilkan matanya kepada Kyungsoo-hyung.
“Jongin. Dia ni ke yang kau katakan tu?”
Aku mengangguk dan melambaikan tangan kepada Eunhee. “Hi sweetie.” Eunhee menjulingkan matanya dan berpaling ke belakang. Tangannya menggenggam hujung skirt sekolahnya dan langkahnya diteruskan ke meja Minhee.
“Baby, skirt kau tak cukup pendek.” Eunhee berhenti berjalan dan berpaling untuk menjeling kepada kami setelah Sehun mengusiknya.
“Jongin. Dia tu garang macam singalah.” Chanyeol-hyung ketawa dengan reaksi Eunhee.
“Biasalah tu. Dia jual mahal hahaha. She’s a girl anyway.” Baekhyun-hyung menambah.
Kyungsoo-hyung hanya tersenyum apabila aku terus bangun dan berjalan ke arah Eunhee. Eunhee hanya memberikan pandangan kosong apabila aku terus duduk di sebelahnya. Dia berhenti menggigit sandwich dan meletakkan ia ke dalam bekasnya. Aku terus mengambil sandwich yang ada bekas gigitan Eunhee dan makan sehingga habis.
Sora, Suji, Minhee dan rakan-rakan mereka yang lain memandang aku dengan riak terkejut. Susu pisang yang Eunhee baru minum terus aku habiskan sebelum aku bangun dan berjalan keluar dari kantin.
Eunhee, kau buat aku jadi gila.
*
Dugaan apakah kali ini ? Kim Jongin datang dan menghabiskan segala makanan yang aku beli di kantin untuk mengenyangkan perut yang giat berkeroncong. Kim Jongin minum dan makan makanan aku. Dengan gembiranya dia menelan semuanya dan aku sekarang tidak ada apa-apa untuk dimakan. Minhee melihat aku dan menggeleng.
“Kenapa dengan Jongin ?” Aku meletakkan dahi di hujung meja dan mengeluh.
“Dia nak balas dendam kot. Masa subjek Sastera tadi, Eunhee suruh dia buat kerja.”
“Malas. Kim Jongin pemalas !”
“Hmm, aku rasa kita patut biarkan Jongin buat sesuka hati dia.” Eunhee memandang aku dengan riak tidak percaya.
“Yelah. Lebih baik daripada dikerjakan oleh peminat fanatik Kim Jongin.” Sora tersenyum selepas Suji membuat pernyataan.
Aku memegang kepala dan mengeluh kuat. Kenapalah rakan-rakan aku suka dengan situasi ini ? Ahli MISFITS yang lain beredar dari kantin sebelum loceng tamat rehat berbunyi dan Kyungsoo datang memberikan aku lebihan makanannya. Minhee hanya memberikan pandangan kosong kepada Kyungsoo.
“Apa ? Aku datang sebagai penyelamat adik aku, takkan tak boleh ?” Sora dan Suji terlopong mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Kyungsoo.
“Terima kasihlah kembar tersayang.” Sengaja perkataan tersayang ditekankan, senyuman diukir pantas di bibir Kyungsoo.
“Kau yang cari pasal dengan Jongin, Eunhee. Aku tak nak masuk campur.”
“Once a MISFITS, always a MISFITS huh?” Aku ketawa sinis dengan moto MISFITS yang sentiasa Kyungsoo gunakan di rumah ketika mereka bergaduh. Kyungsoo hanya tersenyum sebelum dia keluar dari kantin.
“Do Eunhee, sila terangkan apa yang sedang berlaku.” Sora memandang aku dan Suji memegang tangan aku.
“Sebenarnya, umur aku sama dengan Kyungsoo dan Minhee.”
“Eunhee-unni ?”
“Anehlah korang panggil aku macam tu. Panggil Eunhee sudahlah.”
“Kalau kau sebaya, kenapa kau tak masuk kelas 3-A ke, 3-B ke ?”
“Baiklah, cik puan terhormat di sebelah kita ni pernah mengalami kemalangan tahun lepas dan dia tidak berjaya menghabiskan pelajaran tahun ke 2 dengan bangganya.” Aku menepuk lengan Minhee dan ketawa.
“Kalau aku tak terjatuh masa stunt dengan rollerblade kau…!” Minhee mengerutkan wajahnya.
“Dan kalau kau dengar cakap aku masa aku cakap rollerblade aku rosak..!” Minhee memulangkan paku buah keras kepada aku.
Sora dan Suji terdiam mendengar celoteh kami. Kedua-duanya tidak berpuas hati dengan penjelasan kami.
“Baiklah, itu satu hal. Eunhee ni pun sebenarnya dia ada masalah di sekolah lama. Stalker.”Ketawa Sora dan Suji meledak.
“Okay. Isu stalker nampaknya tidak berhenti di sekolah lama. Di mana Eunhee, di situ stalkernya.” Minhee tersengih dengan pernyataannya.
“Jadi, sekarang ni, kau dah tahu apa yang kita akan belajar sepanjang tahun ni ?” Suji bertanya spontan. Aku mengangguk, jawapannya ya.
“Hei, semua ni rahsia tau.” Kami berempat mengangkat tangan seolah-olah berikrar.
Aku terlopong melihat loker aku kosong dan tidak mempunyai apa-apa di dalamnya. Padlock yang baru sahaja aku tukar kodnya semalam hanya tinggal separuh. Seolah-olah dipecahkan. Aku hampir jatuh terduduk apabila aku melihat lelaki yang aku rasa akan aku lempar ke dalam sungai setelah aku kerjakan dia sepuas hati aku, dia tersenyum manis.
“Sweetie.”
“Kim Jongin.”
“Kim Jongin.”
“Sweetie, from now on, we’re going to share our locker.” Aku rasa mahu pitam mendengar kata-katanya. Buku, alat tulis, baju PE, kasut spare dan beberapa barang peribadi yang aku simpan di dalam kotak kecil di loker juga disimpan rapi dalam loker Kim Jongin.
“See, your stuffs fit in my locker !” Suaranya seolah-olah budak lima tahun yang diberi lollipop sebesar mukanya.
“Kim Jongin ! Kau ingat aku ni mainan kau ke? Kau ingat kau boleh buat sesuka hati kau ? Pulangkan barang-barang aku cepat !”
“Aww sweetie, you’re beautiful when you’re angry.”
“And I don’t give a shit about that now ! Return all my stuffs, Kim freaking Jongin !” Semua orang di koridor memerhatikan kami yang sedang bertekak. Dari jauh, Minhee mendekati aku dan memegang bahu aku. Jongin hanya tersenyum, senyuman yang memang menyakitkan hati aku. Jongin tidak pernah serius dengan aku, dia tidak pernah berhenti untuk menjadi lebih menjengkelkan.
“I’m going to report about this, yeah definitely. I’ll make sure I’ll taint your clean record.”
“Honeypie, you are amazing in English.” Aku tersentak. English ! Kan aku dah tak nak gunakan English sesuka hati di sekolah baru…! Minhee memerhatikan Kyungsoo yang berjalan perlahan-lahan ke lokernya. Aku cepat-cepat berusaha mengambil barang aku di lokernya, namun Kyungsoo lebih cepat menangkap tangan Jongin yang hendak menghalang aku.
“Kyungsoo-hyung.”
“Okay, Eunhee. Letakkan barang kau di dalam loker aku.” Jongin tersenyum apabila aku terus mengemaskan barang aku untuk diletakkan dalam loker Kyungsoo.
“Kenapa Eunhee? Kenapa kau tak nak simpan barang kau dalam loker aku ?” Jongin bertanya dengan muka yang dibuat comel itu.
“Kau tahukan birthdate aku ? Jadi itulah kunci loker aku.” Aku mengangguk dengan kata-kata Kyungsoo dan mengambil beberapa buah buku sebelum bergerak kembali ke kelas.
“Hyung ! Kenapa Eun-” Suara Jongin samar-samar kedengaran kerana aku sudah jauh dari kawasan loker.
Tentunya hari ini akan jadi hari yang sangat panjang. Aku tidak dapat mencerna informasi mengenai perangai Kim Jongin. Sora pernah berpesan, Jongin dan Sehun mempunyai gelaran Robot kerana mereka jarang sekali bersifat terbuka, kecuali kepada MISFITS. Tetapi Kim Jongin sangatlah bersifat kebudak-budakan.
Sesi sekolah hari ni telah tamat dengan jayanya dan aku terus mempercepat langkah ke loker Kyungsoo untuk menyimpan buku. Aku akan beli padlock yang baru, dan yang pasti aku akan pakai kod yang lain. Minhee sudah siap menunggu aku di tempat letak basikal sebelum Jongin menghalang aku di tangga.
Sesi sekolah hari ni telah tamat dengan jayanya dan aku terus mempercepat langkah ke loker Kyungsoo untuk menyimpan buku. Aku akan beli padlock yang baru, dan yang pasti aku akan pakai kod yang lain. Minhee sudah siap menunggu aku di tempat letak basikal sebelum Jongin menghalang aku di tangga.
“Jom balik sama-sama ?”
“Ke tepi, Kim Jongin.” Jongin melangkah turun satu anak tangga dan berpaling menghadap aku. Bibir aku disentuh lembut oleh bibir Jongin, senyuman manis diukir sebelum dia berjalan ke bawah seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
“KIM JONGIN !!!!!!” Aku menjerit dan berlari turun mengejarnya.
“Aww, I didn’t know you want to follow me all around, sweetie.” Aku menendang punggungnya sebelum berlari ke basikal aku. Sekarang aku perlukan bantal dan aiskrim.
*
“Then, you kicked him on his butt ?” Aku mengangguk. Minhee memberikan tisu dan mengeluh.
“I guess, he really liked you then.” Aku tersentak lagi. Kim Jongin ?
“I’m older than him and I want an older boy to go on date, you know ?”
“Dia taklah muda sangat.” Suara kasar mencelah, itu pastinya Kyungsoo. Hujung katil terasa bergerak, Kyungsoo duduk bersila di sebelah Minhee dan menghadap belakang aku.
“But he is. Don’t try to soothe me okay.”
“Kenapa kau nak sedih sangat ?”
“Tak tahu.”
“Eunhee ? Do Eunhee.” Aku membatukan diri.
“Hoi, Eunhee. Pandang aku sekarang.” Kyungsoo menarik dagu aku.
“It’s so hard ! I had to quit dancing and quit everything that I loved. That freaking Kim Jongin came up and messed up my patience ! It’s so hard and I deadly beared the pain.”
Aku sukakan street dance dan apa-apa yang sama waktu dengannya. Janji dan sumpah yang aku buat di hadapan semua ahli keluarga aku ketika di hospital betul-betul menjerat aku. Aku rasa seolah-olah tidak ada ruang untuk bernafas. Sekian lama aku menahan diri dan aku berjaya. Malangnya, Kim Jongin menyebabkan perasaan aku tidak menentu.
“Eww. Kau memang buruk kalau menangis. Lap air mata tu.” Minhee dan Kyungsoo ketawa memandang aku yang sedang mengeringkan air mata.
“Tindakan harabeoji menyekat kau bergiat aktif dalam underground battle tu ada betulnya. Kau perempuan dan kau akan jadi tulang belakang keluarga tau. Takkan la tulang belakang keluarga nak keluar setiap malam? Eunhee, harabeoji buat benda betul untuk masa depan kau.”
Tak.
Kyungsoo tak faham. Dancing is my soul and I lived for it ! Aku menekap wajah ke bantal dan teruskan menangis. Mereka tak faham, mereka takkan faham. Black Pearl bukannya merpati dalam sangkar, Black Pearl ialah helang di udara. Bebas, tiada sekatan.
“Aku rasa, kau sedih kerana Kim Jongin, bukan sebab kau tak boleh menari. You liked him too and it hurts, right ?” Minhee mengelus kepala aku perlahan-lahan.
Aku tak tahu.
Eww. Siapa suka orang yang selalu aniayai kita ?
*
Kyungsoo berjanji untuk membawa aku berjalan-jalan di sekitar Sungai Han untuk melepaskan kesedihan yang aku rasai sekarang. Minhee juga mengikuti aku dari belakang, Kyungsoo sibuk menaip sesuatu di telefonnya. Tatu Black Pearl sudah aku buang selepas Jongin pernah berusaha menarik mafela aku. Aku tidak tahu bagaimana aku dan Minhee boleh duduk semeja dengan Kyungsoo dan kumpulan kesayangannya iaitu MISFITS di sebuah kedai makan yang aku tahu harganya bukanlah murah. Kim Jongin duduk menghadap aku di hujung meja. Minhee berada di sebelah kiri aku dan menundukkan kepalanya. Kyungsoo pula duduk di sebelah kanan aku. Baekhyun, Chanyeol mengambil tempat di sebelah kiri Minhee, Suho dan Sehun duduk di sebelah kanan dan kiri Jongin.
“Hi sweetie.” Aku mengalihkan pandangan kepada Minhee dan berpura-pura bercakap dengannya. Tangan aku memegang tangan Minhee di bawah meja.
“Eunhee, buat macam biasa.”
Aku mengeluarkan telefon apabila ia bergetar, mesej daripada rakan yang aku kenali semasa Underground Battle tahun lepas membuatkan aku tersenyum. Aku bangun dari tempat duduk setelah aku memberitahu Kyungsoo bahawa aku mahu keluar untuk bercakap dengan seseorang. Kerusi di luar kedai menjadi sasaran aku untuk duduk. Laju aku mendail nombor Yixing, kawan baik aku yang menyaksikan aku jatuh ketika aku menggunakan rollerblade Minhee. Lama aku bercakap dengannya dan aku juga tahu Jongin mencuri-curi dengar perbualan aku.
“Kim Jongin.”
“Kau tahu, hanya kau yang panggil nama penuh aku.” Oh ya ? Dia mengambil tempat di sebelah aku dan memeluk tubuh.
“Tak baik mendengar perbualan orang lain.”
“Aku tertanya-tanya, apa hubungan kau dengan Kyungsoo-hyung ?”
“We’re dating, couldn’t you see it ?” Ya, bagus Eunhee. Kau perlu buatkan dia keliru sekarang. Jongin tersenyum dan ketawa.
“Tolonglah jangan buat lawak kat sini. Kyungsoo-hyung dah ada orang lain.”
“Jangan cakap Kyungsoo macam tu. Kau tak kenal dia.” Jongin terdiam. Situasi kami menjadi senyap dan aku hanya memandang orang yang berlalu pergi di hadapan kami.
Jongin bangun dan masuk ke dalam kedai. Tidak lama kemudian dia berjalan keluar sambil diikuti oleh Sehun dan Suho. Kyungsoo pula menyusul selepas itu, tepi mulutnya kelihatan luka sedikit. Baekhyun dan Chanyeol mengikuti Kyungsoo yang berjalan dengan riak muka marahnya ke arah aku.
“My dear sister, what did you tell Jongin just now?”
“Eunhee ni adik kau ke, Kyungsoo?” Chanyeol memandang aku dengan rasa tidak percaya.
“Korang betul-betul serupa ! Kenapa baru sekarang aku perasan ?” Baekhyun menjerit sedikit dalam kata-katanya.
“Kami kembar.” Kyungsoo mengelap hujung bibirnya yang berdarah. Minhee keluar beberapa minit selepas itu dengan tisu dan sedikit ais. Baekhyun dan Chanyeol ketawa berdekah-dekah selepas mendengar fakta yang keluar daripada mulut aku.
“Eunhee, kau patut tengok tadi. Jongin tumbuk muka Kyungsoo dengan gagahnya !” Chanyeol memberitahu.
“Hyung, kenapa mesti Eunhee ? Kenapa Eunhee yang hyung pilih ?” Baekhyun melakonkan situasi itu di hadapan kami.
“Hoi. Mangsa masih di sini, tolong hormat sikit ye.” Kyungsoo menuam mulutnya dengan ais.
“And Eunhee. By hook or crook, you have to fix this. Immediately.” Mata Kyungsoo mencerlung tajam dan aku tahu aku perlu melarikan diri.
to be continued.
Labels: [One Shot]