[One-shot] Cold Prince
Sunday, February 9, 2014 | 4:03 AM | 0comments
Sampai bila-bila pun, aku tak boleh
terima Do Kyungsoo si diktator itu - Oh Minyoung -
Kenapa ? - Do Kyungsoo –
“Apa?”
Gelas biru
di tangan mulus itu jatuh dari pegangan dan coklat panas membasahi jubin putih
yang baru sahaja dicuci. Minyoung memandang Sehun tanpa berkelip, nafasnya
turun naik seperti pesakit asma. Sehun tersengih apabila Minyoung mencapai mop
lantai untuk membersihkan air coklatnya yang tumpah ke lantai.
“Beberapa hari
je, lepas tu nunna nak tinggalkan dia pun boleh !” Minyoung memicit dahinya. Kenapalah aku ada seorang adik yang memang
tak boleh nak berfikir panjang ni ?
“Tolonglah,
nunna. Sehun tak tahu nak cari duit untuk bayar hutang pada dia.” Minyoung
mengigit bibir bawahnya – geram dengan adiknya yang suka meminjam duit pada
orang lain. Bukannya tak cukup wang poket yang selalu dia bekalkan, malah lebih
banyak daripada perbelanjaan seharian dirinya sendiri.
“Siapa
kawan Sehun tu?”
“Bukan
sebaya sebenarnya.” Adik aku ni mangsa
buli ke? Kening Minyoung berkerut, mukanya nampak tegang.
“Lepas tu
?”
“Hyung. Kyungsoo-hyung.”
Kyungsoo ?
Anak pemilik syarikat di mana aku bekerja sebagai ‘coordi-nunna’? Mata Minyoung
mencerlung tajam. Adik aku memang dah melampau ! Baru jadi pelatih di syarikat
tu, dah pandai mencari peluang..
“Kau nak
nunna keluar date dengan Do Kyungsoo, General Manager of Bestie Entertainment ?
Bos nunna?” Sehun tersengih mendengar kata-kata Minyoung, laju kepalanya
mengangguk.
“Do Kyungsoo
yang berlagak, tak pernah senyum pada pekerja, bos yang sangat pendiam tu?” Sehun
mengangguk lagi.
“Tolonglah
nunna, dia kata inilah caranya untuk Sehun bayar hutang dia.”
“Dia yang
kata?” Sehun mengangguk lemah.
Memang Do Kyungsoo
seorang yang gila ! Tak cukup di pejabat, sampai ke rumah pun dia masih nak
mencari pasal dengan aku. Kalau ada perkara yang dia tak puas hati, memang
riuh-rendah syarikat itu. Tambah lagi, sekarang ni kumpulan Sweets nak buat
album baru, memang aku boleh dapat tekanan jiwa uruskan hal mereka ni, semuanya
kerana aku mempunyai seorang bos yang memang cerewet. Halmeoni aku pun tak
banyak songeh macam dia.
“Bila kamu
janji dengan dia ?”
“Date nunna
bermula esok.” Esok ? Hari cuti aku ? Minyoung mengecilkan matanya, kalaulah Sehun
ni bukan adik aku…memang lumat aku kerjakan !
Hari pertama – Lotte
Complex.
Minyoung menggigil kesejukan menunggu di luar pintu masuk Lotte Complex. Memang dari dulu lagi, Minyoung tak pernah betah dengan cuaca sejuk. Perubahan musim – autumn to winter. Angin musim luruh masih boleh dia tahan berbanding dengan musim sejuk. Walaupun jeans tebal dan baju tebal yang Minyoung pakai, itupun masih ada kesejukan yang dirasa.
“Cik,
kenapa cik tunggu di luar ni ? Cuaca sejuk ni, lebih baik cik masuk ke dalam
bangunan.” Seorang pengawal keselamatan menegur Minyoung. Dalam kesejukan,
Minyoung mengukir senyuman.
“Saya
tengah tunggu kawan, kejap lagi dia sampailah.” Kyungsoo, kenapa kau lambat ni
? Aku nak beku dah ni..
“Ye, saya
tahu. Sekarang kau pastikan Jaehwan tu makan ubat. By hook or by crook.”
Degupan jantung semakin kencang, Do Kyungsoo sedang berjalan ke arah Minyoung,
tap, tap, tap - kasutnya seolah-olah
mengejar detak nadi. Telefon dimasukkan ke dalam poket jeans, pakaian mereka
kebetulan sama warnanya – putih. Warna kegemaran Minyoung.
“White? Oh Minyoung, right ?”
“Tak payah
buat-buat tak kenal saya la, encik bos.” Meluat aku
apabila terpandang senyuman sinisnya itu.
“Eh !
Pangkat bos hanya di pejabat, di sini saya Kyungsoo dan awak Minyoung. Faham ?”
Kyungsoo senyum lagi. Aku tahulah !
Tengok tu, dia memang tak boleh tinggalkan perangai diktatornya di mana-mana.
“Kita nak
buat apa ni?” Sungguh aku tak suka
situasi ini. Kyungsoo menyuakan tangannya, nak minta tangan aku ke ? Minyoung merenung tangan Kyungsoo, cantik
! Seorang lelaki yang mempunyai jari-jemari yang runcing, kalau buat tekaan
pasti semua akan ingat dia ni seorang perempuan.
“Kau ni
fikir banyak sangatlah, Minyoung.” Kyungsoo meraih tangan Minyoung dan mengemaskan
genggamannya. Langkah Minyoung seolah-olah dipaksa mengikut Kyungsoo yang maju
ke hadapan dan Minyoung semakin resah.
Perasaan apakah ni ? Erat – Kyungsoo selesa dengan genggaman itu, haba daripada jari-jemari Minyoung memberi keselesaan padanya, namun haba yang ada di dalam hatinya atau lebih tepat perasaan gemuruh lebih menggembirakan Kyungsoo.
“Kyungsoo,
tangan kau sejuk sangat. Kau tak sihat ke ?” Minyoung seperti menerima
perlakuan Kyungsoo yang memulakan langkah.
“Aku
okaylah, jangan bimbang. Eh, kau ambil berat pasal aku ni? Wow !” Minyoung
mendengus.
“Aku
memanglah macam ni, kau je yang tak pernah perasan. Aku kan pekerja kau yang
paling bising dan penyibuk, tak tahu ke?” Kyungsoo tertawa kecil.
“Kau
marahkan aku ke?” Minyoung membuat muka – tidak percaya dengan kata-kata yang
keluar daripada bibir berbentuk hati itu.
“Excuse me?
Siapa yang tak terasa hati dengan bos
yang cerewet plus banyak songeh ?” Minyoung ketawa dalam hati. Kyungsoo, kau
jangan ingat aku ni jenis yang sopan ye..
“Itu semua
untuk syarikat, hahaha.” Eskalator dihampiri dan mereka mengatur langkah ke
sana.
Syarikat la konon..mengaku je la bahawa kau tu cerewet, wahai Do Kyungsoo ! Minyoung berusaha meleraikan genggaman Kyungsoo tetapi jejaka itu tetap memegang tangan Minyoung. Alahai…!
Syarikat la konon..mengaku je la bahawa kau tu cerewet, wahai Do Kyungsoo ! Minyoung berusaha meleraikan genggaman Kyungsoo tetapi jejaka itu tetap memegang tangan Minyoung. Alahai…!
“Makan
dulu, boleh?” Minyoung yang tersentak dengan soalan Kyungsoo terus mengangguk.
Seolah-olah telepati, Kyungsoo dan Minyoung melangkah masuk ke restoran Itali.
“Makan
sikit je tau.” Mata Minyoung membulat. Eh, tadi dia yang ajak makan di sini.
Kenapa letak had pulak?
“Tak comel
pun kalau kau bulatkan mata kau. Kau memang tak comel la, sedar sikit.”
Minyoung tersenyum sinis, kalau dah tak comel tu, kenapa ajak aku keluar? Nak
main-mainkan aku ke apa? Kalau bukan sebab Sehun, memang aku tak kuasa nak
mengadap Kyungsoo ni.
“Memang aku
tak comel pun, kau kisah apa?”
“Mestilah
aku kisah ! Kau date aku kan? Kenalah jaga status aku juga.”
“Siapa yang
keluarkan idea bernas cap ayam ni?” Kyungsoo senyum.
“Sehun tak
cerita ke?”
“Idea kau,
kan? Kenapa mesti aku yang diheret masuk ke dalam masalah korang ni ?”
“Idea Kibum
yang dimanipulasikan oleh Oh Sehun.” Kibum mana pulak ni ? Minyoung
tertanya-tanya sendiri.
“Date kita
ni, dua hari yang berturut-turut…”
“Tiga. Aku
yang tentukan. Hari apa, pukul berapa, di mana. Aku tahu kau nak habiskan
serentak date kita kan?” Gila, siapa yang mahu keluar dengan Kyungsoo si singa
garang ni ?
“Yelah, aku
ni kan singa garang.” Gila ! Dia boleh baca fikiran aku ke? Pelayan restoran
datang membawa menu kepada Minyoung dan Kyungsoo.
“Chicken
mushroom soup for two.” Sup ? Kau nak aku kebulur ke ni ?
“No, make
it one. One seafood lasagna. One lemon ice tea.” Kyungsoo memandang Minyoung
dengan riak tidak percaya.
“I’ll have
lemon ice tea too.” Kyungsoo menutup buku menu. Minyoung memberikan senyuman
kepada pelayan restoran yang mengambil menu di atas meja dan mengalihkan
pandangan kepada Kyungsoo yang merenungnya.
“Apa?”
“Lasagna ?
Kau bukan ke nak diet?” Minyoung menelan air liur, macam mana dia tahu aku nak
diet ni?
“Kau bayar,
kan?”
“Siapa kata
aku yang bayar?” Kyungsoo senyum lagi. “Hmm, tiket wayang nanti kau belikan.”
Minyoung
mendengus perlahan dan menekup mukanya dengan kedua tapak tangan.
Aku
nak balik !
“Pertama
kali perempuan belanja aku !” Kyungsoo ketawa mengekek ketika beratur di
barisan untuk membeli tiket.
“Disebabkan
aku yang bayar, aku nak pilih cerita !” Kyungsoo menggeleng mendengarkan
kata-kata Minyoung.
“Tak. Aku
yang pilih, kau duduk je di sebelah.” Minyoung menggenggam tangannya, kalaulah
aku boleh tumbuk muka dia…Minyoung menjauhkan diri daripada kaunter. Dia
berdiri di paparan iklan wayang dan merenung setiap gambar wayang yang ada.
Kyungsoo masih menunggu giliran membeli tiket.
The
Commitment yang ada Kim Yoo Jung dan T.O.P sebagai pelakon utama.. Thor – The
Dark Adventure…mata Minyoung berlari ke setiap poster.
“Aku nak
tengok cerita Frozen. Mesti Kyungsoo pilih cerita yang ganas atau adventure,
dia kan lelaki. Lepas tu tempat yang dia pilih mesti dekat dengan speaker. ”
“Cakap
seorang diri, dah dapat tekanan jiwa ke apa?” Suara Kyungsoo menyapa gegendang
telinga dan Minyoung terus berpaling ke belakang.
“Dah dapat
?” Kyungsoo mengangguk.
“Frozen. Fifth
line, middle. Far from those loud speakers. Want some popcorns?”
“Aku tak
makan popcorn masa menonton wayang.” Minyoung mengukir senyuman yang dirasakan
ada auranya kepada Kyungsoo
“Good,
‘cause I don’t do so.”
Minyoung
mengikuti langkah Kyungsoo yang memegang nachos ke dalam panggung wayang.
Kyungsoo bukan lelaki yang penyabar -
itu yang pasti tetapi jangkaan Minyoung salah pada ketika itu. Minyoung
terkesima ketika dia terlihat senyuman Kyungsoo yang ikhlas menonton cerita
Frozen, wajah yang kelat itu begitu tampan ketika tersenyum.
Matanya
yang bulat, hidungnya yang agak comel, bibir yang berbentuk hati, kulitnya
cerah dan bersih – Do Kyungsoo sepatutnya mempunyai ramai teman wanita tetapi
sampai sekarang, tak pernah terdengar di telinganya, Kyungsoo keluar dengan
mana-mana perempuan.
“Kau tengah
buat analisis tentang aku ke, Minyoung?” Minyoung terus memandang skrin wayang,
wajahnya terasa hangat !
***
“Dalam
banyak-banyak staf Kyungsoo, kenapa dia panggil kau sekarang ni ?” Daeun
memandang Minyoung dengan wajah terpinga-pinga, berkerut-kerut dahinya.
“Aku tak
tahu.” Minyoung mengemaskan rak pakaian yang akan digunakan oleh kumpulan
Sweets untuk rakaman Music Bank di bangunan KBS.
“Daeun, kau
kena dengar cerita aku ni tapi di sini dan waktu ini tak sesuai kalau aku nak
buka cerita..” Daeun mengangguk dengan kata-kata Minyoung.
Coordinator
atau stylist - orang yang akan menentukan gaya fesyen sesuatu kumpulan bukannya
mudah tetapi itulah bakat Minyoung dan Daeun. Nasib baiklah mereka digandingkan
dan bertugas bersama-sama. Melalui minat yang sama, Minyoung dan Daeun menjadi
rapat sejak dari sekolah menengah lagi. Sudah tiga tahun mereka berdua bekerja
untuk Bestie Entertainment. Malah
mereka akan terus setia walaupun tampuk pentadbiran berubah – seperti sekarang,
Do Kyungsoo masih dilatih kerana ayahnya sudah tua dan akan bersara tidak lama
lagi.
“Hai
nunna-nunnaku sekalian !” Suara yang sudah lama dikenali, Do Jaehwan iaitu adik
kandung Kyungsoo datang dengan dua beg plastik di tangannya dan bau jajangmyeon
mula menguasai bilik pakaian itu.
“Hai,
Jaehwan.” Daeun membalas sapaan Jaehwan.
“Hei,
jangan bawa masuk makanan ke dalam bilik ni ! Nanti baju ni semua berbau
jajangmyeon !” Minyoung mencebik dan menyuruh Jaehwan keluar dari bilik
simpanan pakaian itu. Jaehwan mengerutkan dahinya apabila Minyoung menolak
Jaehwan ke belakang.
“Apa guna
simpan baju dalam plastik tu? Minyoung-nunna ni banyak pantang-larang la. Baru
je Jaehwan nak ajak Daeun-nunna makan sama-sama..”
“Kau tunggu
kat sini sampai kami habis buat kerja. Nanti sama-sama la makan di pantri. Ha,
kau tunggu je la kat pantri.” Minyoung menutup pintu bilik dan ketawa kecil.
Daeun meletakkan himpunan baju yang terakhir di atas rak dan menarik kerusi
untuk duduk.
“Minyoung,
sekarang ni tinggal kerja kau je lagi.” Minyoung mengangguk.
“Aku tahu.”
“Kau biar
Jaehwan tunggu di luar ke?”Minyoung menggeleng.
“Aku suruh
dia tunggu di pantri.”
“Tapi kita
tak pernah makan di pantri.”
“Ya.”
“Minyoung…”
“Ya.”
“Tak baik
buat Jaehwan macam tu. Kalau kau marahkan Kyungsoo pun, janganlah sampai ke
suku-sakat dia kau buat macam tu.” Bahu Minyoung dijungkitkan.
“Not my
problem. By the way, kerja aku dah siap. Kau nak temankan aku buat survey di
Myeongdong hari ni tak?”
“Tapi kau
kena belanja aku makan ye.”
“Ya, aku
belanja.”
Minyoung
dan Daeun bersiap-siap untuk keluar dari ‘pejabat’ mereka. Sekali imbas, memang
tiada siapa yang menyangka mereka sebenarnya sudah bekerja kerana kedua-dua
mereka agak rendah dan kecil. Minyoung berhenti di pintu besar syarikat dan
meminta Daeun tunggu di lobi syarikat.
“Jaehwan !”
Minyoung menyapa Jaehwan yang beriak monyok di koridor.
“Kenapa
nunna lambat sangat ?! Habis makanan kita dirampas pasukan Jeneral Diktator tu
!” Minyoung merasa bersalah mendengar
rungutan Jaehwan.
“Kau tak
makan lagi ke jajangmyeon tu?” Jaehwan
menggelengkan kepalanya dan memegang perutnya. Kesian la pulak dengan dia ni.
“Jom ikut nunna
buat survey di Myeongdong.”
Jaehwan
tidak menolak pelawaan Minyoung yang mahu membuat survey pakaian di Myeongdong.
Pada pendapat Jaehwan, Minyoung dan Daeun yang tua dua tahun itu tidak
membuatnya kekok apabila bekerja bersama-sama, malah bolehlah dikatakan mereka
spesis yang mesra alam berbanding pekerja perempuan yang lain. Mungkin kerana
mereka selalu menguruskan artis lelaki berbanding artis perempuan. Mungkin juga
mereka dipulaukan kerana mereka lebih disenangi oleh pekerja lelaki di situ.
Minyoung
lebih bersifat kelelakian dari dalam walaupun dia kelihatan feminin dari luar,
tetapi Daeun tidak. Daeun bersifat feminin, luar dan dalam. Tiada siapa menyangka
Minyoung rupanya peminat tegar pasukan Manchester United dan selalu menonton
perlawanan bola sepak sehinggalah Sehun memberitahu sebab Minyoung kelihatan
lesu dan letih pada hari selepas perlawanan Manchester United dan Chelsea.
Tetapi isu
yang sedang diulas di hadapannya memang mengelirukan.
“Jadi,
sekarang ni kau dan bos kita tu dalam fasa blind date?”
“Bukan
blind date la. Forced date.”
“Date la jugak
tu.” Jaehwan menepuk tangan Daeun yang duduk di sebelah kanannya. Minyoung
duduk bertentangan dengan mereka dan membuang pandangan ke luar cermin kaca
kafe Lolila itu.
“Kenapa
Sehun berani nak pinjam wang Kyungsoo?” Jaehwan kelihatan serius mendengar isu
mengenai abangnya dan juga Minyoung di hadapannya.
“Entahlah,
berani betul adik aku tu. Jumlah sebenar wang yang dipinjam pun aku tak tahu.
Kalau aku tahu, aku nak bayar balik je, tak selesa aku macam ni.”
“Nunna ada
hati pada Kyungsoo-hyung ke?” Minyoung mengurut dada selepas dia tersedak
mendengar soalan Jaehwan.
“Kau ni tak
sayang mulut ke, Jaehwan? Jauh langit dengan bumi, jauh Pluto dengan matahari
!” Daeun ketawa mengekek mendengar
leteran Minyoung namun secara tiba-tiba Jaehwan dan Daeun mendiamkan diri.
“Am I that
cold to achieve Pluto as my nickname?” Darah menyerbu muka, Minyoung terdiam
tanpa suara. Perlahan dia mengukirkan senyuman.
“Hi, boss.
What’s up?”
“Kan aku
dah cakap, panggilan bos hanya di pejabat la. Sekarang kita di luar pejabat
dan…”
“Kami
tengah bekerja di luar pejabat la.”
“Maksud
kau, kerja mengumpat aku? Minyoung, kenapa kau benci sangat dengan aku? Apa
salah aku?”
“Kau
sendiri tahu. Kyungsoo, tak payahlah buat tak tahu pulak.”
“Takkan la
kau marah sebab aku tertumpahkan jus oren pada uniform sekolah kau dulu?”
“Aku taklah
sengkek sangat ! Kau ingat aku ni anak manja ke?”Minyoung menyedut Bubble Tea
yang dia order tadi untuk menyejukkan hati.
“Apa yang
aku dah buat? Cuba kau cerita pada aku.”
“Aku marah
pada diri sendiri, puas hati? Aku tahu aku tak berduit macam kau, macam
Jaehwan. Sampai adik sendiri nak guna duit pun, kena berhutang dengan orang.
Buat masa sekarang ni, jangan ganggu aku, boleh tak Do Kyungsoo? Kau
mengingatkan aku pada hutang !”
Daeun dan
Minyoung terpana memandang merpati dua sejoli di hadapan mereka bertengkar
seperti Perang Dunia Ketiga. Tetapi Daeun lebih memahami Minyoung yang pada
ketika ini mengalami krisis kewangan. Minyoung jarang menggunakan wang gaji
untuk diri sendiri, malah dia sanggup tidak berduit demi adik lelakinya, Oh
Sehun. Minyoung kehilangan kedua-dua ibu dan ayah ketika tahun terakhir dia
bergelar pelajar. Sehun yang masih bersekolah rendah masih gagal menghadam erti
perkataan anak yatim ketika itu.
Minyoung
menjaga Sehun lebih daripada segala-galanya. Tetapi apa yang telah Sehun
lakukan kali ini memang melampau.
“Baguslah
kau sedar yang kau telah dijadikan kambing hitam oleh Oh Sehun. Jangan lupa,
esok date yang kedua.” Minyoung menggenggam hujung kain meja tanda protes.
Kyungsoo menghirup Bubble Tea Minyoung sebelum dia melangkah keluar dari kafe
Lolila. Minyoung menghela nafas – dia stress dengan keadaan sekarang.
“Kau nak
minum de-” Belum sempat Daeun bertanya, Minyoung terus minum Bubble Teanya itu.
“Indirect
kiss !” Jaehwan ketawa sekuat hati memandang riak wajah Minyoung yang
terpinga-pinga, Minyoung tidak memahami apa yang ingin Jaehwan sampaikan.
“Entah
apa-apa la kau ni Jaehwan ! Kalau aku tersembur tadi macam mana? Kau yang
menghadap aku, tahu tak?”
Minyoung
terdiam apabila dia terlihat Kyungsoo tersenyum sinis dari cermin kedai di
sebelah kirinya sebelum dia melangkah pergi. Kenapa dengan Kyungsoo ?
"Aku
rasa, Kyungsoo ada hati pada kau la." Kenapa pulak Do Kyungsoo nak sukakan
Oh Minyoung ?
***
Sehun pulang lebih awal hari itu kerana Minyoung berpesan kepadanya supaya menjenguk anak-anak kucingnya yang baru dilahirkan oleh kucing kesayangan Minyoung, Pingu. Jauh di sudut hati, Sehun berharap agar rancangan kali ini berjaya. Kakaknya itu enggan membuka hati kepada sesiapa setelah dia dikecewakan dalam percintaannya yang dulu dan Sehun yakin Kyungsoo-hyung akan berjaya.
Sehun
hampir menjatuhkan pasu di sebelah kanannya apabila dia melihat Minyoung
kakaknya sedang menghidangkan makanan kepada Kibum-hyung, kawan rapat Minyoung
dan Kyungsoo pada suatu ketika dahulu. Kibum memberi isyarat kepada Sehun untuk
menyelamatkan diri. Belum sempat Sehun menutup pintu, Minyoung memanggil Sehun
dari dalam rumah.
"Sehun,
jangan balik rumah sampai malam esok kalau kau keluar sekarang. "
"Minyoung,
aku sibuk la sebenarnya. Aku nak balik dulu la ye."
"Oh.
Kibum, esok aku pergi ke rumah kau lepas kerja."
"Eh,
kerja aku boleh tangguh dulu ! Apa yang kau nak cakap sampai tak menyempat
ni?"
"Sehun.
Mari sini."
"Kau
nak kerja dengan syarikat tu seumur hidup ke? Hutang adik kesayangan kau ni
bukannya sedikit, tau tak !" Minyoung meraup wajahnya dan mengeluh.
"Kau
ni... Sebab tu la aku nak tahu berapa banyak Sehun dah pinjam dengan Jeneral
Dyodo itu. Aku boleh cari kerja part-time untuk bayar hutang tu."
"Orang
dah beri jalan mudah. Kau nak jugak jalan yang susah tu kenapa..? Date for
three days with the most awesome guy in the universe ! Budak sekolah yang
hingusan pun tahu fikir la Minyoung." Kibum menggigit epal merah yang
Sehun potong. Sehun dan Kibum saling bertukar pandangan apabila Minyoung hanya
memberi pandangan kosong.
"Aku
bukannya cepat mesra."
"Habis
tu, kau ingat Kyungsoo tu jenis mesra alam ke? Dia tu ada perangai ala-ala Ice
Prince gitu."
"Aku
takut." Sehun hampir tersedak dengan buah epalnya.
"Kau
takut? Sejak bila Oh Minyoung ni ada perasaan takut ? Oh Minyoung yang aku
kenal selalunya berani macam Sarjan."
Tangan Kibum bergerak-gerak seiring dengan kata-katanya.
"Minyoung,
kau ni hidup dalam bayangan ke? Dia dah lama pergi so you should move on with
your life. Benda ni bukannya masalah besar pun. Sekadar kau teman dia pergi
makan, melepak di mana-mana dan luangkan masa." Minyoung mengigit kuku.
“Atau kau
ada isu dengan dia?”
“Memang
pun.”
Sampai sekarang pun aku takkan lupa isu aku
dengan dia. Semua orang tak tahu benda ni dan sampai sekarang aku takkan buka
cerita ni kepada Sehun dan Kibum, walaupun mereka ni orang paling rapat dengan
aku. Hanya Han Daeun sahaja yang tahu perkara ni. Sehun segera mencapai telefon
rumah apabila deringannya mula membingit. Kibum dan aku memerhatikan gelagat
Sehun yang tiba-tiba menjadi serius. Sehun menghulurkan telefon tanpa wayar itu
kepada aku dan tersenyum.
“Your
ice-charming prince.” Aku menjegilkan mata, macam mana kalau dia terdengar,
Sehun ?!
“Hmm.”
Kibum ketawa mendengar sapaan aku.
“Hmm aje?”
Suara di hujung talian bertanya.
“Nak apa
ni?” Kyungsoo ketawa.
“Tak ada
apa. Cuma nak bertanya khabar.”
“Aku sihat,
terima kasih.” Aku membawa telefon ke dapur, Kibum dan Sehun sedang rancak
berbual hal mereka.
“Ohh.”
Kedengaran suara Kyungsoo terbatuk-batuk, dia tak sihat ke?
“Kau tak
sihat ke, Kyungsoo?” Kyungsoo ketawa lagi.
“Kau
risaukan aku ke? Wah…”
“Taklah.
Maknanya esok kau takkan datang ke pejabat ! Yeay !”
“Siapa kata
aku tak datang esok?” Kegembiraan aku terus pudar.
“Dan esok
company hangout.” Aku memicit dahi, aku nak buat overtime esok ! Aku memang tak
suka company hangout.
“Minyoung,
date kita ada lagi dua hari kan..?” Kyungsoo ni buat aku tak sedap hati. Baru
je aku nak tenangkan fikiran. Malam ni, aku takkan boleh tidur lagi.
“Esok kita
keluar date?”
“Esok kita
kerjalah, Do Kyungsoo !”
“Masa
company hangout, kita keluar date la. Aku tak suka company hangout tu. Bising
sangat.” Dah buat hangout dalam kelab, memanglah bising. In the first place,
why did you choose that particular place?
“Okay.”
“Hmmm, see
you tomorrow.”
“Bye.”
“Bye,
princess Anna.” Talian dimatikan dan aku masih memandang telefon rumah tanpa
wayar itu.
Anna?
***
Hari ni
memang sejuk, seolah-olah musim sejuk akan bermula. Aku mula risau kerana
mafela aku baru sahaja digunakan oleh Sehun. Mafela hilang katanya. Nampaknya
aku harus mencari baju turtleneck hari ni. Daeun baru sahaja menyiapkan lakaran
ideanya untuk setiap artis dan meminta aku memilih aksesori yang padan dengan
mereka. Sengaja aku melambatkan kerja supaya aku boleh melupakan date aku yang
seterusnya.
Jaehwan
datang ke muka pintu bilik pejabat kami berdua, dia sudah bersiap sedia untuk
pulang.
“Overtime?”
“Ya.
Minyoung overtime hari ni. Jom, Jaehwan.” Daeun dan Jaehwan akan mewakili
department kami untuk ke company hangout, lega rasanya.
Aku terus menumpukan perhatian terhadap lakaran Daeun dan sedikit pun tidak aku sedar, Kyungsoo sedang terbaring di sofa pejabat kami. Kerja aku sudah siap apabila aku melihat Kyungsoo yang nyenyak tidur. Sudah berapa lama dia di situ? Kenapa dia tidak menegur aku? Aku berasa kasihan kepadanya tiba-tiba.
Aku terus menumpukan perhatian terhadap lakaran Daeun dan sedikit pun tidak aku sedar, Kyungsoo sedang terbaring di sofa pejabat kami. Kerja aku sudah siap apabila aku melihat Kyungsoo yang nyenyak tidur. Sudah berapa lama dia di situ? Kenapa dia tidak menegur aku? Aku berasa kasihan kepadanya tiba-tiba.
Wajah
Kyungsoo pucat, bibirnya tidak berwarna merah jambu seperti biasa. Jauh di
sudut hati, aku tahu dia belum sembuh. Kalau dah sakit, kenapa datang bekerja ?
Kau ambil cuti je la, encik bos. Aku menggelengkan kepala dan duduk bercanggung
di hadapan Kyungsoo yang sedang tidur. Aduhai bosku yang berperangai
budak-budak ni.
“Macam
manalah aku boleh sukakan kau masa sekolah dulu hmmm? Kalaulah kau ni menyamar
sebagai budak sekolah pun orang akan percaya. Dengan ketinggian kau ni, apa-apa
pun boleh hahaha.”
“Apa yang
seronok sangat ni?” Kyungsoo membuka mata. Dia tak tidur ke? Dia dengar ke apa
yang aku katakan tadi? Habislah aku.
“Hmmm takde
apa. Eh, aku dah siapkan kerja.” Kyungsoo mengangguk.
“Jom.” Kyungsoo
mengapai tanganku, mentang-mentang hanya tinggal kami dan beberapa pengawal
keselamatan di sini, berani dia memegang tangan aku ni? Tetapi tangannya sejuk,
seolah-olah orang yang demam.
Aku
memberhentikan langkah secara tiba-tiba, Kyungsoo memandang aku terpinga-pinga.
Sebelum terjadi apa-apa, lebih baiklah aku bawa dia mencari ubat. Biarlah dia
nak marah aku sekalipun, yang pasti aku tak nak dipersalahkan pada kemudian
hari.
“Aku hanya
nak ke suatu tempat.” Kyungsoo memerhatikan aku tanda tidak percaya.
***
“Jadi kau
bawa dia ke hospital?” Daeun ketawa terbahak-bahak setelah aku menceritakan
kejadian semalam.
“Serius?”
Aku mengangguk.
“Jaehwan
tak tahu pun perkara ni.” Aku tersenyum, tiga jari aku dinaikkan.
Tiga.
Dua.
Satu.
“Minyoung-nunna
! Kenapa Kyungsoo-hyung dimasukkan ke
hospital?” Jaehwan datang terkocoh-kocoh ke dalam bilik pakaian dan dia terpana
melihat aku dan Daeun ketawa riang.
“Sakit
perut aku hari ni kerana ketawa berlebihan ! Encik bos demam, dah dua hari dia
demam.” Jaehwan menarik kerusi dan duduk di hujung meja, wajahnya serius secara
tiba-tiba.
“Bukan ke
kau duduk sebumbung dengan Kyungsoo, Jaehwan? Kau tak perasan ke muka dia
pucat?” Jaehwan menggeleng dan dia menekup mulutnya. Daeun menyiku aku dan
memandang aku.
“Jaehwan?
Kau kenapa?” Jaehwan masih mendiamkan diri.
“Selama ni,
Kyungsoo-hyung selalu mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Jaehwan
sebagai adik dia pun tak tahu dia sakit. Jaehwan rasa macam orang yang tak
berguna. Terima kasih kerana mengambil berat pasal Kyungsoo-hyung,
Minyoung-nunna.” Aku menepuk bahunya dan mengangguk.
“Kau dah
melawat dia, Jaehwan?”
***
Kyungsoo
masih mencerutkan mukanya walaupun sudah sepuluh minit aku, Jaehwan dan Daeun
datang ke wadnya. Kyungsoo kelihatan comel dengan baju pesakit yang lebih besar
daripadanya itu.
“Epal
merah.” Aku memandang Kyungsoo dan memberi sebiji epal merah kepadanya.
Kyungsoo tidak terus memakan epal itu tetapi dia hanya meletakkan di
sebelahnya.
“Kau nak
aku potong ke buah tu?” Laju Kyungsoo mengangguk. Mengada-ngada !
“Hyung, apa
yang doktor kata?”
“Esok dah
boleh balik kalau suhu badan menurun hari ni.” Minyoung mengangguk.
“Jaehwan,
hari ni kau boleh la jaga Kyungsoo.” Laju Kyungsoo memegang tangan aku dan
menggeleng. Jarinya menunjuk-nunjuk aku dan lantai. Tahulah kau nak buli aku
lagi hari ni.
“Helo encik
bos. Aku ada adik seorang di rumah.” Kyungsoo menggeleng lagi.
“Sehun dah
besar. Pandai-pandailah dia bawa diri.”
“Kau pun
dah besar. Pandai-pandailah kau bawa diri.”
“Tapi aku
sakit ni.”
“Tapi adik
kau ada di sini.” Kyungsoo terdiam.
“Tapi kau
yang hantar aku ke sini.” Daeun dan Jaehwan ketawa mengekek dengan jawapan
Kyungsoo.
“Jaehwan,
kau tolong inform Sehun untuk datang ke sini lepas dia habis berlatih.”
Kyungsoo senyum tanda dia sudah berpuas hati.
“Jaehwan,
pesan kepada Sehun supaya dia bawa barang yang cukup sebab kami akan bermalam
di sini.” Heh, jangan haraplah aku akan biar kau tersenyum, Do Kyungsoo !
“Kalau
Sehun tak datang, aku anggap semalam, hari ni dan esok sebagai date yang
kedua.” Aku memicit dahi dan mengetap bibir.
“Daeun, jom
kita balik.” Kyungsoo mengetap bibir.
“Nanti aku
datanglah.”
“Datang
cepat sikit ! Aku tak larat nak bergerak merata-rata !” Suara Kyungsoo
samar-samar kedengaran setelah aku menutup pintu.
“Kan aku
dah kata, encik bos sukakan kau.” Daeun, janganlah kau menambah kekusutan dalam
fikiran aku ni…
***
Sehun
terpinga-pinga memerhatikan Minyoung yang sedang memasak dan menyiapkan makanan.
Sesekali dia mengira-ngira kuantiti bahan yang kakaknya masukkan ke dalam bubur
ayam yang sedang mendidih masak. Setahu Sehun, Minyoung tidak akan menghabiskan
masa untuk memasak kepada orang lain. Adakah Minyoung sudah menerima Kyungsoo ?
“Apa yang
Sehun tenung tu?”
“Nunna.”
“Hmm.” Nak
tanya ke tidak, Sehun berkira di dalam hati.
“Nunna nak
ke mana ?”
“Oh Sehun,
ini dah masuk kali ketiga kau tanya soalan yang sama.” Oh. Kyungsoo-hyung sakit
dan ditahan di wad. Sehun mendiamkan diri dan mengangguk lesu.
“Dalam
periuk tu ada sup ayam dan nasi tau. Lepas makan pergi la rumah Kibum-hyung,
nunna dah beritahu Kibum-hyung.”
“Sehun dah
besar. Jangan risaulah, Oh Minyoung-nunna.”
Minyoung
mengangguk laju dan menggalas begnya.
"Bye, Sehunnie." Pintu ditutup rapat sebelum Minyoung mengeluarkan botol ubatnya dan mengira bilangan tablet.
"Bye, Sehunnie." Pintu ditutup rapat sebelum Minyoung mengeluarkan botol ubatnya dan mengira bilangan tablet.
“9 biji
ubat. 3 hari lagi.”
***
Kyungsoo
menekan punat-punat yang ada pada remote controller televisyen. Bosan, Do
Kyungsoo merasakan kebosanan betul-betul menguasai situasinya sekarang.
Perutnya pun memulakan orchestra Beethoven untuk kesekian kalinya. Jaehwan yang
dari tadi tidur menunggu Minyoung datang tidak bergerak sedikitpun daripada
sofa. Jaehwan pastinya terkejut kerana Kyungsoo jarang sekali jatuh sakit.
Pintu
dikuak dari luar, Minyoung datang dengan bekas makanan beserta beg galas di
belakang. Dia memang tak pernah tukar beg tu kan, Kyungsoo membuat nota mental.
“Jaehwan.”
Minyoung menepuk perlahan bahu Jaehwan namun tiada respon. Kening Minyoung
berkerut-kerut mendengar dengkuran Jaehwan dan dia ketawa kecil. Kyungsoo
mengusap perlahan perutnya, dia lapar. Tetapi Minyoung seolah-olah tidak
peduli.
“Minyoung,
aku lapar.”
“Tunggu la
kejap. Makanan hospital dah nak sampai tu.” Minyoung meletakkan begnya di tepi
sofa kosong dan duduk membaca surat khabar. Minyoung ketawa sendiri, sengaja
dia membiarkan Kyungsoo dengan egonya. Tak larat katanya tetapi boleh saja
terpekik terlolong. Jam di pergelangan dikerling, tepat jam lapan malam. Pintu
wad dibuka dan troli makanan dibawa masuk oleh petugas hospital.
“Encik Do
Kyungsoo. Ini makanan dan ubat encik ya.” Minyoung memerhatikan petugas
hospital itu meletakkan food tray dan bekas berisi ubat. Kyungsoo hanya memberi
pandangan kosong kepada makanan yang terhidang di atas meja katilnya itu. Jaehwan
tersedar dari lenanya setelah petugas hospital menutup pintu wad Kyungsoo.
“Dah bangun
pun.” Minyoung terus membuka bekas makanan yang dia bawa.
“Wah !
Makanan dari rumah !” Kyungsoo mencebik apabila Minyoung berbisik sesuatu
kepada Jaehwan sebelum Minyoung menapak keluar dari wad Kyungsoo. Jaehwan
menghantar Minyoung dengan pandangan matanya sahaja, tangannya ligat menuang sup
ayam ke dalam mangkuk yang Minyoung bawa, yang mana mangkuk itu akhirnya diletakkan
di sebelah food tray Kyungsoo.
“Nunna
pesan kalau panas sangat jangan diberi kepada hyung.” Kyungsoo tersenyum
mendengar kata-kata Jaehwan. Minyoung tidaklah sombong seperti yang dia
fikirkan. Jaehwan tinggalkan Kyungsoo tersenyum senget dengan mangkuk sup
ayamnya itu. tugasnya sudah selesai.
***
“Kenapa
cepat sangat kamu habiskan ubat kamu, Minyoung?” Minyoung hanya tersenyum.
“Sebab saya
rasa sakitlah, doktor. Takkanlah bila saya rasa gembira, saya makan ubat tu.”
Bibir doktor tua yang dirasakan seperti mendiang ayahnya tersenyum.
Hospital ialah rumah kedua Minyoung pada suatu ketika dahulu. Ketika Oh Sehun masih belum lahir, Minyoung merupakan penghuni tetap hospital kerana kesihatannya yang tidak begitu baik. Setelah Sehun lahir, Minyoung seperti sudah sembuh. Namun dalam tempoh tiga tahun ini, Minyoung merasakan sesuatu yang tidak kena pada badannya. Penyakit yang disangka sembuh ternyata masih hidup di dalam badannya, tambahan pula ia ialah warisan. Penyakit warisan ibunya.
Hospital ialah rumah kedua Minyoung pada suatu ketika dahulu. Ketika Oh Sehun masih belum lahir, Minyoung merupakan penghuni tetap hospital kerana kesihatannya yang tidak begitu baik. Setelah Sehun lahir, Minyoung seperti sudah sembuh. Namun dalam tempoh tiga tahun ini, Minyoung merasakan sesuatu yang tidak kena pada badannya. Penyakit yang disangka sembuh ternyata masih hidup di dalam badannya, tambahan pula ia ialah warisan. Penyakit warisan ibunya.
“Minyoung,
saya dah jumpa penderma hati untuk awak.
Saya syorkan awak lakukan pembedahan berbanding dengan bergantung kepada
ubat semata-mata.”
“Peluang
untuk hidup selepas pembedahan ?”
“Bergantung
kepada kesesuaian hati dan juga semangat kamu.” Minyoung mengangguk laju.
“Kos.” Senyuman nipis doktor itu ukir, nipis dan
kelat.
“Jika
ditangguh, penyakit ini akan melarat ke peringkat yang saya amat takuti.” Stage
4, no hope, 10:90, need a miracle to live.
“Terima
kasih, doktor.”
Pintu
dibuka perlahan. Kos pembedahan bukan sesuatu yang boleh dibuat mainan,
Minyoung mungkin terpaksa berhutang dengan sesiapa untuk kekal hidup. Minyoung
masih belum mahu meninggalkan Sehun keseorangan. Tidak, selagi impian Sehun
belum tercapai, Minyoung akan sentiasa menyokong Sehun dari belakang.
“Sampai
bila kau nak simpan rahsia ni?” Suara yang keras mengejutkan Minyoung, tetapi
dia kenal pemilik suara itu.
“Heh. Apa
kau buat di sini ? Nanti kau demam semula.”
“Aku dengar
semuanya tadi.” Rupanya masih kekal perangai mengintip dia ni.
Gila.
Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan Do Kyungsoo. Daeun menghela
nafasnya sebelum membuka buku nota di hadapannya. Baru saja dia seludup bunga
ros kuning tu dari kedai bunga ibunya untuk Minyoung, tup-tup sudah pun selamat
ros kuning itu di dalam pasu bunga Puan Kim.
Dan
Minyoung tidak menyangka Kyungsoo akan mengintipnya di sepanjang jalan dia
pulang ke rumah. Sebaik sahaja dia berhenti di persimpangan lorong rumahnya,
Minyoung menghentikan kayuhannya. Stalker ini sangat berbahaya.
“Hoi ! Do
Kyungsoo !” Pelajar lelaki itu terkejut mendengar sergahan Minyoung.
“Kau datang
ke sini !” Minyoung memanggil.
Kyungsoo
menuding jarinya ke arah dirinya sendiri, “Aku?”
“Yalah.
Kaulah yang aku panggil. Takkan la aku nak panggil kereta putih di belakang tu
!”Kyungsoo lambat menapak ke arahnya, sengaja menambahkan kemarahan Minyoung.
“Apa yang
kau nak sebenarnya ni? Di sekolah tadi kau dah berikan ros kuning aku kepada
Puan Kim. Lepas rehat. kau ambil kotak pensel aku. Sekarang ni kau ikut aku
pulak. Tiap-tiap hari kau ada saja idea nak cari pasal dengan aku. Kau ada
masalah apa dengan aku?”
“Takde
masalah.” Kyungsoo menjawab sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Habis tu? Kyungsoo
gila.” Minyoung tersentak apabila bibirnya disentuh bibir merah berbentuk hati
milik lelaki yang tegak berdiri di hadapannya.
“See you
tomorrow.” Minyoung memandang lelaki itu hilang ditelan kegelapan malam sebelum
neuron menghantar mesej kepada otaknya bahawa first kissnya sudah dirampas.
“DO
KYUNGSOO !!!!!!!!!”
Dan sampai
sekarang, Minyoung tidak tahu mengapa nasibnya sentiasa bertemu Do Kyungsoo. Rakan-rakannya kecuali Daeun menganggap Minyoung patah hati setelah Kim Jongin pindah sekolah dan sering memberi kata-kata semangat kepada Minyoung. Padahal, lelaki yang sebenarnya menyakiti Minyoung ialah Do Kyungsoo.
Kyungsoo memandang Minyoung dengan perasaan sedih, mengapa Minyoung tidak mahu menjalani pembedahan itu ? Soalan itu berlegar-legar dalam kepalanya. Ada satu perasaan yang dia pasti, dia enggan kehilangan Oh Minyoung.
Kyungsoo memandang Minyoung dengan perasaan sedih, mengapa Minyoung tidak mahu menjalani pembedahan itu ? Soalan itu berlegar-legar dalam kepalanya. Ada satu perasaan yang dia pasti, dia enggan kehilangan Oh Minyoung.
***
“Encik bos.
Saya nak ke hospital esok.” Minyoung berseloroh dengan Kyungsoo setelah dia
menerima panggilan daripada doktornya. Kyungsoo mengangguk dan meneruskan
kerjanya. Sehun datang dari pintu hadapan dan berlari ke arah Minyoung yang
baru sahaja mengemaskan begnya.
“Ada apa ni
Sehun?”
“Jom balik
sama-sama.”
Sehun hampir menangis apabila Minyoung tidak keluar
daripada biliknya sejak 30 minit yang laiu, hanya satu cara yang dapat dia
fikirkan – pecahkan pintu. Tekaannya tepat, tubuh Minyoung terbujur kaku di
lantai. Kyungsoo-hyung ! Jarinya pantas mendail nombor lelaki itu dan
mengkhabarkan perihal yang sedang berlaku.
“Minyoung
dah habiskan ubatnya tetapi dia belum sempat nak mulakan ubat yang baru dia
ambil daripada saya.”
“Doktor,
pasal pembedahan itu..”
Sehun setia
menanti kakaknya untuk sedar daripada tidur, matanya sudah bengkak daripada
menangis. Biarlah apa yang orang nak kata, perempuan yang ada di hadapannya ini
amat berharga dalam hidupnya.
“Sehun? Eh, buruknya rupa kau !” Sapaan pertama
Minyoung menyebabkan Sehun bertambah sebak.
“Sehun !
Kenapa kau menangis sakan ni?” Minyoung bangun daripada posisinya.
“Berapa
lama Nunna simpan rahsia ni? Dah lama nunna tahan kesakitan ni?” Tangan
Minyoung menyapu air mata yang mengalir di pipi Sehun.
“Hoi. Nunna
tak besarkan kau untuk jadi orang yang suka menangis, Oh Sehun.” Jauh di lubuk
hati, Sehun tahu Minyoung tidak mahu dia bersedih tetapi ini mengenai hidup dan
mati.
“Sehun.
Penyakit ini dah lama ada dalam badan nunna, tak payah la bersedih.” Pipi Sehun
dielus perlahan.
Kyungsoo masuk ke dalam wad Minyoung bersama sehelai surat dan sebatang pen.
Kyungsoo masuk ke dalam wad Minyoung bersama sehelai surat dan sebatang pen.
“Tandatangan
ni.”
“Apa ni?
Perjanjian apa pula ni? Aku tak nak kena kahwin paksa dengan kau.”
“Kau nak
sangat kahwin dengan aku ke? Cepatlah tandatangan.” Renungan Kyungsoo
menyebabkan Minyoung berasa berdebar-debar dan dia terus menandatangani kertas
putih yang ada di hadapannya.
“Good girl.
Now get some rest.”
“Gila.”
“Minyoung,
tahun ni kau nak buat orang salji tak?” Kyungsoo bertanya perlahan sebelum dia
menutup pintu wad.
***
Kyungsoo
dan Sehun masih setia menunggu Minyoung yang tidur akibat kesan ubat bius
pembedahan hati. Jika diikutkan, Minyoung sudah pasti tersedar tetapi Kyungsoo
dan Sehun masih menunggu. Daeun dan Jaehwan sudah pulang sebentar tadi kerana sudah hampir menjelang waktu malam.
“Hyung,
Sehun ada satu soalan.”
“Kenapa
Minyoung-nunna?” Kyungsoo tersenyum.
“Dia ada rampas
sesuatu. Sesuatu yang amat berharga.”
Sehun
meninggalkan Minyoung dalam jagaan Kyungsoo untuk ke kafeteria, Kyungsoo masih
terdiam di kerusi dan memandang raut wajah Minyoung yang masih tidur.
“Aku tak
tahu kenapa aku begitu sukakan kau. Tidak ada alasan yang kukuh untuk aku
nyatakan tapi yang pasti, aku tak boleh kehilangan kau buat kali yang kedua. Oh Minyoung, perampas hati encik bos ini hmm.”
Kyungsoo memejamkan mata dan meletakkan kepalanya di sebelah tangan Minyoung.
Minyoung membuka matanya perlahan-lahan.
Minyoung membuka matanya perlahan-lahan.
“Encik bos!”
Kepala Kyungsoo ditampar-tampar Minyoung. Mahu saja dia memberi serangan balas
kepada Minyoung namun dia terkedu apabila Minyoung tersenyum girang kepadanya
dan menuding ke arah tingkap.
“Look ! The
first snow of the year.” Empingan salji
turun perlahan-lahan di tingkap wad, Minyoung dan Kyungsoo sama-sama memandang
ke tingkap.
“Encik bos.”
Kyungsoo mengalihkan pandangan kepada Minyoung.
"Hmm."
"Hmm."
“Jom buat
Olaf versi kita.”
Labels: [One Shot]
